Monday, February 3, 2025

To extend my service

Assalammualaikum,

31.12.2024 actually teman dah hantar tender.

Surat tu bersekali dengan resignation letter yang teman hantar pada September 2023. Semasa nak hantar surat tu teman ada la consult dengan orang yang paling rapat dengan teman. Katanya teman ni kena bulat tekad. Sebab tambahnya lagi teman ni orang yang soft heart..boss pujuk2 jer tak jadi berhenti..in between tu dia tau beberapa kali teman suarakan kat boss dan management dalam mesyuarat yang teman nak resign..cuma takde official...dia tak tau kut kadang2 teman ni boleh buat hati kering..tu yang hantar surat...hehehehehe..

Alasan kenapa nak berhenti..terlalu banyak..cuma boleh disimpulkan bahawa teman nak ada environment baru. 11 tahun kut.

Macam biasa permohonan teman ditolak. Katanya teman kena bagi company 6 bulan untuk cari pengganti. Aikkk..tak kan nak extend lagi sampai 6 bulan. Teman dah bagi peluang dekat 1 tahun 3 bulan kut. 

Dalam surat tu last day teman adalah pada 31.1.2025. Tetapi teman ni bukan kejam. Teman dah hantar notification kat HR yang service teman extend until further notice sebab ada kerja2 yang perlu dibereskan. Mana boleh tinggal macam tu jer. Kita ni orang yang bertanggungjawab tau. Hehehehehe..

Harap yang baik-baik sahaja.



No comments: