Thursday, April 18, 2024

Perginya Ibunda Terchenta

Assalammualaikum,

Pada 4 Syawal 1445, lebih kurang jam 6.30 petang, ibunda teman almarhum Hajah Zaadiah Binti Hawa telah menghembuskan nafas terakhir di rumah di Keramat Hujung dan dikelilingi oleh anak2, menantu2, cucu2, adik perempuan dan anak2 saudara. Alhamdulillah, mak meninggal cukup senang. Kedua2 cucu mak yg banyak menjaga mak iaitu Nurul dan Lokman membisikan syahadah di kiri dan kanan telinga mak. Tengok mak pergi dan nazak lebih kurang 15 minit sahaja. Kematian mak disahkan  pada jam 7.25 malam semasa azan maghrib berkumandang oleh MO HKL yg datang ke rumah

Pada keesokkan harinya jenazah mak dibawa ke Masjid Al-Ansar AU2 lebih kurang jam 9 pagi. Mak di mandikan dan dikafankan oleh kedua2 anak perempuan, anak lelaki bongsu, isteri adik lelaki dan cucu2 perempuan seramai 3 orang dan 2 orang petugas masjid. Urusan persiapan sebelum mandi, mandi dan kafankan ambik masa lebih kurang 45 minit sahaja. Allah permudahkan. Muka mak senyum sahaja sepanjang kami mandikan termasuk apabila jenazah dibawa ke ruang solat masjid untuk sembahyang jenazah. Sembahyang diimamkan oleh Abang Gebu dan jemaah termasuk anak2 lelaki, cucu2 lelaki, adik2 lelaki mak, anak2 saudara, biras, besan, adik2 ipar dan jiran2 serta rakan2 ofis teman dan adik2.. Rezeki mak lebih kurang 4 saf menyembahyangkan mak.

Dalam pukul 10.00 jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Adik lelaki bongsu, cucu lelaki sulung dan menantu lelaki yang turunkan jenazah mak ke dalam kubur. Adik cakap jenazah mak ringan sangat. Urusan selesai lebih kurang jam 11.30 pagi. Langit mendung seolah2 memayungi jenazah mak dan kami semua yang berada disitu.

Al-fatihah untuk mak. Tamat sudah penderitaan mak..menahan sakit sepanjang 40 tahun. Ceaser, Tyroid, kanser payudara, darah tinggi, stroke 2 kali dan jantung.

Teman puas sebab sepanjang bulan puasa dapat jaga mak, peluk mak 3 kali sehari semasa nak mandikan mak waktu sahur, zohor dan selepas asar. Cuma kalau balik Putrajaya teman terbayang2 mak lambai tangan dari atas katil setiap kali teman nak turun ke tempat kerja dan lambaian yang sama setiap kali teman hantar mak ke wad kecemasan setiap kali mak sesak nafas bila doktor suruh teman balik tak boleh tunggu.




Mak tak berseorangan. 
Mak ada teman yakni arwah adik lelaki yang meninggal pada usia 18 tahun pada 16.9.1993. 
Dah 31 tahun. Kubur tak jauh mana pun. 

Cuma abah tak boleh terima hakikat mak dah pergi. Meraung dan menangis teresak2 setiap kali orang datang ucap takziah. 



7 comments:

Carneyz said...

‎ إلَيْهِ رَاجِعُوْن
‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ

Salam takziah kak Fzy… alhamdulillah mak akak pergi dgn sgt mudah dan dikelilingi oleh ahli keluarga tersayang.

Abam Kie said...

Semoga roh bonda akak ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin...

Mulan said...

Innalillaahi wa inna ilaihi rooji'uun.

Moga rohnya ibunda dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

fanny_dcatqueen said...

Innalilahi wainnailaihi Raji'un... Saya ikut berduka cita ya kak ... Semoga ibu dilapangkan selalu kuburnya, diterima semua amal kebaikan semasa di dunia

anamizu said...

salam takziah kak sekeluarga.. mudah sgt pemergian mak akak & syukur ahli keluarga ada bersama-sama.. moga arwah ditempatkan bersama org-org beriman aminnnnn

uncle gedek said...

Turut berduka

aizamia3 said...

Salam takziah buat kak Fzy dan family.

Moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.