Tuesday, July 30, 2024

Scenery GArden Cafe @ AU4 - another port of sarapan

Assalammualaikum,

Teman ni agak sensitif kalau fyp tempat2 sarapan especially yang located area2 rumah teman di Keramat. So harus terjah..orang kata pelbagaikan taste bud kita..asyik tempat sama jer..kadang2 bosan juga..

So kalau destinasi sarapan luar dari kawasan Putrajaya, tugas memandu kereta akan diambil alih oleh teman..maklumlah teman jer yang tau lokasi kat mana..laki teman ikut jer..unless dia dah familiar dengan route port sarapan tersebut.

Minggu sebelum tu sarapan di TGSK..apa kat kali ni kita ke Kopitiam 143. Not so heavy. Nasi lemak bungkus RM2.50 dengan mee kari lepas tu satu pot teh.



Lepas di sini..laki teman tanya ada tak durian area2 sini...Adoiii..bang..towkey durian tak bangun lagi kut..kalau nak kita pergi area2 kalumpang atau tanjung malim...malas pulak katanya nak drive jauh2..

So teman suggest apa kata kita terjah tempat sarapan baru..tadi masa teman drive lupa nak browse location..dah tau location rumahnya sepelaung jer dari tempat sarapan pertama..so moh kita..kita ke AU4, Taman Keramat.

Alamat. No. 15, Lorong AU 4/19C, Taman Sri Keramat Tengah, Kuala Lumpur. Rupanya cafe ni terletak bersebelahan dengan rumah client teman masa di R&Co. Seorang architect. Khabarnya dah balik kampung ke Terengganu.


Parking takde masalah..ada RELA jaga..supaya senang pengunjung tak parking sesuka hati..nanti marah pulak jiran2.



Ni la towkey kedai aka tukang masak. Orang Kemaman. Macam mana teman tau..ater laki Cik Puan ni peramah..rajin tegur pelanggan dia..tu yang menyembang jer kami..

Suaminya cakap kedai ni baru buka bulan January tahun ni..sebelum ni dekat 13 tahun tanah tu dia buat kebun jer...tak percaya..ada la pokok durian dan pokok buah-buahan lain. Tu yang macam garden cafe. Rumput pun tak sempat panjang lagi..hehehehe..




Memandangkan kami dah kenyang..teman hanya order kopi o (serius kopi ni sedap..macam minum kat Kemaman hari tu), teh o limau (limau tu sebiji jer..kalau 2 biji ok sikit teh nya..mungkin boleh request kut), roti bakar (laki teman kata kayanya sedap) dan laksam (teman rasa tawar sket kuahnya..tapi laksam tu memang lembut..sedap). 

Owh..tuan kedai belanja kami mushroom soup cicah dengan garlic bread yg sedap (laki teman yang cakap sebab teman tengah menyembang dengan towkey kedai..sambil tengok2 map kat phone...kalih2 tengok soup dah habis..iskh..iskh..iskh..).

Kedai buka 7.30 pagi sampai 12.00 tengahari. Lepas tu buka petang untuk kudap2..

Saper ada kelapangan singgah ler..kalau kat tekak kita mungkin tak sedap..boleh jer bagitau direct tuan kedai..so dia boleh improve lagi..tempat cantik dah..santai2 dan chill chill ok jer..food tu pass pass should be ok..pada saya la..lagipun price wise affordable dan reasonable.







9 comments:

Carneyz said...

Menarik ni. Dekat Keramat tapi vibe mcm dalam kampung.

anamizu said...

waahhhh cantiknyaaa teapot dia old school!

nohas said...

oklah kan tempat parking luas...boleh dicuba..

uncle gedek said...

Macam tersorok je tempatnya?

fzy fuzzy said...

Betul..lalu rumah orang dulu..

fzy fuzzy said...

Teapot kat tempat lain..kami sarapan sebelum tempat ni

fzy fuzzy said...

Sila la kak..hadir tanda support

fzy fuzzy said...

Ok jer uncle..keliling rumah orang..senang nak cari..

fanny_dcatqueen said...

Ya Allah melihat laksam langsung terliur 🤤🤤😄. Di KL kemarin saya makan laksam di salah satu restoran, dan sedaaaap sangat. Sejak itu jadi sukaa pula 😍😄