Wednesday, December 28, 2022
Kambing Yang Aneh
Friday, December 23, 2022
Cuci-cuci
Assalammualaikum,
Bijak kan masa musim monsun ni ambik job cuci-cuci.
Bijak sebab boleh jimat air..guna jer air hujan..
Kurang bijak sebab esok kotor balik...hehehehe..
Apa2 pun respek demi untuk sesuap nasi...
Rasa-rasanya depa-depa ni gayat tak???
Thursday, December 22, 2022
Kapal hendak belayar
Assalammualaikum,
Sekarang ini kapal sedang disiapkan untuk belayar.
Dah terlalu bosan dengan pelabuhan sediada, maybe...
Belayar ke mana..hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Perghhhhh...ayatttt.....well lupakan sahaja.
Hehehehehe...
Tuesday, December 20, 2022
Yang pertama juga dicari
Assalammualaikum,
Tajuk takde kena mengena dengan perkahwinan yea. Hehehehehe.
Teman nak tanya la..uolls prefer kalau pergi ke kedai makan, kedai tu main outlet atau branch.
Bukan apa, sesiapa yang pernah makan di RSMY tentu tahu mereka ada buka beberapa cawangan. Antaranya di Bangi, Putrajaya dan Setapak. Outlet utama adalah di Medan Tunku Kuala Lumpur. Untuk outlet utama, Bangi dan Putrajaya teman dah pernah singgah.
Tapi rasanya main outlet lagi best. Naan tu gebu-gebas. Cheese dia cantik jer...tengok tukang masak kut.
Memancor-mancor mengkeme
Assalammualaikum,
Perkataan diatas adalah salah satu bahasa yang digunakan sesetengah kampung daerah Kuala Kangsar.
Memandangkan mak dan abah teman, lahir dan membesar di kampung yang bernama Kati dan Bendang Ujib, bahasa2 diatas ada ler terkeluor..especially dari mak teman ler...abah tak berapa sangat.
Memancor/merelit = bersinar-sinar
Mengkeme/kome/miker = kamu
Monday, December 19, 2022
Berdebar Jantungku
Assalammualaikum,
Pagi Jumaat mak dah call cakap susah nak bernafas. Teman macam biasa kata kena bawak terus ke kecemasan HKL. Setengah jam lepas tu, mak call balik kata adik teman bawak tapi ke klinik sahaja. Lepas jumaat teman call mak, mak cakap dah ok sikit..doktor kata gastrik..mungkin sebab makan ubat jantung n cair darah...aikkk..cuak jer ni.
Sabtu, 5 minit sebelum azan subuh, mak call cakap tak boleh bernafas balik..dengar suara pun macam tercungap2. Abang Gebu pulak pukul 5 pagi dah keluar ke PD. Adik teman katanya semalam nak balik ke Setiawan, kampung husbandnya...Allah....
Sepantas kilat mandi n solat. Cuba cari grab. Pukul 6..sunyi sepi jer apps. Pukul 6.30 ada dapat satu..tapi mamat tu cancel pulak. Cuba lagi..6.50 dapat seorang lagi..alhamdulillah. 7.20 sampai Keramat. Bawak mak ke HKL. Rupa-rupanya adik teman ada dan dia cakap semalam macam berat nak balik kampung. Tambah2 bila mak macam tu.
Sampai HKL..procedure macam biasa. So bacaan ECG mak not so ok..kena tolak ke red zone. Luckly teman compile semua rekod/lapuran perubatan mak..samada dari IJN, Hospital Serdang or department yang berkaitan. Doktor tak banyak cakap. Sambil baca doktor bagi arahan kat team dia untuk buat apa...
Bacaan jantung mak drop dari 50% ke 30% sahaja.
Ada la teman masuk sekali dua..untuk pengesahan dengan doktor. Dalam 3 lebih mak ditolak ke wad isolasi belakang kecemasan. Tapi tak boleh masuk..cuma dapat tengok dari balik pintu. Jadi lah. Tanya doktor..mak dah stabil...alhamdulillah... siap lambai2 teman..ingat nak apa..sekali mak nak hp daaa...oooo...memang dah ok sangat mak ni..hehehehehe..
Semalam mak dah dinaikkan wad di tingkat 5. Boleh melawat dan doktor ada jumpa teman. Katanya bacaan buah pinggang mak tak ok sangat..keep droping. Teman cakap laaaa baru jumpa doktor nefro minggu lepas. Katanya buah pinggang mak bertambah baik dari stage 3b ke stage 3a. Kalau nak cakap device pacemaker mak, bulan 10 dulu dah cek di hospital serdang. Device tip top boleh guna lagi 10 tahun. Tak pe la doktor, u buat la apa yang terbaik to identify permasalahan yang berlaku ni...hari ni tunggu kardio cakap apa...samada mak perlu di tahan lagi atau boleh discharge.
Friday, December 16, 2022
Manis mulut badan binasa
Assalammualaikum,
Jumaat lepas ikut junior staff pegi site visit. Sessi pembelajaran 101.
Kalau keluar dengan teman memang tak boleh bergantung pada waze atau google maps sangat...belajar baca signboard. Ater..tak kan la dari Putrajaya sampai Rawang nak guna waze..buat abis data dan bateri phone jer...Tu belum pegi Melaka..tiberr....hehehehe.
Tujuan adalah supaya mereka peka dengan keadaan sekeliling. Nama penilai hartanah khenn...zaman teman kerja dulu sebelum ada teknologi ni..nak pegi ke sesuatu tempat..photostat dan cantum2 map tu. Study jalan mana nak ikut. Senang nak describe dalam report. Sekarang ni terlalu bergantung pada Mr. G. Kadang2 nama jalan kat G dengan kat site dah berubah...so kena la ikut kat site. Nama pun 'Site Inspection'.
Teman kabor...sesat takpe..bukan pergi jauh pun..alih2 pun lajak ke Serendah..bukan sampai ke Satun, Thailand. Apooo....
Teman ni nak kata peramah pun, tengok orang juga yang nak diramahkan. Maklumlah teman ni kan ke pemalu orangnya..hehehehehe.
Bukan apa instead inspect satu rumah, terinspect rumah sebelah sekali. Rupanya tuan rumah tu nak tau berapa nilai rumah dia. Maklumlah dah renovate. Kut2 boleh pegi juta ke....
Yang mulut manis tu apa pula...otw balik..kami singgah satu dessert house kat Selayang. Nama dia Sukadessert. Tengok macam manis2 semuanya....semanis kata-kata awak...harharharhar...
Thursday, December 15, 2022
Meeting pun kena scam
Assalammualaikum,
Cerita berlaku hujung bulan lepas. Teman kena attend satu meeting kat lawyer office in KL. Memandangkan cik B ikut sekali, so takde la tidur rumah KL. Since meeting start at 9.30am maka kami gerak dalam 6.40 gitu. Kalau tak lambat la sampai. Teman jangka at least 1 hour to 1.5 hour la sampai KL. Toll Sg Besi jangan buat main woo...lagipun teman tak suka/tak gemor sampai office orang lambat bila ada meeting atau jumpa orang. Kecuali terpaksa..tu pun effort call setengah jam sebelum sampai.
Sekali sampai 7.30 daaa...sarapan la dulu kat area2 Masjid India sebab meeting kat Jalan Melaka. Dalam 8.20, AG drop kami depan bus stop. Sebab ingat pukul 9 baru naik office client. Tengah2 scroll phone nampak satu email masuk. Masa tu dalam pukul 9 la. Email tu pukul 8.59 am. Cakap fizikal meeting cancel ganti dengan online meeting. Cheh!!....Dalam 9.15 gitu that person in charge call tanya ada terima email atau tak...Teman bising la..why u tak call i b4 9 tadi? I dah sampai ofis u since 8.30 tau... Oooo..baru dapat arahan dari big boss...Kalau nak meeting online pun, teman mana ada bawak laptop. Lepas tu kalau guna handphone, macam tak proper jer...
Kalau nak tunggu teman sampai office at least another 45 minit. Nak tunggu AG datang lagi...
So teman suruh dia call big boss teman, at least. adoiiiii....
Bukan tu sahaja...keesokkan harinya ada hearing kat court. Tapi teman tak attend la, mintak ada satu lagi RV untuk attend. Dia pun kena scam. Lawyer salah tengok tarikh....the following date rupanya....masyallah...
Tengok macam sungai ni..tetap mengalir walaupun ada banyak halangan sepanjang laluan.
Setenang-tenang sungai, kadang2 boleh memudaratkan..maka jadi la banjir di sana sini.
Manusia pun begitu...selagi boleh bertenang kita bertenang...tapi ketenangan kita jangan di pandang enteng...takut berputih mata...walla weiii....
Wednesday, December 14, 2022
Pusat Jantung Hospital Serdang
Assalammualaikum,
Alhamdulillah, Pusat Jantung Hospital Serdang telah dibuka kepada orang awam pada 12hb Disember 2022.
Teman ke sini sebab ambil ubat jantung mak. Wah..teman impress...
Yang sempat teman observe.
1. Lobby untuk turunkan penumpang yang luas. Kat luar sini pun ada disediakan bangku panjang.
2. Ada parking bertingkat-tingkat.
3. Lobi utama ada disediakan sofa. Macam lobi hotel.
4. Escalator dan lift untuk ke tingkat atas
5. Signage. Mula2 blur juga tapi tempat baru kena la tanya kan. Petugas ramah dan sedia membantu.
6. Bangku kat foyer untuk tunggu pesakit. Macam ada fountain..nanti explore bulan tujuh tahun depan.
7. Tandas baru..hehehehe
8. Owh..ada juga disediakan jejantas ke bangunan utama .
Tuesday, December 13, 2022
GTK - Gerai Tepi Kebun
Assalammualaikum,
Dok tengok lalu kat IG. Then weekend baru ni kami berdua pergi la..
Benda viral so aspect mungkin ramai orang kut..
Dari Putrajaya ke sini, Taman Ros Kajang takde la jauh..dalam 13 minit. Lagipun jalan smooth jer..maklumlah cuti DYMMS Selangor.
Maaf la yea..pada teman boleh panggil GSR kut..Gerai Seberang Rumah. hehehehehe..
Food taste..ok la pada tekak teman.
Hidung teman ni agak sensitif sikit. Hari tu lepas hujan..then ramai si bulus yang gebu gebas area2 situ...biasa la bila mereka melepas..kebetulan pulak duduk arah angin..uittt harum semerbak...