Assalammualaikum,
Teman ni bukan majikan atau pemilik syarikat. Tetapi perantara antara majikan dan pekerja.
Hujung minggu depan kita dah nak menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Syarikat tempat teman bekerja telah mewarkan bahawa bermula 21/4 ofis tutup sehingga 25/4. Maksudnya pekerja tak perlu tolak cuti sebab ofis declare hari tu sebagai ganti cuti peristiwa semasa PRU dulu dan cuti Wesak walaupun Wesak jatuh minggu yang berikutnya.Seandainya ada yang nak cuti lama di kampung, mereka perlu ambil cuti pada 20/4, 26/4, 27/4 dan 28/4. 1/5 cuti lagi Hari Pekerja which jatuh pada hari Isnin.
Seandainya Hari Raya jatuh pada hari Jumaat maka penutupan ofis juga berubah. So minggu lepas HR dah war-warkan kepada semua pekerja supaya submit borang cuti. Tetapi kelulusan cuti adalah tertakluk kepada boss besar. Disini terdengar keluhan dari pekerja. Terutama mereka yang mengambil cuti panjang.
Teman simple jer, sesiapa yang nak ambil cuti panjang...slow talk la dengan boss besar.
Kenapa teman cakap begitu. Sebab kita boleh tengok pattern kedatangan pekerja.
Contoh 1 : Pekerja A mengambil cuti 2 hari sebelum Hari Raya dan mula bertugas pada hari Rabu 26/4. Tendancy untuk mereka berada sepenuhnya didalam ofis seharian adalah 50%. Kenapa? Bila majoriti pekerja lain masih bercuti (80%), biasanya kedatangan adalah lambat sedikit. Selepas lunch tiba-tiba hilang...(ni terpakai untuk marketing team atau teknikal team). 27/4 bila peratus kedatangan mungkin bertambah ke 50% atau lebih 60%. Still same thing will happen. Unless boss besar nak buat meeting pada hari Jumaat tu. Hehehehe...raya mood maaa...
Contoh 2 : Pekerja B mengambil cuti 2 hari sebelum Hari Raya dan 3 hari selepas Hari Raya. Tendency untuk mereka masuk pada hari Selasa 2/5 adalah 50%. Masuk lambat atau paling parah MC sebab terlebih makan lemang dan rendang maybe. Atau alasan sampai rumah lewat pagi sebab jem tahap gaban balik dari kampung ke KL.
Contoh 3 : Pekerja C yang tidak mengambil cuti sebelum Hari Raya tetapi mengambil cuti 3 hari selepas hari Raya. Apa yang terjadi kepada Pekerja B diatas mungkin juga berlaku kepada mereka. Atau ada yang balik awal untuk mengelak jem di jalan raya.
Contoh 4 : Pekerja D yang cuma bergantung kepada cuti umum dan cuti ihsan syarikat. Pekerja macam ni mungkin hidup bujang dan tiada mak ayah atau adik beradik untuk sambut Hari Raya. Juga untuk pekerja yang memang kampung dia ambik masa 20 minit jer nak sampai..(teman la tu..)
Persoalan sekarang, bila cuti kita kena hadap benda berikut ;
1. Meeting online. Kepada pekerja yang diluluskan bercuti maka tiada alasan untuk mereka tidak memunculkan diri. Cuma kena pastikan line tip top waima tengah makan ketupat rendang dengan ahli keluarga.
2. Dateline : Bila kerja ada dateline. Nak siapkan sebelum raya tak sempat. So masa cuti raya tu kena la pulun kerja. Tu gamaknya ada yang bawak file, tab, laptop n printer bagai..
So cuti ni kepunyaan siapa???
5 comments:
berasap takpe... jangan rentung! huhu
hermm memang berasap telinga. tapi tu lah, cuti hak siapa pun tak tahu lah :(
sib baik lah client sebelum raya ni semua Melayu, harap2 depa tak nak report 2-3 hari lepas raya..
Uncle : boleh sampai tahap hangit sekali uncle..kadang2 ler..
Anamizu : Ada hak majikan..dan ada juga hak pekerja..bila melibatkan mental awareness..
Nohas : Maunya kak...depa semua nak sebelum raya...nak raya juga...
Klu ikut akta kerja, cuti tertakluk pada kelulusan majikan. Boss tak luluskan cuti, kena la masuk kerja. Tapi bak kata sis tadi, kena pandai2 nego dgn boss klu nak cuti kena pastikan kerja siap dulu atau boleh dihubungi bila ada emergency tiba2 klien mintak sesuatu. Klu boss tak bagi cuti mungkin boleh mintak boss pertimbangkan kerja dari rumah ke.
Post a Comment