Tuesday, April 4, 2023

Param dan iftar

Assalammualaikum,

Dah masuk hari ke-13 kita berpuasa...cepat betul masa berlalu kan...

Dari Ramadhan ke-2, mak duduk dengan teman selepas discharge dari Hospital Serdang. (10 hari kat situ due to sesak nafas dan sakit perut tahap gaban)

Bior ler mak ambik angin Putrajaya, penat dan kesian mak keluar masuk hospital.

Sebelum tu discuss dan mintak izin dengan abah supaya mak duduk dengan teman. Bagi mak betul2 kuat.

So far nampak ok..walaupun mak masih lagi tak berapa nak lalu makan nasi...tetapi sebagai matron yang tidak bertauliah..macam2 teman masak..bubur lah..asam pedas ikan jenahak la..daging masak lemak dengan belimbing buluh lah...daging kering la..rendang minang lah...alih2..mak cakap mak teringin nak makan taufufa...lorrr...(tu yang kena tersinggah di Param..hehehehe..kalau tak memang takde la...). Param sini tak sama macam di Pasar Keramat atau Jalan Raja Alang. Selain harga masih mampu milik..tang rasa tu yang penting...

Param yang teman singgah adalah di Uniten dan sebelah masjid besi, Putrajaya.


Teringin..tetapi mengenang batuk yang tak baik2 lagi..teman lupakan hasrat itu.


Hasil tangkapan di Param.

Sabtu baru ni teman bawak mak berbuka puasa dirumah maksu put (adik mak) di Kajang. Tengok banyak mak makan. Alhamdulillah.



Dua bekas yang bertutup, makanannya dibeli. Yang lain2 maksu n anak2 masak...owh lamb shank tu teman beli buat raso2...masak dari hati gitewww....

Ahad mak balik keramat...abah suruh balik..katanya tak rindu kat cucu ke? Eleh..abah yang rindu tu sebenarnya...

Hari ni anak sedara call..cakap opah sakit perut dan tak boleh tidur malam tadi....hmmm..mak stress la kut duduk sana...hehehehehe..

Nampak gayanya kena duduk Putrajaya balik ni...


8 comments:

nohas said...

moga makcik cepat sembuh seperti biasa...sian abah tinggal, bawaklah abah sekali duduk putrajaya, boleh duduk lama sikit..

fzy fuzzy said...

Aminnnn...
Abah saya mana nak duduk putrajaya kak...bermacam2 alasan...gayat la (tinggi tingkat 28)...takde tempat berpaut kat tandas lah...tandas licin la..sunyi..tak reti nak pasang televisyen...abah selesa dengan katil-kerusi roda-tandas/mandi (memang ngam2 badan n untuk pusing badan)-kerusi roda-solat-meja makan utk makan/minum dan baca yassin/quran-tgk tv (volume kuat giler)-katil/tidor.

Wak Lat said...

semoga dipermudahkan urusan.. dan salam ramadan.. wak pon x sangka dh 2 mingu kita berpuasa.. aminn

Carneyz said...

Kesiannya mak dan abah tak sihat. Kenapa mak stress balik keramat?

fzy fuzzy said...

Wak Lat : peluang untuk kami adik-beradik berbakti pada syurga dunia waktu..inshallah semoga dipermudahkan..

Carneyz : Biasa la mak2 ni.. bila tengok rumah tak berkemas/bersepah..nak buat kederat takde..hehehehehe..

anamizu said...

alahai ciannya makcik.. tp mak-mak bila makan ada berkawan mmg dia jd berselera agaknya.. Abah yg rindu mak sebenarnya tu hehehe

NADIA vs BERON said...

semoga maknya cepat sembuhh.
lama tak dengar word param, sekarang mostly sebut bazar

fzy fuzzy said...

Anamizu : Betul!..mak mak berselera makan sambil menyembang...

Nadia : Aminn..inshallah..Param singkatan dari Pasar Ramadhan...