Assalammualaikum,
Lama pulak cromboloni ni viral yea.
Tengok orang share beratur panjang, lepas tu kena pre-order lepas tu kena alert tarikh dan lokasi nak pick-up..memang tak memandang ler teman.
Kebetulan masa mak call jumaat lepas kata breathing tak berapa nak elok lps tu bila ajak pergi emergency suruh tunggu pagi keesokkan harinya. Petang membawa ke malam dok bersembang dengan mak dan adik sekali timbul la pasal cromboloni ni. Adik cakap ofismate dia beratur kat KLCG sejam lebih..dapat 4 ketul jer..kongsi la satu ofis sorang sikit.
Esoknya sempat lagi bawak sarapan roti tisu (which actually lama dah mak mengidam) sambil mendobi cadar rumah mak lepas tu baru bawa ke emergency HKL.
Mak cakap lama dah mak mengidam dari tahun lepas lagi....sian al-fuad (adik ipar) merata mencari tak jumpa... sekali teman bawak terus ada..hehehehehe
So pagi tu memang confirm mak masuk red zone (x-ray paru-paru nampak ada kesan virus)..lepas tu dipindahkan ke wad isolasi sebelum dipindahkan ke wad neuro dan uro. Owh mak discharge pada hari Rabu.
Petang masa balik rumah abah, my sister bagi cromboloni yang dia beli dikedai kek biasa sahaja di Danau Kota tak salah....tak perlu beratur..
Taste wise : Boleh la buat raso-raso..alhamdulillah tak manis sangat.
9 comments:
Nampak sihat je bonda...
Semoga diberkati selalu
Ini kue yg sampai skr saya belum coba juga 😂. Sebenarnya dekat rumah ada, tapi lihat penampakan macam tak best. Tak rapi bentuknya. Saya tak nak. Drpd tak sedap kan
Saya nak coba di bakery shop yang memang terkenal pastry dia. cromboloninya pun cantiiik, rapi, gebu..
Tapi tuhlaah, jauuh 🤣. Harus tunggu suami ada waktu nak kesana. 😅
Uncle : Mak mmg nampak sihat tapi masa tu bernafas tak ok sangat. Tapi demi roti canai tisu gagah juga la....hehehehehe..
Fanny : Texture macam roti canai kita lapiskan sampai 30 ke 40 keping..lepas tu gulung dan mampatkan..and goreng bagi garing..hehehehehe..
waahhhh crombolini! Ana blm dpt rasa lagi hehehe
makanan viral lo ni tp belum ada rezeki nak merasanya...
Moga mak cepat sembuh nya. Belum try cromboloni ni.
Anamizu : Haruslah mencuba atau buat jer la sendiri...ana kan pandai masak/baking...
Abam Kie : Makanan viral tak semestinya sedap tau..
Mulan : Insyallah..terima kasih..
Crombolini.. eh apa tu hahaha.. tak tau pape pun.. kita jenis tak ikut sgt perkembangan viral2 ni hahaa.. apa pun nampak m sedap tu.. Alhamdulillah mak nampak sihat.. roti tisu selalu ada je kat mana2 mamak..
Ok la cromboloni ni tak manis. Saya makan yang manis sangat.....makan satu suap je la....
Post a Comment