Thursday, July 15, 2021

Teka teki

Assalammualaikum,

Sabtu lepas kitaorang ada attend virtual treasure hunt.

Yea la..dah kena kurung dalam rumah kita participate la dalam aktiviti membina minda...

Ada 25 team termasuk team dari Sabah. Company kami ada 5 team. Macam biasa jadi main sponsor...ala hadiah tempat pertama RM1,000. Tempat ke 2 : RM700, Tempat ke - 3 : RM500 dan 8 hadiah saguhati RM300.

Kira ala-ala melancong la..pergi ke tempat atau negara seperti Penang, Singapura, Vigan City Filipina dan London. 

Ada 20 soalan..dan 2 soalan teka teki..

'It measures but not for your quest

one that commands I shall put you a test

A foot or less in any shape is the best

Just submit it and 5 points you shall nest'

Ni kacang jer jawapannya : Ruler

Soalan lagi satu

'A lead writer is what I want

Any brand or make shall count

Half a score this is paramount

Full points I will surely account'

Nampak macam senang nak jawab kan..: pensil (so kami submit gambar sebatang pensil...dapat separuh markah..semua macam tak puas hati...judge suruh baca betul2 soalan...adoii...kami ni bukan terrer maksud-maksud bahasa inggeris ni...sekali kat ayat score tu...cheh! yg membawa maksud 'twenty'. So separuh dari dua puluh adalah sepuluh..kena hantar gambar sepuluh batang pensil...baru dapat full mark..

Well..it fun actually..tapi kena make sure dalam team ada yg betul2 otak geliga nak jawab soalan2 ni...hehehehehe..teman tak sampai la jadi 'Siti Muslihat'...

Alhamdulillah..semua team kami menang hadiah saguhati (new bee maaa...)..jadi ler balik modal untuk main sponsor...

1 comment:

nohas said...

best jg..buat release stress..