Sunday, November 13, 2022

Town Hall

Assalammualaikum,

Selain dari technical meeting yang teman buat weekly (biasanya progress update staff technical utk existing, outstanding atau future works). Teman juga ada aging meeting dengan account department (nak tau progress fee collection) serta management meeting (ni dengan BB n the bosess kira sebulan sekali atau on urgency basis). 

Kitaorang juga ada town hall meeting. Kiranya dalam setahun mungkin ada 3 4 kali. BB akan officiate townhall kemudian MD akan ambil alih. Dalam town hall biasanya MD akan remind staff tentang polisi syarikat dsbnya. Mungkin ada polisi atau nak bagitahu hala tuju baru syarikat.

Dalam town hall juga staff diberi peluang untuk menyatakan ketidakpuasan tentang polisi syarikat dsbnya. Kira two way communication la.

Antara persoalan yang ditimbulkan adalah

1. Kenapa dah 3 tahun kerja takde bonus diberi.

2. Kenapa claim mileage kena tolak 15 km pertama.

3. Sekiranya kena pergi ke site atau kena datang ofis pada hari Sabtu atau Ahad (which consider sebagai rest day), tidak digantikan dengan annual leave atau dibayar elaun lebih masa. Ini juga termasuk pulang lewat malam sebab pada mereka waktu bekerja hanyalah bermula pukul 9 pagi sehingga 5.30 petang.

4.  Kenapa syarikat tidak bayar some token/insentif kepada staff sekiranya mereka menyiapkan sesuatu kes. Teman tau ada sesetengah syarikat penilai ni membayar insentif per file.  Kira macam semangat untuk staff buat kerja dan siapkan cases sebanyak mungkin.

5. Kenapa mereka dibebankan lagi dengan kes yang berikutnya sedangkan mereka masih ada lagi existing case.

6. Banyak lagi la...

Ok..teman tolong jawabkan apa yang MD cakap.

1. Bonus tidak diberi kerana syarikat masih baru. Baru nak masuk 5 tahun. Buat masa ni profit dengan expenses seiring dan sejalan. Belum ada surplus yang besar untuk syarikat bayar bonus. Tetapi syarikat ada la bagi duit raya. Tu belum kira masa PKP hari tu. Syarikat lain potong gaji atau buang pekerja. Syarikat ni masih boleh bayar gaji penuh. Inshallah..sekiranya tahun depan syarikat ada profit, mungkin syarikat akan bayar bonus. Memorandum tentang ni pun dah dikeluarkan.

2. First 15 km kena tolak sebab syarikat dapati, pekerja ni ada yang tipu mileage...hehehehehe.. lepas tu tak rancang perjalanan. Contoh : 3 hari berturut2 pergi ke satu tempat, sebab tak tengok betul2 site tersebut semasa hari pertama pergi. Contoh satu lagi..katakan pekerja ni duduk Seremban dan site kat Nilai. Claim dari office ke Nilai dan balik office semula. Lepas tu tulis dalam borang claim tak detail kenapa kena pergi ke tempat tersebut. Tak bagitahu pun siapa yang bagi arahan. Teman memang kena check in detail setiap kali budak2 ni submit claim. 

Tapi in future untuk young valuer mungkin syarikat akan bagi fixed allowance. 

3 & 4. Kita ni consultant/service industry. Report yang dikeluarkan memang kena follow dateline. Sebab client bayar fee kita. Kadang2 instruction dapat hari Jumaat, report nak keluar Isnin atau Selasa berikutnya. Memang kena pegi site hari Sabtu atau Ahad la.

Kalau tetiba client nak report keesokkan harinya..memang kena balik lewat la. Ala bukan hari2 pun. Once in a blue moon. 

Berkira sangat budak2 ni. Yang teman ni takde pun berkira sangat. Contoh : Ada staff yang submit cuti hari Isnin dan Selasa tetapi hari Jumaat dah ambil tiket kapal terbang/bus pukul 4 petang. Masuk ofis sekejap lps pukul 12 dah takde. Kenapa tak ambil cuti hari Jumaat tu. Alasan..owh nanti cuti habis. Cuti ni bukan privelage. Kalau kamu nak cuti tetiba tetapi tugasan yang diberi tak siap lagi syarikat berhak untuk tolak cuti tersebut...kadang2 alasan cuti sebab nak hantar adik ke asrama la...nak teman mak pergi outstation la...teman tunang cabut gigi la...haih..urut dada jer....

Belum lagi yang selalu lewat masuk ofis. Pukul 10 ke 10.30 baru datang. Pukul 3 dah hilang. In between tu hilang pegi berasap la..minum la..makan tengahari la. Ada sesetengah company mungkin dah potong gaji kut.

Tu yang datang hari malas, wassap ke VC...kata ada urusan bank la...itu la..ini la..tapi sampai sudah tak masuk ofis.

Tentang kenapa tak bayar insentif. Staff ni kena bagitau. Kita ada threshold untuk setiap staff. They thought kerja dah banyak sangat tetapi tak boleh nak cover pun threshold masing2. Company pun banyak expenses nak kena cover.  Mereka ni dibayar gaji..bukan elaun base.

5. Terbeban apanya kalau mereka sendiri tak siapkan kerja ikut dateline yang disediakan. Kes nak masuk bukan nak tunggu kita ni free n easy. Kadang-kadang ada kes yang datang macam tsunami. Tu sebab kena ada teamwork. Tapi kalau kita selfish...dah la kerja tak siap..lepas tu cuti atau MC..last2 staff lain kena cover. So bila staff yang cover you cuti, cuti demand pulak...sikap macam ni pun ada...haih....

Budak-budak millenial.......

 



6 comments:

fairus said...

Kalau dah swasta begitu, apa lagi agensi kerajaan.. Macam² hal juga walaupun prosedur telah ditetapkan

uncle gedek said...

Panggil budak-budak millenial tu jumpa uncle jap... biar uncle sekolahkan sikit....

Eceh!

Wak Lat said...

sbb tu ada company sediakan supir (driver) utk cover mileage claim camni., hehehe ntahlah wak pun dh lama x claim mileage ;p

fzy fuzzy said...

Fairus: Bak kata husband saya, undang2 dibuat untuk dilanggar bukan diikuti..hehehehehe

Uncle : Mereka akan cakap zaman pakcik2 n makcik2 dulu tak sama dengan zaman sekarang..hehehehehe

Wak Lat : Budak2 ni bukan apa wak. Kata mereka gaji ciput, claim nak berkira..yang gaji berpuluh2 ribu lps tu claim beribu-ribu tu tak dipertikaikan. Degree tanggungjawab tu takde pulak budak2 ni ukur..haish...

Carneyz said...

Alamak tak keluar pulak komen mlm tadi.

Sebagai ex-HR selama belasan tahun, mmg dah masak dgn perangai staff yg selalu demand bila bab-bab duit, tapi kerja tak sehebat mana pun. Apa lagi dalam syarikat besar, bila dah ada union kadang2 geleng2 kepala dibuatnya bila kena hadap dieorang.

Tapi ada jugak benda yang kena bagi perhatian sebab melibatkan hak dieorang dari segi undang2. Contohnya arahan kerja waktu off day / rest day, utk pekerja yg tertakluk dgn akta kerja syarikat wajib bagi pampasan dalam bentuk OT.

Tapi klu gaji dah berpuluh2 ribu pun nak mintak lebih2, hmm... banyak lagi orang kat luar sana yang tgh cari kerja.

fzy fuzzy said...

Carneyz : Betul. Ikut undang2 buruh kalau tak silap OT akan dibayar kepada labour atau pekerja kalau gaji bawah 2k..tapi biasanya yang gaji antara 2 ke 3k tak nak balik lewat juga..alasan gaji kecil. OT tak bayar. Sedangkan company ada bagi elaun makan malam RM10 kalau bekerja selepas 7 malam.

Yang gaji 5k pun demand tentang rest day dan mileage claim.

Yang gaji 20 ke 25k pulak..boleh tak tau threshold dia 10 kali ganda...kalau sebulan tak bawak 200 ke 250k fee in jobs...memang tak perform la...KPI tak capai...dah 4 tahun...satu keputusan kena buat..kalau nak maintain this people, gaji mereka kena review..termasuk semua privilage yang company bagi.

Ni yang gaji 10 ke 15k..kena tanggung semua gaji2 diatas...kena make sure job in masuk, case siap on time, collection monthly cover semua (gaji staff, company expenses, etc)...
Pening....

Tapi tu semua cabaran dalam mengorganizekan sesebuah company...kita perbaiki mana yang patut. KepadaNya kami berserah.