Assalammualaikum,
Ni la bahananya bila lalu kat insta story...
Teringin nak cuba tapi bila dah viral2 ni..ramai la orang kan...ker..memang dah ramai sebelum ni.
Kami ke sini - TGSK, Taman Bukit Indah Ampang.
Port ni bersebelahan dengan pasar basah...kecil sahaja pasar nya...
Kami sampai 10 min sebelum pukul 8..kena beratur yea...tapi makanan tak siap display lagi..
Tuan kedai cakap...pekerja tak cukup..
Yea la..jangan kata orang kita, orang seberang pun tak nak kerja kat tempat makan..nak kerja dalam aircond jer...
Lempeng kelapa dengan cucur bawang or bilis...
Teman makan laksam.
AG makan lontong.
Ni meja sebelah punya..tumpang ambik gambor...lontong kering, nasi dagang dan laksa johor..
Seat memang limited...kalau datang in group lebih dari 6 orang payah sikit...kalau datang berdua or berempat ok jer..
5 comments:
Kat sini yang viralnya makanan local ke fyz? Banyak sangat tempat viral sampai dah tak boleh keep up hihi
pernah cuba nak sarapan di sini...pegi 2x beratur panjang. hmmmm tak kuasa teman
Beratur yang pikir dua kali ni....
Tapi tempat nampak cama best
wahhh nampak unik guna kain batik
Carneyz : Yes..local food. Viral tu bila orang up dalam media sosial..at least dapat juga kita pergi kalau berkesempatan..
Ammi : Harus datang pagi2 sebelum kedai buka.
Uncle : Betul..kalau tengok beratur panjang memang potong kan...dia ala2 konsep laman rumah yang ada pokok bunga dan pokok besar..lepas tu buat atap..letak meja..cenggitu ler..
Anamizu : Persaingan perniagaan ramai so kena kreatif..
Post a Comment