Friday, September 30, 2022

Nasi Sayadiah

Assalammualaikum,

Salam Jumaat.

Selain dari sedekah subuh jumaat, apa kata kita bagi orang makan..terutama yang nak pergi sembahyang Jumaat.

Request papa zul untuk masak nasi yang simple..tak perlu lauk berkuah bagai...so papa zul suggest nasi sayadiah...katanya dia pernah makan masa buat site inspection kat Jeddah few years back. Ok pa kita onzzzz...

Papa buat dua jenis nasi. yang gelap/brown tu rasa rempah ratusnya..yang kuning tu macam makan nasi kunyit. Ikan memang kena besar sekor2 yea...terpulang..tenggiri boleh, siakap boleh...


Pakej lengkap : mak, bapak dan anak 3 ekor..hehehehehehe


Section ni teman nak tutup. Sbb boss besar bising..jadi tempat port makan. bersepah..tak berkemas..lps makan terutama balik kerja...dah lelaki2 ramai kat situ...
Katanya kalau nak makan pegi pantry unit sebelah..dia buat besar2 untuk makan n minum kat situ.
Tapi biasa la..dah dekat dengan bilik boss..mau semua staff nak makan/minum situ...lambertttt lg...
So next week, teman letak dua unit working table...
So lepas ni nak makan2, makan dalam meeting room/discussion room sebelah reception area..
pandai2 la bersihkan lepas makan...kalau tak malu dengan tetamu wooo....



Thursday, September 29, 2022

Nasi Lemak Kangkung

Assalammualaikum,

Bagusnya bila ada rumah di tengah bandaraya, sekiranya melibatkan urusan dipagi hari samada urusan kesihatan/hospital atau mesyuarat tingkap. Jika jarak rumah kita dengan pusat bandar plus minus lebih dari 26 km maka kita dapat mengurangkan stress menghadap jem di pagi hari. Bukan waktu puncak antara 20 ke 30 minit jer....tapi waktu puncak...2 jam wooo....

Malam tadi tido di Keramat sbb pagi ni kena bawak abah admit wad di HKL. Esok abah ada procedure floroscopic...gitew la sebutannya...related dengan gastro/perut. Sampai kat wad..tiba-tiba abah kata macam sesak nafas...aiseh...camno nak buat procedure esok ni...Kita tunggu doktor round dulu. Bagus la nurse kat wad ni...baik2 bah...sopan santun...Teman ni memang dah photostat siap2 segala report abah setiap kali masuk wad...ubat berkaitan dah asing siap2 (anak sedara teman yang buat)..senang doktor baca..regardless on any procedure...malas teman nak ulang cakap banyak kali.

Sebelum bawak abah, kita sarapan kat Kg Baru, Jalan Raja Uda. (Warung Asam Pedas). Teman panggil nasi lemak kangkung. Sebab ada letak sayur kangkung maaa.....




 Tu yang buat abah sesak nafas..kenyang sangat...adoiyaiiiii.....


Wednesday, September 28, 2022

Mesin

 Assalammualaikum,

Tang tengah banyak nak print report, kau buat hal....


Nasib baik ada lagi satu...masing2 berebut. 
Ada yang nak print..ada yang nak scan..ada yang nak photostat.


#roadtocollectiononepointeightmillion

C juga - Conezion

Assalammualaikum,

Semalam Cyber...pagi ni C juga...Conezion aka connection



Tuesday, September 27, 2022

Cyber - Selatan dan Jaya

Assalammualaikum,

Semalam dapat inquiry, nak advice from point of valuers...so hari ni pagi2 lagi dah stroll ke Cybersouth dan Cyberjaya. 

Market value, market price and sale price..3 benda yang berbeza yea. Nanti la teman cerita.







Comellll la awak!!!!!


Monday, September 26, 2022

AU3-Suke-DatoKeramat-AmpangJaya

Assalammualaikum,

Jumaat pagi hantar abah untuk follow-up kat Raspitory Clinic, Jalan Pahang. Lepas tu sambung dengan kerja-kerja follow-up. #roadtocollectiononepointeightmillion. Malam lepak kat Keramat. Layan MLMS...yeayyyy kumpulan UBI menang.

Esok paginya mencuba sarapan roti sarang burung di AU3, EPL Cafe.


Ni baru betul, teh tarik halia..halia original yang ditumbuk bukan halia serbuk/tiruan.

Tak nampak pulak pokok durian..untung la orang duduk situ kalau ada...

Dalam tu dah full house yea kalau datang pukul 8.

Lepas sarapan, kita stroll SUKE...terasa di tanah tinggi...


Comel jer gantry toll booth.

Petang kita layan sunset dari tingkap rumah burung merpati...


Esokknya hujan lebat di pagi hari...so kita tahan perut sikit. 
Lepas hujan berhenti kita ke Jalan Kolam Air, Ampang Jaya bersarapan di Mak Jah corner. 
(sederet dengan Naan Corner, lepas ISKL)

Sorry, yea teman tak berapa ambik gambar sangat. Tetiba tersegan pulak. hehehehehe..
Eh..kuih-kuih kat sini marvellous la. Aneka bingka..labu, jagung, kuih lapis..kasui..kuih gulung..

Teman suka bihun goreng kat sini. Taste dia macam mak/opah masak. 
Rasanya blend ikan bilis atau udang kering dengan bawang n cili.

For info, seating limited yea. 

Lepas sarapan balik ke Putrajaya.


Thursday, September 22, 2022

Misteri Nusantara

Assalammualaikum,

Teman nak bercerita sikit ttg spooky thing happen recently.

Unit depan rumah teman dah lama kosong since kami pindah masuk lg..lebih kurang 4 tahun gitu.

Ada la orang datang tengok unit tu tapi kebanyakkannya tak jadi duduk until la bulan lepas. Ada la dalam 4 ke 5 orang lelaki bujang dok angkut barang masuk ke dalam unit tersebut. Sebagai jiran yang prihatin, teman pun bersoreh la (bak kata orang Perak). Oooo..dema dema ni kerja kat shopping complex dekat rumah ni. Company sewa....

Bagus la kata teman, sebab dah lama kitaorang takde jiran..hehehehehe..

Ceritanya macam ni..minggu lepas kan ker kita semua cuti lama sempena hari Malaysia. Teman tak balik keramat sebab teman dengan abang gebu tak berapa sihat sangat. Masing2 demam dan batuk teruk. Mak n abah baru nak baik, kami datang nanti depa sakit pulak nanti...tak nak la ambik risiko. So kami stay jer kat putrajaya.

Jeng..jeng..jeng...serammmm ni. Hari jumaat malam dalam pukul 9.30 mlm kami dengar macam ada orang picit loceng rumah. Tapi sekali jer...AG bukak pintu..takde orang..Ok. Fine. Hari Sabtu dalam pukul 10.30 mlm dengar lagi loceng rumah kena tekan..tapi sekali sahaja..malas nak bukak lagipun teman tengah lalok makan ubat selsema, kurangkan kahak dan ubat batuk. Dalam pukul 1.30 pagi, teman dengar ada orang picit loceng tapi kali ni 3 kali berturut2. So teman gerak AG suruh tengok siapa. Buka-buka pintu, rupa-rupanya jiran depan. Katanya nak minta tolong tengokkan salah seorang member dia macam weird sangat. AG kata kejap. memang betul budak tu kesurupan. Bila tanya katanya dia dah lama duduk situ..4 tahun..wallaweh..lps tu tanya kafir ke islam..kafirrr...seram nihhh...AG cakap la tak boleh la macam ni..ni bukan tempat awak. 

Hari Ahad, kami sarapan di luar...tapi masa balik AG kata benda tu ada kat coridor luar rumah..bila nampak kami dia terus lari...ala..seram la pulak...malam tu dia main loceng balik...

Lagi seram malam tadi dalam pukul 9.30..kami berdua dengar macam ada orang bukak pintu. Pintu rumah kami tu pakai access card atau password..konon2 ala korea...so bila letak access card ada bunyi la...3 kali wooo....AG siap azan dalam rumah...ni dah betul2 melampau.

Sekali lepas subuh AG bagitau yang bunyi pintu keluar masuk tu rupa-rupanya unit depan. Bila dia bukak pintu tengok bebudak tu semua ada kat luar..berasap macam naga...tanya ok ker semua, depa kata ok..inshallah...

Abis yang tekan loceng tu..rumah depa kut...tapi terasa macam rumah kami....wallahualam...

Tapi yang bab kena rasuk tu betul yea...



Wednesday, September 21, 2022

Laman Hijrah@Masjid Bandar Bukit Puchong

Assalammualaikum,

Petang semalam hantar cucu balik rumah. Mereka lepak dengan tokpa seharian..berendam dalam kolam renang dengan main kat taman.

So macam biasa nak pujuk yang kenit tu untuk balik rumah agak susah. Maklumlah berbulan-bulan tak jumpa tokpa nya...siap nak tidur kat rumah kami dan suruh ibu dan kakaknya balik sendiri.

Kebetulan masa otw tu, azan maghrib berkumandang. So kami singgah kat Masjid Bandar Bukit Puchong untuk solat ler...




Selepas solat, si kakak kata lapar. Ibunya cakap ada macam foodcourt bawah masjid (masjid atas bukit yea). Namanya Laman Hijrah. Ada jual macam-macam seperti bakso, western, ayam penyet, char koteow, satay dll. Mangga float pun ada. Ok..mari la kita terjah. Difahamkan laman hijrah ni diaorang sewa tapak masjid. Besar gila tanah masjid bukit puchong ni.






Tuesday, September 20, 2022

Rezeki jangan ditolak

Assalammualaikum,

Orang-orang alim selalu berpesan. Kalau kita ada masalah atau ada urusan yang tersekat kat ofis atau dengan kehidupan kita....salah satu cara adalah dengan bersedekah atau belanja orang makan. 

Memandangkan kat ofis ni ramai otai-otai yang masih berbisa so kami ambil keputusan at least dalam seminggu salah seorang dari kami belanja staff sarapan pagi/tengahari.

So memandangkan tadi teman bersarapan di warung bunian (kebetulan terserempak dengan seorang retis..tiberr), teman beli la roti canai. Ala..30 keping jer pun.

So dapat feedback dari budak ofis...sebelum2 ni teman ada beli roti canai di tempat yang sama tetapi ada yang dapat setengah keping jer (maklumlah ramai dan maksudnya sedap la roti canai kat warung ni).

Hari ni sorang dapat 2 keping..siap kuah banjir alhamdulillah...#roadtocollectiononepointeightmillion..aminnnn...



Wednesday, September 14, 2022

WW II - Terbalikan lori sampah

Assalammualaikum,

Hari ni teman hampir2 jadi tempat lori sampah buang sampah. Tapi teman tendang sampah tu balik dalam lori sampah tersebut. Don't play-play with me kay...

So teman sejukkan diri teman dengan coca-cola vanilla...sambil layan lagu rock kapak...hehehehehe.

Done #serabut....

Done #sugarintaketerlebihsudah

WW : Lori Sampah

 Assalammualaikum,

Ada baca someone post kat insta. Isi kandungannya.

Kita pernah dengar tak yang manusia ni ada yang macam lori sampah. Setiap hari kutip sampah dari celik mata sampailah sebelum tidur...kita tak membicarakan tentang pekerja yang memang tugas dia kutip sampah yea.

Kalau kita kena marah tak pasal2..tho tu bukan salah kita..(contoh : orang tu nak masuk simpang tapi tak bagi signal lepas tu marah kita...eh apoo???) maksudnya hari tu kita dah jadi tempat orang tu longgokan sampah dia. Yang penting kita jangan ambil hati, senyum dan lindungi diri supaya sampah tu tak masuk dalam diri kita. Bayangkan kalau kita biarkan sampah tu masuk ke dalam diri kita, so kita pun akan jadi tong sampah. Keluar kerja kita kutip semua sampah tu dan bawa balik rumah. Lepas tu longgokan semua sampah pada anak2 atau isteri/suami. Anak dan isteri/suami jadi huru hara.

So..perasaan kita ialah kepunyaan kita. Kita yang kawal sepenuhnya. Abaikan perkara negatif yang kita tak boleh kawal. Sebanyak mana pun lori datang dan nak longgokan sampah, kita tetap saja kuat. Terus fokus pada perkara yang lebih penting iaitu menjaga hati kita dari terima sampah orang lain.



Tuesday, September 13, 2022

Senjakala

Assalammualaikum,

Lama dah tak tangkap gambar sunset...

Kejadian semalam kira2 12 min selepas azan maghrib berkumandang. IOI City Mall yang extension tu dah siap tau. Tapi outlet dalamnya banyak tak buka lagi..





Kejadian hari ini. Sebelum maghrib. 

Kekawan opis tangkap masa mereka otw nak balik ke rumah masing2. Teman bz memeriksa analysis bebudak valuer. Sebab upload kat wassap group, kita upload la kat sini. Hehehehehe..


Yang dua kat bawah ni kat area Putra Heights.




Monday, September 12, 2022

Sarapan dan Seminar

Assalammualaikum,

Sabtu baru ni mak dah boleh discharged dr HKL. So kena kurantin di rumah sampai hari ni. Esok boleh potong gelang. Hujung bulan giliran abah pulak buat procedure endoscopic. Doa2 supaya mak n abah sentiasa sihat selalu.

Macam biasa weekend kat Keramat. Semalam malas nak balik Putrajaya. Tu la..kadang2 buat rumah jual mahal2. Tapi workmanship dan maintenance ke laut dalam 7 lapis. Lift buat hal lagi hari Sabtu. Semua lift offline. Gila..nak turun pegi sarapan kena turun tangga..28 tingkat wooo...bila call security..katanya lift tengah baik. Tanya berapa lama..dalam 10 min. Lepas 20 minit satu lift sahaja berfungsi. Mungkin masih awal pagi so takde orang. Fine. Pegi sarapan then pulang semula..orang dah start nak pegi kerja...Riki2 dengan kontraktor lift..katanya ada floor air melimpah...la..padan la bau hangit...ada yang basuh rumah subuh2 sepi'e ke..adoiii...lepas tu ada ke design/allocate, pump room sebelah dengan lift..bocor kalu memang banjir la lift...

Dapat info, semalam 2 lift dah berfungsi. Takpe...pagi ni teman baru gerak ke Putrajaya dari Keramat. Sebelum tu singgah Medan Selera Kg Baru. Teman nak makan tosei dengan idli...lama dah tak makan. Perghhhh..kasi banjir kuah..nalerkkkk....


Minggu lepas attend seminar 3 hari. Boleh la..untuk dapatkan 10 CPD hour..


Best dapat jumpa valuer dari Fiji...macam bila buat valuation kat Papua dulu. Masalah utama adalah untuk mendapatkan dan mengumpul info. Malaysia ni kira ok la...sales evidence boleh dapat..samada online atau offline. Belum masuk sumber dari website hartanah lain. Kira nak assess the market value tu senang. Kira tabik la kat valuer Fiji dan negara lain...sanggup datang jauh untuk attend seminar bagi tingkatkan ilmu. Yea la..tak nak la orang cakap valuer ni over value la or under value la. Nama pun 'an estimate amount..." 

Tuesday, September 6, 2022

Floria dan keluar masuk hospital

Assalammualaikum,

Kisah keluar masuk hospital mak dan abah lagi..hehehehehehe.

28.8.2022 (Ahad) - Abah masuk IJN balik. Ingat kalau pergi pagi2 tu, petang boleh keluar. Sebab kaki bengkak dan paru2 ada air sikit. Sekali kena tahan wad daaa... sampai 31.8.2022

29.8.2022 (Isnin) - Mak pulak cakap susah nak bernafas dan pening. Terus bawak hospital Serdang. Pun kena tahan semalaman. Doc nak pantau 24 jam.  Abah tak tau lagi yang mak dah kena tahan wad. Lagipun teman tak nak abah risau. Video call pun abah tanya kenapa teman pakai mask dah pukul 10 malam. hehehehe..kasi cover line sikit. 

30.8.2022 - mak discharged. Teman bawak balik rumah teman. Mak ada demam sikit. Sempat lagi bawak sarapan on Merdeka day. Balik bagi panadol. Mak tido seharian. 


Sarapan di warung bunian.

Keesokkan harinya hantar mak balik ke Keramat. Maklumlah abah kan ker dah discharged. 
Bawak la mak sarapan kat Setiawangsa dulu. Restoran Diva. Masakan Johor.




Lepas hantar mak balik kitaorang sempat lagi singgah Floria@Putrajaya2022. 
Tengok bunga. Hehehehehe..sorry yea..penuh gambar AG jer...












Hari Jumaat 2.9.2022 - Abah demam. Nurul pun macam nak start demam sbb adik dia si Amin dah 2 3 hari demam. Tido dengan atok sbb rindu. 

Lepas Jumaat, teman datang bawak ubat. Bagi dema makan. Sama macam mak..flat abis..tido tak sedar diri.

Sabtu 3.9.2022 : Mak pulak start demam balik. Panas. tak larat langsung. Rasa macam gastrik. Bagi panadol...tido..Teman tak lama kat rumah mak. Maklumlah semua dalam rumah tu demam. Malam dalam pukul 10.00, nurul call cakap opah tak boleh bernafas. Teman suruh nurul buat saliva test. Mak n abah. Hasilnya...



Setelah 2 tahun setengah....iskh..iskh..iskh...positif...

Terus call ambulance.

Sekarang mak ada kat HKL. Macam biasa kena tahan wad. 

Setakat hari ni mak cakap susah nak bernafas takde la. Cuma semalam mak start batuk2.

Kat mana dapat. Hanya Allah maha mengetahui.