Assalammualaikum,
Semalam..memandangkan staff2 teman yang lain super bz tahap gaban..maka teman telah membuat keputusan ke Ipoh..ada satu site ni urgent pulak..esok nak tau value.
Maka bertolaklah kami berdua dari Putrajaya sekitar pukul 11 pagi. Putrajaya - Ipoh..2.5 hours..apadehal..
Sekali sebelum exit Rawang, pengendali lebuhraya sedang buat kerja2 maintenance..masalahnya..ke-empat2 lorong tutup. Gerak 500 meter..berhenti dalam 5 ke 10 minit..lepas tu gerak lagi 500 meter..berhenti..tunggu lagi...uishh..serius ni bila nak sampai Ipoh. Call talian bebas..katanya kerja2 tu kena urgent buat..sebab musim hujan..so ada banyak lubang kena tampal untuk elak tayar pecah atau rim bengkok..bila tanya berapa lama kerja2 tu..owh..sejauh 10 ke 15 kilometre...uishh..kalau 500 meter berhenti..berapa lama nak siap daa...kat belakang dah berderet kereta..siapa yang sempat exit kat Rawang boleh over take belah sana...Yang musykil..kebanyakkan lubang2 tu..satu lorong bahagian kanan lebuhraya sahaja..dah kenapa nak tutup sampai 4 lorong..lepas teman call..tiba2 smooth jer kami bergerak...lori2 selenggara tu berhenti kat R&R Rawang...agaknya ramai orang call kut..tanya..tu yang kerja2 put on hold kejap..hehehehe.
Ok,,memandangkan dah melekat jem tadi..pukul 12.40 baru nak sampai tanjung malim...laki teman dah berdendang..perut lapar...lepas tu teringat blogger anamizu ada post pasal nasi bamboo sungai klah buka cawangan di Behrang. So exit Behrang, belok kanan..dalam 500 meter dah nampak..so moh la kita makan..
No comments:
Post a Comment