Saturday, August 28, 2021

Pelangi, Lintas dan Bendera

 Assalammualaikum,

Sudah 64 tahun...

Cukup matang sebenarnya...

Ntahlah ada rasa kecewa atas apa yang berlaku sekarang..

Tetapi semangat perlu diteruskan 

Untuk negara tercinta ini...


Pagi tadi dah 4 tahun duduk sini...baru la nampak pelangi...Subhanallah...


Sejak semalam ada lintas hormat...tabik hormat tuan!!!!


Harap-harap tak diterbangkan angin...sepit jer dengan sepit gergasi...Sabar yea..4 hari jer lagi...


Monday, August 23, 2021

Roti Canai dan ATM

Assalammualaikum,

Semalam.

Cakap dgn AG...lama tak makan roti canai. So apa kata kita checkiout kedai ni...

Uish..gigih pusing...

Tuan kedai tanya..tak nak makan situ ke?..Eh boleh makan ke?..boleh dengan syarat lengkap vak dan lebih 14 hari...oh..kami berdua dah!...

Instead niat asal makan roti canai..kami makan nasi lemak lauk paru dan ayam rendang..lepas tu tapau kari kambing...konon2 tengahari tak perlu masak...hmmm....


Lepas makan.....apa kata kita ronda2 kawasan sekitar.....kebetulan cash dalam wallet takde..cari la cimbeng..


Owh..tak tau pula..mesin atm tu beroperasi selepas pukul 8 pagi...haii..banyak benda ketinggalan ni...

Saturday, August 21, 2021

Dah boleh masuk ofis

Assalammualaikum,

Yeay, semalam start masuk ofis..

Tidak berseorangan...ada la 2 3 orang...sbb management belum decide samada nak follow SOP bekerja di ofis atau continue bekerja dirumah sahaja. Tapi teman prefer kerja di ofis...dah siap kerja..print..dan sign terus..lps tu scan... email ke client dan arrange utk delivery..


Macam-macam kaler file...ada yg current year..ada previous year nak buat update valuation. Ada la 4 5 kes masuk...alhamdulillah...

Teman ni dah lama tak menjengok mak n abah..since kedua-duanya dah lebih sebulan complete 2nd dose..dan kami berdua pun sama...Bila mak telefon kata abah berselimut mengigil-gigil..petang semalam terus la ke KL..(tapi sebelum tu..jangan lupa ambil surat kebenaran rentas daerah.)

Sebelum ke KL cari sate dulu.....abah kata teringin nak makan. Pegi la area2 Sg Ramal...alhamdulillah ada orang jual...kebetulan kat situ pun ada jual air kelapa...beli la dua biji...

Maka dalam hujan lebat kami pun ke sana...

Mak ingat kami pass barang jer...macam abang delivery.. hehehehe...tapi abah suruh masuk...sebelum masuk suruh mak n abah pakai mask dulu....lepas tu kami sanitize satu badan...mmg ada order utk mak gun sanitizer tu...maklumlah adik pun selang 2 3 hari datang...yea la..dah dia yang paling dekat...selang satu tingkat jer...tapi dia hari2 pegi kerja..macam2 orang kat ofis yang dia jumpa..Sepanjang dalam rumah teman dan AG pakai mask yea...

Untuk abah sate n kelapa...
Untuk mak...2 pot bunga dan madu kelulut...(muka ada senyium....hehehehehe)...


Alhamdulillah...abah takde demam atau sebagainya...kebetulan memang ada order test kit..cuma abah cakap kalau kipas angin pusing kuat rasa sejuk....laaaa,,,ingat demam ke..tapi betul juga..3 4 hari ni kan ker hujan petang...so cuaca sejuk...teman pun kalau tido malam tak pasang aircond dan kipas...siap berselimut dengan comforter lagi...

Layan la sembang pasal politik, pasal covid..pasal tanah...aik..abah ni nak cakap pasal wasiat lagi ke...ni yang seram...sekali abah cakap ada orang kampung call dia..tanya nak beli tanah tak..tak besar mana dalam 1.5 ekar...actually tanah tu satu hakmilik dengan abah dan maksu...luas dalam 3.5 ekar...masalahnya share pakcik tu..depa kena settle faraid dulu...iskh..mau makan tahun ni...call ler pakcu kat kuale minta dia tolong uruskan...sekali dia pun berminat nak beli tanah tu...lagi ler elok...sbb dia mmg duduk kampung...Abah cakap ada lagi tanah arwah Tok Tokok yang hakmilik dah hilang. Masalahnya abah jer yg tau kat mana lokasi tanah tu...pakcu pun tak tau...nanti la abah..inshallah kalau dah boleh rentas negeri kita balik kampung yer...kita settle mana yang patut.

So sampai la masa untuk kami balik rumah, teman pesan kat AG..lama dah tak tangkap gmbar KL waktu malam..AG kat nanti bagitau la nak berhenti kat mana...

Hajat tak kesampaian...sebab sepanjang jalan lampu hijau jer....jadi la cuma dapat capture yang kat bawah ni jer.....tu pun dari dalam kereta yang tengah bergerak...



Hilang rindu teman.....alhamdulillah...teman doa semoga mak n abah teman sihat walafiat bersama-sama yang lain juga...Aminnnn,,,,

Tuesday, August 17, 2021

Jangka Hayat

Assalammualaikum,

Hari ini kita bercerita tentang jangka hayat bangunan.

Selalunya dalam konteks kami, life span (jangka hayat) sesuatu bangunan seperti bangunan kilang antara 40 ke 50 tahun. Bangunan pejabat dan kediaman adalah sekitar 50 ke 60 tahun.

Untuk kediaman termasuk multi-storey atau landed house. 

Apa yang perlu dilakukan sekiranya sesuatu bangunan terutama bangunan bertingkat sudah menghampiri jangka hayatnya..

Well, ada berbagai cadangan...mungkin perlu ada cadangan pembangunan semula.

Bila ada cadangan pembangunan semula..banyak aspek perlu diambil kira..

Pemilik sedia ada, penghuni sedia ada, nilai hartanah, jenis pembangunan, kepadatan penduduk, harga yang ditawarkan dan sebagainya..

Adakah sesuai sesuatu bangunan itu go for pembangunan semula? Well.........


Bangunan ini takde kena mengena dengan topik diatas..sebagai contoh sahaja. Maklumlah..dah lama tak pegi site visit...tepu dah duduk rumah...hehehehehe...


Monday, August 9, 2021

Meh! nak cerita sket

Assalammualaikum,

Apa khabar semua. Dah dengar perkabaran PM semalam.

Tapi yea la kita ni yg masih tinggal di negeri yang dalam Fasa 1 kena la redho 3 4 bulan lagi sebelum beralih ke Fasa 2, inshallah.

Teman nak bercerita tentang sahabat teman ni. Umur akhir 40an. Dia ada buka satu syarikat. First year beroperasi, dia strike..dapat projek 10 juta. Masa tu katanya staff tak ramai dalam 6 orang. Dalam tahun tu juga ada la dapat few jobs. Tahun ke dua, dia start tambah pekerja kepada 3 kali ganda.  Katanya dia dapat nasihat dari seseorang tentang penambahan pekerja dan kos operasi. Untuk memantapkan lagi syarikat kaedahnya. Maklumlah orang itu datang dari latarbelakang syarikat yg tip top. Syarikat senarai awam lagi. Tahun ke-2 jumlah pendapatan lebih kurang sikit dari tahun pertama. Kata sahabat teman ni, ada sahabat yang lama kenal dengan dia nasihatkan dia supaya tidak terlalu mengikut nasihat si polan ini. Tapi dia anggap sahabat dia tu tak tahu tentang urusan business dan invest. Bila teman tanya, menyesal ke...sahabat teman ni diam jer...

Tahun ke-3, ekonomi mula slow down, so pendapatan suku dari tahun pertama dan kedua..tetapi pekerja tambah lg. invest lagi. Tahun ke 4, 5 dan 6, kos operasi 3 kali ganda dari pendapatan. Tahun ke 7, dia dah start guna saving. Tahun ke-8 saving lagi dan akhirnya masuk tahun ke-9. Struggle. Tambah pula dengan keadaan sekarang ni..

Kata sahabat teman ni, dia tak nak tutup syarikat. So dia kena cari solusi bagaimana untuk kekalkan berdasarkan kewangan yang ada sekarang.  Apa yang dia buat adalah merehatkan sebahagian besar pekerja selama 6 bulan. Rehat maksudnya, dia tak bayar gaji. Alasan sekiranya dia guna duit sedia ada untuk meneruskan syarikat, dia tahu dalam 8 bulan ke 1 tahun dia mmg kena tutup syarikat sepenuhnya.

Dalam 6 bulan tu sahabat teman ni berjanji dia akan cari solusi untuk bangunkan balik syarikat which katanya ada. Mengenali sahabat teman ni, teman tau dia boleh. Dia kena rombak semua kos operasi dan menstruktur semula kedudukan kewangan. Bila segalanya selesai, semua pekerja yang direhatkan akan dipanggil semula.

Kebanyakkan pekerja dia adalah bujang dan baru grad dalam 2 3 tahun gitu. Ada la 4 5 orang yang dah berkeluarga. So dia bantu dengan membayar komitmen 2 bulan pekerja berkeluarga dan bagi modal untuk beli alatan bagi memulakan business online. Maksudnya siapa yang nak memasak, dia belikan oven. Siapa yg nk buat delivery, dia bayar duit deposit beli motor. Siapa nak beli stok barang, dia invest sedikit.

Selepas dia buat keputusan tersebut, sahabat saya ini rasa lega.

Yang tak lega siapa. Orang yang tinggal la. Hehehehehe...