Friday, April 7, 2023

KHALIFAH - SALAM AIDILFITRI


Assalammualaikum,

Bila dengar lagu ni..teringat mak n abah yang tak berapa sihat. Camno la suasana hari raya tahun ni. Cadangan nak beraya di kampung seberang pun serba salah. Pernah tanya mak minggu lepas...kalau teman beraya di kampung Abang Gebu, mak ok tak? Mak teman kata pergi lerr..kamu pun dah lama tak balik sana...iskh..tengok muka sedih mak tak sampai hati lerr....

Teringat pulak kat anak2 arwah adik yang di Sg Petani..tahun ni menyambut Hari Raya tanpa ayah dan bonda. Dah pesan untuk beraya di KL dengan atok n opah...tapi mereka pun ada mak dan pak sedara yang tinggal di sana.

Teringat kat kakak mak yang sulung yang duduk di Ipoh...sejak Makwe Ham patah peha 1 tahun yang lalu belum berkesempatan untuk melawat...selalu kalau pergi site visit belah utara memang rumah dia teman selalu pergi...ikan keli (ni yang tangkap kat sungai bukan beli yang bela dalam kolam) goreng masak sambal Mak We masak sedap wooo...

Adik lelaki mak yang di Taiping dan Sg Siput pun tak ziarah juga..last jumpa setahun setengah yang lalu..

Adik bongsu lelaki dan perempuan mak yang duduk di Kati dan Taiping selalu turun KL so memang selalu jumpa.

Adik beradik dan anak2 sedara abah pun ramai datang tengok abah sejak abah n mak keluar masuk hospital..cuma yang di Kuala Kangsar dan Alor Setar sahaja tak jumpa2 lagi. Mereka pun tak berapa nak sihat juga.

Abah ada suruh teman cari mak sedara dia yang masih tinggal (the one and only). Kata abah Opah Teh bukan duduk jauh pun di area2 Sunway sahaja. Tanya alamat abah tak tau pulak. Tanya mak saudara pun tak ingat rumah mana satu..kut2 la ada nombor telefon.....sekali tiada dalam perkhidmatan pulak...camno nak cari ni..

6 comments:

fairus said...

Sedap lagu. Tapi lagu evergreen juga yang lagi sedap.

Carneyz said...

Dilema raya... semoga dipermudahkan semuanya. Kalau kampung dekat2 takpe jugak ye.

anamizu said...

masa hayat Mak & Ayah masih ada lah kita ni nak cari saki baki snaak sedara kan? moga dipertemukan dgn the one & only family abah tu :)

uncle gedek said...

Susah nak cari tu... kena kontek jejak kasih

Wak Lat said...

pulang kampong abam gebu leh balik hari je kak., hehe

fzy fuzzy said...

Fairus : Off course..tapi sekali sekala dengar lagu baru, ok gak.

Carneyz : Kg Abang Gebu di Kecamatan Kuok, Pekan Baru, Riau, Indonesia. Tapi saya lagi suka beraya di Kg Datuk Keramat, Wilayah Persekutuan, Malaysia..hehehehehe

Anamizu : Inshallah, selagi hayat dikandung badan.

Uncle : Betul juga..orang tua2 mana ada facebook dgn insta khenn...

Wak Lat : Beraya kat airport jer la camtu...hehehehehe