Thursday, December 9, 2021

Antara Kipas dan Penghawa Dingin

Assalammualaikum,

Setelah hampir 2 bulan, master bedroom rumah sewa teman penghawa dinginnya bermasalah. 

Setelah 3 orang kontraktor datang, lihat, bagi cadangan (teman agreed dgn proposal depa)..lepas tu pergi  janji nak datang balik (walaupun call kata nak datang) TETAPI  tak datang2 juga...

Sampai la jumaat lepas masa teman scroll ig, teman nampak syarikat ni posting tentang servis depa.

Then terus teman wassap dan fixed tarikh. So semalam adalah hari mereka datang melakukan kerja2 servis.

Aircond bilik teman bocor...maklumlah pkp tak boleh panggil orang datang untuk servis kan. So hampir 2 tahun segala habuk, lendir dah berkeladak...

So kebocoron itu telah menyebabkan air meresap sehingga ke panel papan suis.

So teman cakap dengan orang yang datang servis tu..'kamu servis dulu aircond ni..sekiranya tak sejuk lps tu berlaku kebocoran ada tak boleh rekomen mana2 kontraktor yg boleh perbetulkan masalah ni...'. Inshallah puan, lagipun syarikat kami ada waranty 2 minggu lps servis...' . Kalau aircond mmg expertise kami puan, tapi kalau piping system atau elektrical system, kena hack siling, betulkan balik, saya boleh tanya boss...tapi rasanya kami ada contact tersebut....kata staff aircond tu la...

So teman jawab balik.....Ok, cantekkkkk....


Actually, ada beam antara ruang bilik utama dan bilik air..


Kalau melibatkan air dan elektrik, teman tak berani...

So, semalam masa nak tidur..teman on la aircond tu...alhamdulillah..takde la guna kipas lagi...hehehehe..atau teman on air-cond bilik tetamu..so udara sejuk masuk la sikit dalam bilik utama...(rumah teman kan ker menghadap matahari petang...ada panas sikit la...tapi ok jer...
(Tu baru panas duniaa.......khannnnnn)

So far teman puashati dengan servis depa...siap ada form bagai...mcm ISO form..baguss....nama syarikat ni CleanHero...office kat Bandar Baru Bangi...



Untuk pagi ini...dah 6 hari teman cuba untuk bersarapan dengan oats sahaja. Tetapi kopi tu tetap ada...yeehaaaaa.....


4 comments:

Wak Lat said...

wahh sibbaik jumpa tukang servis yg bagus., kannns ;p

uncle gedek said...

Penagih kopi juga?

Yeay! Gimifai!

nohas said...

servis tiptop..

fzy fuzzy said...

Wak Lat : Nak cari yang bagus tu la yg susah wak..macam nak cari suri/sura hati...eh!! tiberrrr...

Uncle : Saya bukan peminat tegar kopi, juga bukan pembenci kopi...cuma kalau diberi pilihan antara teh dan kopi..off course saya pilih kopi..tetapi antara air kosong, teh dan kopi...hahahaha..pilihan utama tentulah air kosong...
Cuma saya ada masalah kalau minium kopi ntah apa2 ntah..dengan segala campuran bagai...or terlalu pekat n pahit...boleh bloating perut uncle..
Waima macam mana..people said..minum kopi untuk hilang mengantuk..tetapi saya...tetap juga boleh tidur nyenyak...hehehehehe

Nohas : Inshallah..kita tengok camno seminggu dua ni..so far malam mmg sejuk gilerrr bila on aircond...