Monday, July 25, 2022

Kenduri Kahwin

Assalammualaikum,

Sabtu lepas..ada dapat jemputan kahwin. Dari officemate syarikat yang teman mula2 kerja.

Anak sulung perempuannya kahwin. Buat kat Forest Valley, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, SDE.

Memang masuk forest betul..hehehehehe..

Sampai2..tengok kereta banyak bebenor...besar kenduri tuan rumah ni.

Rupa-rupanya disitu ada empat kenduri serentak didalam empat bangunan berasingan. Jangan salah bangunan sudah. Nasib baik parking banyak. 


Kami sampai dan park kereta betul2 azan zohor berkumandang. So AG solat dulu. Surau ada disediakan. Teman ganti mak pengantin jadi penyambut tetamu  kejap sebab mak n ayah pengantin bergambar dengan pengantin. Hehehehehe..


Berlatar belakangkan hutan hijau. Dinding dan atap kaca. Kalau hujan best ni...


Keluarga pengantin perempuan. Dah abis zoom ni. Besar dewan ni. 


With high-ceiling. Bagus...untuk pengaliran udara..


Kenduri bangunan lain.


Another two others 'kenduri'



Rasanya dalam compound yang sama dengan bangunan2 majlis perkahwinan ni. Tiba-tiba dengar anjing ramai2 menyalak. Iskh..tempat apa pulak ni...jom..jom..kita blah cepat-cepat....

Rumah yang disewakan

Assalammualaikum,

Anak bongsu teman dah pulang ke Kota Bharu, mengikuti suaminya yang mengambil keputusan untuk membuka perniagaan di kampung halamannya.

So rumah teman tu kosong lah sekarang. Nak disewakan macam sayang. Takut rumah rosak. Tambah kos pulak nak mengubahsuai semula.

Kalau disewakan ada la duit tambahan sket...hehehehehe..boleh buat beli jajan atau beli barang basah dan sayur-sayuran yang harganya dah melambung bak kayangan.

Sebelum kemas apa yang patut..kita sarapan lah dulu.


Kalau nak ke Wak Manjo..parking kat sini. Dah settle boleh keluar ke kiri...untuk mengelak trafik jem.


Nak juga berposing depan tu. 


Hai la cucu, abis di conteng dinding nenek. 
Nak cat balik..sekali silap beli cat daaa...masih lagi nampak kesan contengannya...


Ingat nak transfer internet ke rumah mak. Banyak sangat prosesnya. So kita kekalkan...beli android box. Boleh tengok maciam-maciam....
Owh..tingkap tu nak pasang blend. Sekali drill tak lut...kena pakai yang besar...nanti nanti la...




orang cakap nak hilangkan bau kepam almari..buka pintu dia..biarkan udara segar masuk..ntah la..


Tilam tu dah 15 tahun umurnya..guna la king koil...tahan sampai dua generasi..hehehehehe


Kat section ni banyak lagi barang yang nak kena buang. Terutama barang plastik.

Antara putrajaya dan di bukit baru. Teman prefer di sini...
1. Dekat dengan mak dan abah
2. Air bersih woo...compare di putrajaya..keruh..
3. Lift beberapa langkah sahaja dari unit.
4. Nak cari makanan senang. Chowkit, kg pandan, keramat, wangsa maju..janda baik pun boleh pergi
5. Kalau order grab food hantar sampai pintu rumah. Disana kena turun collect. 
6. surau bawah rumah jer..tak payah nak bawak kereta drive 7 ke 8 km.
7. jiran saling mengenali
8. rumah kecil so tak banyak nak kena kemas...hehehehehe
9. Kalau nak ke utara, selatan, timur, barat senang jer...

Satu jer tak best...designated parking takde...first come first serve...double n triple park..hehehehe

Apa-apa pun syukur alhamdulillah...ada juga rumah khennn....


Friday, July 22, 2022

Membaca jambatan elmu

Assalammualaikum,

Off late ni kena banyak baca yang buka minda sket...untuk mental health dan strategy syarikat.

Ntah la sejak positif covid dolu-dolu...sel-sel otak ni tak berapa berhubung sangat...

Kadang-kadang burst out...kalau dulu boleh jer pendam sebuah duka...sekarang..no more..voice out juga...

Yea la asyik kita nak jaga perasaan orang..ghisau kalau depa semua tu sentap...

Now...teman ambil langkah kadang2 vocal sket...hehehehehe..but in a good manner la...

Sebab pertimbangan tu masih ada...nama pun dah matang kan...



Monday, July 18, 2022

Kafein Dalam Kehidupan

Assalammualaikum,

Semenjak mak n abah tak berapa sihat sangat, teman selalu la balik ke Keramat. Kadang2 weekdays, kadang2 weekend. Sementelaah rumah teman dah kosong, so kami bermalam di Keramat instead ulang alik Keramat - Putrajaya.

Rumah teman belum sepenuhnya kemas..so bahagian dapur tak sentuh lagi. Nak buat aktiviti memasak belum boleh lagi...sebab perancangannya nak buang segala macam mak nenek kat situ..semak mata memandang..hehehehehehe.

So itu juga salah satu alasan untuk bersarapan di luar. Hehehehehe...



Taste wise, mintak maaf la yea. 
Teman rasa nasi lemak motor kat medan selera kampung baru tu lagi sedap. Tekak teman la...




Ni kami makan kat Keramat Mall.

Teman rasa since AG ke Indon, hampir selang sehari teman ambil kopi. Regardless le kopi kayangan, separa kayangan atau kopi biasa2 jer...

Semalam, sebelum balik ke Putrajaya, kami singgah makan di Kg Baru. Pukul 3.30 baru nak makan tengahari...hmmm..mana kedai bukak pun...masakan minang teman macam tak berapa nak lalu. Tapi last-last kami singgah satu resto kat Jalan Raja Muda Musa. Ok la..makan ayam goreng kampung cili yang baru masak. Satu lauk dan sayur kena RM11. Teh ais dan keropok kulit lembu total 2 orang makan RM36. AG kata mahalnya..minggu lepas makan kat raja alang kena RM38. Selalu bawah RM20 jer...Well..darling..ayam, ikan, tepung, minyak masak semua dah naik harga. 

Lepas makan, ingat nak pekena kopi. So beli la kopi vietnam kat Jalan Raja Muda Musa 5 tu. Kedai ni ramai jer orang ambik photo sbb berlatar belakangkan KLCC...teman jer terlupa..bila adik tu cakap kopi teman dah ada orang belanja. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan sambil menikmati empat lima sedutan kopi tu..tiba2 teman rasa dada berdebar2. Gila debar...teman dok cakap dalam hati apa la nak jadi ni. kebetulan dok bercakap dengan mak on the phone...teman dah start rasa macam susah nak bernafas...libang libu lah...pegang phone pun nak jatuh. kedepan ke belakang.......AG buat rilek..biarpun dia nampak muka bini dia dah pucat lesi...iskh..iskh..serius!!!! tak kan minum kopi jadi camni. Kalau nak kata masalah jantung, minggu lepas baru buat ECG n segala mak nenek test. Ok jer....

So...as a start...no kopi for a week or a month...(harap istiqomah Puan Fadzylah oiii...)


Friday, July 15, 2022

Terbang Untuk Bekerja 2

Assalammualaikum,

Kita bagi peluang yang muda2 buat kerja...

Yang dah kertu ni duduk ofis buat pemantauan...hehehehehehe.









Secawan kopi separa kayangan untuk menghilangkan stressssssssssss....

Tuesday, July 12, 2022

Terbang untuk bekerja

Assalammualaikum,

Jumaat lepas, kami kena submit interim report to client selepas seminggu dapat PO.

Semua muka cuak sebab ada yang nak balik kampung malam tu atau esok paginya...

Hehehehehehe...teman ni tak kejam..

Kita panggil boss besor untuk 'midas touch'...sebelum teman tandatangan.

By 9 pm semua boleh balik...

Tu yang muka semua ada senyummmm...



Hari ni semua start site visit selama seminggu. Tinggal la teman jaga opis...hehehehehehe...



Wednesday, July 6, 2022

Kay's

Assalammualaikum,

Punyalah dah 4 tahun duduk sini, tertunggu2 jer apa la kedai atau restaurant yang akan bukak.

Sekali ada dua daaa...satu Kay's Steak & Lobster manakala satu lagi Padi House.

So kami cuba Kay's dulu.

As a start takde la cuba menu steak...lebih kepada yang simple dan straight forward. 


Ni namanya salted egg crab


Chicken Parmigiana


Fish n Chip


Grilled NZ Mussels dan Caesar Salad


Dah makan jer kerjanya..bila la nak kurus mcm ni dulu..hehehehehehe