Saje jer nak habaq mai. Result IF selama dua minggu...ukur lilit pinggang berkurang 5 inci...Berapa ukuran sebenar jangan tanya yea...hahahahahaha...
Ok. Sabtu baru ni macam biasa..cuba mencari port-port sarapan baru. Owh..tak balik ke Keramat..sebab air takde...ganti linen tangki air..lagipun tak simpan air..kita stay diam-diam kat Putrajaya.
Destinasi sarapan adalah ke Jalan Tempinis, Kg. Tengah, Puchong. Exit nak ke Putra Heights. Kali ni ke Nurul Sate Batang Pinang. Jangan surprise sangat..memang kena masuk kawasan kampung. Parking takde masalah. Rasanya..kiri kanan jalan tu owner yang sama.
Beratur untuk order. Bayar lepas tu cari meja. Tunggu announcement untuk ambil makanan ikut nombor kat resit bayaran. Rasanya kami duduk tak sampai 10 minit kut..makanan dah siap. Air free flow. Ambil la mana2 air yang kita suka..bayar RM3 satu kepala.
Food taste..ok pada tekak teman dan AG. Kami ambil set sate ayam dan daging. Lontong paru dan mee kari. Portion banyak. Kenyang gila. Sate bawak balik.
Lepas sarapan teman cakap dengan AG..teman nak ronda2 site. Macam biasa teman la kena bawak kereta. Kami ke new township. Rimbayu dan Eco Santuary. Kami masuk ELITE dan exit di Bandar Saujana Putra. Jauh nooo..masuk ke dalam. Disebabkan teman memandu dan co-pilot mengorok...tak dapat la nak snap sana sinun. Malas berhenti tepi jalan sebab banyak kenderaan.
Lagipun, teman selalu terima enquiry dari client tentang market value property kat sini. Feel tengok dalam streetview dengan pegi kat site tak sama woo...kita kena blend dengan environment kat sini.
Frankly, first impression...adoiii..masuk ke dalam nyea...tapi bila dah sampai...not bad design rumah.
Tapi boleh nampak la beza Rimbayu dengan Eco Santuary. Tengok kat pagar keliling kawasan perumahan pun dah tau. Belum hard dan softscape dia lagi....
Keluar dari kawasan ni..teman tak guna GPS pun...masuk Kota Kemuning, ikut LKSA, masuk Shah Alam, lalu kat Federal Highway, exit kat Batu Tiga, masuk Elite balik, exit kat Saujana Putra..masuk SKVE ke Putrajaya..sampai rumah..lapar...hehehehehe...
6 comments:
Tahniah, berkesan IF..nampaknya kena teruskan..
new township nampak best je, ada lake, taman..
sate bawak balik tu habis tak?
ehem ehemm~ nak tanya. saiz pinggang sblm IF berape? kikiki
*mike org Perak ke? pasey guna perkataan "teman" hehehe
tahniah kerana berjaya mengurangka ukur lilit pingggang
Nohas : So far diet2 sebelum2 ni, inilah berkesan. Tu pun salah teknik. Selepas 7 hari buat IF kena skip satu hari untuk makan macam biasa..kalau tidak plateau...budak opis yang kabor..sebab dia biasa buat IF..
Uncle : Habis dalam kereta..hehehehehe..
Anamizu : Mak dan abah teman orang kuale. Tapi teman orang key ell...sebab mak abah teman merantau ke key ell sebelum teman lahir lagi...(52 tahun doluuu..)
HanafiAbdullah : Yay..terimakasih...
Sate dari daging batang pinang?
Lunch tadi planning nak makan sate daging di Daponaz tapi tutup pulak.
Post a Comment