Wednesday, September 25, 2024

Kerana mulut dan gula; badan binasa

Assalammualaikum,

Teman ni tak boleh ler bila nengok kat tik tok, ada kedai2 yang being reviewed by pemberi pengaruh dan ada lak jual makanan viral, alternate kepada terjebak dalam situasi beratur panjang dan berjam-jam di kedai sebenar yang mengeluarkan produk tersebut. Maka kalau ada kebetulan berada disitu, maka haruslah teman terjah.

Oh...bila craving benda2 manis ni maksudnya...badan teman ni dah kena start buat diet balik..ikut program..tak boleh sendiri2..lagi..it a sign girl...

Benda pertama teman cari adalah berasaskan kunafa..coklat mahal aka boleh jer cari yang hampir serupa instead of membazir RM200 for sekeping coklat dan kunafa cheese lumut pistachio..whatsoever...


Kedai ni kat Danau Kota. Kata buka pukul 10 pagi..sekali pukul 12 daa..nasib baik ada area situ lagi 10 minit pukul 12. Kalau sampai awal..mau kena bambu dengan abang gebu.


Tak sabar nak masuk...mesti banyak produk ni.


Alaaa..cenonet tu jer kedainya...


RM59. Yang ni teman dapat rasa satu bar jer..yang lain Abang Gebu makan...tak manis katanya...



Tak ingat la..RM25/30 kut..Sedap tapi manissss...



Milky bun ni beli tepi Jalan Wangsa Melawati. RM15 sebekas. Rasa..boleh la....


Peach strudel kat sini RM5/7..entah la..tapi murah la dari KHB. Lokasi kat Masjid Kg Baru.


Cendol ni kat LG Sogo.


Nota kaki : Selepas makan benda2 ni semua..apa yang teman rasa...Rasa Menyesallll....except the cendol and peach strudel......hehehehehehe


Friday, September 13, 2024

Sharpen The Saw

Assalammualaikum,

Selasa dan Rabu ada workshop di Marriot Putrajaya.

Selain dari menghadiri seminar untuk bidang professional yang kita ada sekarang..well to get the CPD hour lah..apa lagi.... 

Kadang2 kita kena attend juga seminar yang lain dari bidang di atas. Banyak sangat. Contoh ; skill macam mana nak cakap dengan orang ; skill macam mana nak face up dengan rejection dan macam2 lagi lah.

Cuma yang tak best bila attend seminar ni..asyik makan jer...sebelum start workshop, breakfast dulu. Pukul 10.30 coffee break. Pukul 1.00 lunch pulak. Pukul 3.30 another coffee break. Nasib baik la makanan semua sedap2. pernah la tanya big boss..apa payah membazir buat kat luar..kat ofis kan senang..BBcakap..kalau kat ofis..kejap2 kena panggil dengan dia..kalau kat luar dia tak kacau...uolls bebas buat apa sahaja...





Orang cakap kalau pakai jam tangan sebelah kiri, kreatif mind ek...orang kata la...


Macam2 biskut ada...


Suka la bau lobby hotel ni...bau green tea.


Bulan terakhir sunset view from the house balcony.


Thursday, September 5, 2024

In transition : sireh pulang ke gagang.

Assalammualaikum,

Teman tak pasti samada 30/9/2024 atau 31/10/2024, teman akan berada buat kali terakhir di Conezion Putrajaya ni.

6 tahun di sini rasanya sudah cukup suka duka senang dan gembira.

Cakap dengan Abang Gebu (AG)..bermula esok nak ambil gambar sunset setiap hari as a collection. Macam biasa AG mencebik bibir sahaja...hahahahahaha...tak per la bang..akan ku buktikan...





Gambar di atas was capture masa hantar anak sedara Abang Gebu ke KLIA. 
Terbang bawah matahari pulak pesawat tu. 


Tuesday, September 3, 2024

Kedai coklat pilihan pelancong di Kuala Lumpur

Assalammualaikum,

Rupa-rupanya selain dari Kedai Coklat Beryl's yang mendapat sambutan  hangat di kalangan pelancong, ada satu kedai yang namanya Kedai Coklat Belice Kingdom yang terletak di Jalan Utara, Off Jalan Imbi, Kuala Lumpur juga menjadi tumpuan.

Teman pun tak tau wujud kedai ni. Yang teman tau selain dari nak beli coklat sedap di Langkawi, ada satu lagi tempat nama kedai coklat viral di Sg. Buluh..tapi jauh bebenor la tempatnya..Maklumlah, teman bukan peminat coklat tegar..tapi kalau ada orang bagi apa salahnya..hehehehehe..

Kebetulan anak sedara Abang Gebu dari Pekanbaru tanya dan kebetulan juga bila di buat carian keluar la nama kedai ni. Kedai ni ada jual satu jenis coklat yang tengah viral di medsos.


Lokasi dia sebelah jerrrr dengan TRX. Bangunan kiri tu.


Nampak tak banyak bas pelancong yang berhenti.



Suka la design lantai kedai ni.



Ni la coklat yang viral tu. 1 pax RM67..dalam ada 50 sachet..
Rasa dia...biasa jer nyahhhhhhh....