Thursday, June 16, 2022

Wayang : Jurassic World Dominion

Assalammualaikum, 

Lepas kerja minggu lepas...budak2 ofis ajak tengok wayang. Tapi cerita Tom Cruise Top Gun. 

Masalahnya kat IOI City Mall mana ada tayang gambar tersebut. So teman cakap la..apa kata kita tengok Jurassic World Dominion. Budak ofis cakap tu cerita untuk budak2 la kak...Eh!!! cer kalau sekarang dinasour tu masih hidup lagi..mau mencirit korang semua lari..cerita budak2 konon..Cheh!!! Hehehehehehe...

Ahh..teman cakap..korang tak nak tengok takpe..teman boleh jer tengok berdua dengan Cik B.

So lepas maghrib di ofis kami terus ke mall. Full house..semua waktu..tu pun dapat second row. Jadi la..ambik panggung yg besar sikit..so takde la sakit tengkuk.



Tau tak gajah adalah salah satu species dinasour yang masih hidup lagi hingga ke hari ni.

Ok. Teman ni mmg ikut sequel jurassic park ni dari yang pertama iaitu pada tahun 1993. Ingat lagi masa tu awal 1994 tengok wayang kat REX Jalan Petaling dengan member ofis. Pakai spek ala2 3D tu. Lepas tu diikuti dengan The Lost World: Jurassic Park (1997), Jurassic Park III (2001), Jurassic World (2015), Jurassic World : Fallen Kingdom (2018) dan yang terbaru ni. Mungkin ni yang last kut sbb semua main cast ada Dr Allan Grant, Dr Ellie Sattler, Ian Malcom, Owen Grady, Claire Dearing dan watak baru Kayla Watts (yang bawak kapal terbang).

Even tayang berkali-kali kat TV tu teman still boleh duduk dari awal sampai akhir. Hehehehehehe. Cerita ni jer la..yang lain2 tu malas nak tengok berulang-ulang kali.

3 comments:

nohas said...

gajah species dinasor?,,new info..

fzy fuzzy said...

yea la kak..mammoth...tu belum buaya dengan badak sumbu..hehehehehe

AiniHalim said...

Haaa baru tahu.. no wonder dia besar kan..
Kira same species as Mammoth