Assalammualaikum,
Dah dekat 2 minggu teman ulang alik KL-Putrajaya-KL. Cuma luckly nyea..asal hari Rabu jer cuti..hehehehehe..
First week, AG yang hantar dan bawak balik, sebab rumah Conezion ada beberapa barang kecil yang perlu dibuka dan dibawa balik. Cuci rumah lagi. Masalahnya AG cuci lantai sahaja..bilik air dengan dapur dan kitchen cabinet tak dibersihkan. Cermin tingkap lagi..takpe la esok lusa kami bersihkan semua. Kena handover kat tuan rumah 2/1/2025.
Cakap pasal rumah ni, for the last 3 months teman dalam dilema, kebanyakkan barang perabut dan barang elektrik spt mesin basuh dan peti ais, rumah Keramat pun ada. Dok cari la mana2 kedai 2nd hand yang nak take over. Sebenarnya, mula2 tuan rumah nak barang2 tu semua. Lepas sebulan dia cakap, dia nak jual pulak rumah tu instead sewakan kat orang lain. Katanya nak dapat penyewa macam kami agak susah..6 tahun duduk tak pernah complaint. Air-cond pun tolong serviskan. Lagipun katanya dia ada beli rumah baru so tu yang nak let go.
Aduiii..mana la pulak nak letak barang2 yang banyak tu. Tapi siapa la kita nak menidakkan kuasa Allah kan. Rupa-rupa barang2 tu semua dah ada pemiliknya. Kan ker Kedah di landa banjir. Rumah mak saudara di Taman Tabung Haji tenggelam. Semua barang rosak. So lepas discuss dengan AG yang teman niatkan untuk hantar barang2 tu semua ke Utara. Mak saudara sekeluarga setuju pulak. Alhamdullilah. So naik lori la barang2 tu semua. Complete set. Kerusi, meja makan, tv, meja tv, katil2, tilam2, pinggan mangkuk, periuk belanga, almari pakaian, meja belajar, almari dapur, pasu bunga..peti ais, mesin basuh, baju2 yang orang sedekah...mmg complete satu rumah.
Kami cuma bawa pakaian sendiri, buku2, meja AG, beberapa pinggan mangkuk dan peralatan memasak.
Tu yang lama tak bersiaran dan berblog walking..hehehehehe..
Owh..teman nak share beberapa warung dan kedai kopi.
1. Kedai Kopi Sudin, Cyberjaya
2 comments:
Banyak juga pilihan kedai/restoran. Mana yang sedap, bolehlah pergi selalu. Hehe
Warung koppi tu menarik tapi service pulak tak bagus ye.
Post a Comment