Assalammualaikum,
Sebelum AG gerak ke masjid untuk solat Subuh, AG tanya teman samada hari ni cheat day atau tidak. Teman meng-iyakan sahaja. Teman tanya kenapa. Owh! hari ni boleh la teman dia bersarapan roti canai di luar...
Boleh sahaja...
So lps Subuh macam biasa AG ambik teman kat rumah. Ingat nak ke warung bunian, sekali jalan tersekat sebab IOI buat larian. So kami menghala ke Kg. Dato Abu Bakar Baginda. Sepanjang jalan ada la 2 3 warung buka..tapi teman request untuk ke area2 Teras Jernang. Ada beberapa kedai yang menawarkan roti canai kuah kari kambing sampailah kami ke jambatan menyeberangi Sg. Langat. Tengok belah kiri nampak signboard 'Roti Canai Malaya Kuah Kari Kambing'...aaa..jom kita try.
Kedai kampung..kita tengok apa yang ada. Nasi lemak ada, nasi kerabu ada dan beberapa kuih. Nampak ada menu mee n beehon sup..tapi lupa lak nak tanya..pagi2 dah ada ker..yang penting..tukang buat air pandai.
5 comments:
Kami tak sempat2 ke warung bunian. Pernah aunty tapaukan je. Food court area Kg DAB Baginda tu sedap2 dulu selalu bfast kalau bawak anak2 belajar scuba di Kompleks Maybank.
Roti Canai Malaya Kuah Kari Kambing. Ok blh masuk list. Thanks kongsi.
Mulan : Warung bunian tu weekend kena beratur. Food court tu lambat bebenor buka-nya. Mungkin sebab Selangor keesokkan harinya..atau cuma buka weekdays sahaja.
Lamanya tak gi area Teras Jernang..sedapnya..roti canai cicah kari kambing..
Roti canai kuah kari kambing tu mmg padu huhuu
Rasanya tiap saya ke Malaysia dan makan roti canai, belum ada yg failed rasanya 😍. Apalagi ini kuah kari kambing pula 🤤❤️❤️
Post a Comment