Assalammualaikum,
Alhamdulillah. Hari ini kita semua inshallah sudah start berpuasa.
Amacam terawih malam tadi...penuh kan surau dan masjid.
Dengan itu pada hari ini juga bermula geng-geng plastik hitam..hehehehehe
Assalammualaikum,
Alhamdulillah. Hari ini kita semua inshallah sudah start berpuasa.
Amacam terawih malam tadi...penuh kan surau dan masjid.
Dengan itu pada hari ini juga bermula geng-geng plastik hitam..hehehehehe
Assalammualaikum,
Three weeks in a row...fuhhh...minggu yang amat memenatkan...ingat dah berakhir semalam...sekali malam ni ada lagi...dinner...
Isnin pulak ada urgent report submission...
Takpe la kita healing tengok lot2 bungalow di puncak bukit dekat dgn RKT Limau Manis...
AG tanya nak ke buat rumah kat sini...Teman cakap nengok pada seroi tanah...uish..serammmm..better avoid...tapi air sungai dia jernih la...
Nasib baik view cantik...ibu-ibu dan bapak-bapak suka.....yeahhh...
Assalammualaikum,
Hujung minggu. Teman joint sebahagian geng2 ofis ke utara. Kami chartered bus ke Alor Setaq. Hantar pengantin perempuan. Anak big boss dapat jodoh orang sana.
So otw kami singgah kat Ipoh. Bersoreh dengan UKE..ustaz kazim elias...
Masa di sini rasa teruja...rasa macam nak joint jer makcik2 tu belajar agama...perbetulkan mana yang kurang... takpe la..tak dapat belajar di sini kita belajar dekat2 dengan rumah ...
Keesokkan harinya dari Alor Setaq kami singgah di Kulim,,melawat adik Bilal..Teman tak boleh tengok..hati tisu..lari masuk dalam bas.
Teman minta rakan2 yang membaca coretan ini sama2 doakan supaya adik Bilal diberi kesembuhan, dikurangkan kesakitannya dan permudahkan urusan kedua ibu bapanya..Aminnn..
Assalammualaikum,
Kat ofis teman ramai kaki makan...maksudnya ramai yang suka mencuba sesuatu hidangan atau makanan yang diiklankan melalui sos-med.
Kali ini kami menerjah satu chinese cuisine resto yang ala2 macam dolly dim sum. Lokasi selang 3 4 kedai jer...cuma resto ini agak tersorok...dari pandangan...
So kami ke Asiari..
Tengok la apa yang kami makan...untuk 6 orang...siap tapau bawak balik...
Meal set dia..instead of satu orang sahaja makan..boleh dua orang...
Assalammualaikum,
Selalu teman tengok kat ig story, sebelum2 ni ramai yang minum hot chocolate cicah dengan croissant termasuk whipped cream...sedap bebenor nampaknya...
So minggu lepas ada sessi women's talk dengan cik B pulang dari kerja...
Tak jauh pun sepelaung jer dari ofis...kitaorg lepak kat Celsius Coffee.
Owh...teman try hot chocolate...sedap...tapi...malam nak tido perut dah start memulas2....cik B kata dia ok jer...mungkin perut teman jer...maksudnya kopi juga kena jadi pilihan...hehehehehe..
croissant dengan badam tu sedap la...klu ambik masa breakfast..satu sahaja ..kenyang sampai petang...
Assalammualaikum,
Dah usia2 makin senja ni, kita semua akan di uji.
Diuji dengan kesakitan...kata orang asbab pengampunan dosa2 kecil.
Yang sihat diuji dengan menjaga orang yang sakit...penawar paling mujarab adalah sabar, ikhlas, mengembirakan dan mempermudahkan...
Minggu lepas adik yang bongsu kemalangan motosikal semasa hendak ke tempat kerja..kejadian tak jauh dari rumah dia..dalam 5 kilometre gitew..Ada kereta nak elak lubang laluannya..so dia terkanan sedikit dan kebetulan adik tengah memotong...hmmm....tergesel dan terlanggar side mirror kereta. Alhamdulillah tiada kenderaan dari hadapan. Kalau tidak tak tahu la situasinya macam mana. Tetapi adik tetap mengalami kecederaan. Ibu jari kaki patah akibat gesekan di jalan. So kena operate hari yang sama..masukkan besi...
Sabtu pagi baru2 ni pulak, abah pula sesak nafas. Tak cakap banyak terus hantar ke IJN.
So anak yang menjaga abah malam2 pun dalam kesakitan. Mungkin sebab adik tak dapat jaga so abah terpaksa la jaga diri sendiri. Kalau sebelum2 ni nak ke tandas untuk mandi atau buang air besar dan ambil air sembahyang kami yang uruskan...so sekarang terpaksa la mintak tolong nurse. Bila tanya abah ok tak..abah kata nak buat macam mana. Nurse pun selalu lalu lalang tanya kalau abah nak ada apa2 bantuan. Mungkin patient tak ramai kut...hehehehehe...
Masa adik kemalangan sebolehnya kami tak mau mak tahu. Maklumlah..mak kan ke pesakit jantung..mana boleh terperanjat. Tetapi mak tahu juga bila mak mintak si nurul tengokkan facebook adik ipar . Kebetulan dia ada update ttg kemalangan suaminya...
Tu la gerak hati seorang ibu kan....anak dia dalam kesakitan dia dapat rasa..anak dia dalam kesusahan pun dapat rasa....so moral of the story jangan tipu2 mak yea.....
So tugas teman adalah membawa mak untuk melawat pesakit-pesakit yang terlibat.
Assalammualaikum,
Sesiapa yang nak eat clean, healthy...teman dah jumpa suatu tempat..
Rasanya mana2 outlet supermarket ni ada kut...
Tetapi sebab outlet kali ni terletak di regional shopping complex yang super besar...Tak nak makan salad banyak la pilihan menunya...
Tempat yang dimaksudkan adalah di AEON IOI City Mall...
Price wise reasonable...