Wednesday, September 25, 2024

Kerana mulut dan gula; badan binasa

Assalammualaikum,

Teman ni tak boleh ler bila nengok kat tik tok, ada kedai2 yang being reviewed by pemberi pengaruh dan ada lak jual makanan viral, alternate kepada terjebak dalam situasi beratur panjang dan berjam-jam di kedai sebenar yang mengeluarkan produk tersebut. Maka kalau ada kebetulan berada disitu, maka haruslah teman terjah.

Oh...bila craving benda2 manis ni maksudnya...badan teman ni dah kena start buat diet balik..ikut program..tak boleh sendiri2..lagi..it a sign girl...

Benda pertama teman cari adalah berasaskan kunafa..coklat mahal aka boleh jer cari yang hampir serupa instead of membazir RM200 for sekeping coklat dan kunafa cheese lumut pistachio..whatsoever...


Kedai ni kat Danau Kota. Kata buka pukul 10 pagi..sekali pukul 12 daa..nasib baik ada area situ lagi 10 minit pukul 12. Kalau sampai awal..mau kena bambu dengan abang gebu.


Tak sabar nak masuk...mesti banyak produk ni.


Alaaa..cenonet tu jer kedainya...


RM59. Yang ni teman dapat rasa satu bar jer..yang lain Abang Gebu makan...tak manis katanya...



Tak ingat la..RM25/30 kut..Sedap tapi manissss...



Milky bun ni beli tepi Jalan Wangsa Melawati. RM15 sebekas. Rasa..boleh la....


Peach strudel kat sini RM5/7..entah la..tapi murah la dari KHB. Lokasi kat Masjid Kg Baru.


Cendol ni kat LG Sogo.


Nota kaki : Selepas makan benda2 ni semua..apa yang teman rasa...Rasa Menyesallll....except the cendol and peach strudel......hehehehehehe


7 comments:

Mulan said...

Tengah panas2 berpeluh ni, cendol tu yg nampak paling sedap. Viral kan milk bun & kunafa tu. Nak jugak rasa. Cromboloni baru je rasa sebulan lepas utk kali pertama nya.

Carneyz said...

Saya ni makanan manis dah kurang sikit tapi air manis masih belum boleh tinggalkan. Hari2 mesti nak bancuh Vico tak pun teh tarik instant huhu...

uncle gedek said...

Memang cenonet

fanny_dcatqueen said...

Kecil saja yaaa.

Saya nih setelah terbiasa jaga makan, agak susah nak makan yg manis jadinya. Perasaan craving tuh agak hilang. 😅

Tp beda cerita dengan makanan yg savoury. Itu baru susah nak tahan godaan

Suria Amanda said...

Siyes la x manis kak..Dania beli SA rasa mak aiiii..buleh potong kaki dibuatnya

mrhanafi said...

Permah makan Kunafa tapi tekak tak mesra kerana rasa yang sangat manis

Ammi said...

mujur ammi kurang sikit makan makanan camni...tp kalau ada anak dara tu janganlah dibuat2 lalu kat depan kedai camni. laju je dia peluk tangan abah atau ammi dia