Tuesday, June 29, 2021

GBS

Assalammualaikum,

Hehehehehe..bukan BTS tapi GBS which stand untuk Geng Bas Sekolah..well bas ni bukan guna untuk bawak budak sekolah tapi bawak penumpang as bas henti-henti...ala...as a city bus.

16 biji kesemuanya kena inspect...part of plant and machinery exercise..asset vehicle...

Rasa macam pegawai penguatkuasa pulak...every inch kena tengok...siap tengok bawah bas lagi ada bocor atau tak...engine running smooth tak...vehicle registration telly tak dengan kat badan bas..casis number...bilangan kerusi sama tak...ada ubahsuai ke..major komponen ada tukar atau tak...maintenance log..mileage..air cond function or not...tyre bus camno..botak...etc...

Teman jadi supervisor jer...iskh..cukup la satu bas teman turun naik inspect......yang lain2 budak2 teman tengokkan..teman ronda keliling jer....

Luckly inspect dalam kawasan berbumbung...klu tengah panas..lit lit tu...uish...mau demam semua...

Well, bas2 ni baru umur dekat 3 tahun...life span depa antara 10 ke 12 tahun jer...

Bila la dapat inspect vessel lagi...





Monday, June 28, 2021

Asap dan tenggelam

Assalammualaikum,

Macam biasa dari balkoni rumah teman. Pemandangan matahari terbenam hari-hari boleh tengok kecuali cuaca mendung atau hari hujan. 

Cuma 2 hari lepas..nampak macam pelik..awan berkepul2 di kaki langit. Dua kali pandang macam sesuatu yang besar terbakar...panggil AG...entah la sayang oiii...abang tak tau apa tu...

Tadi tengok dalam news feed. Oooo...belah2 dengkil sana nun ada kawasan lambakan tayar terpakai terbakar...


P/s : Lately ni bila stress fikir pasal kerja..sebelum tidur malam layan 1 ke 2 episod drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin. 28 episod to go...Teman suka tengok hero n heroin berlakon..hero handsome..ada lesung pipit lagi...heroin mmg ler lawa...

Dalam Episod 12 : Kata hero(aka husband terpaksa) ke heroin (aka wife)..:..perempuan klu dah berkahwin kena jaga penglihatan, pergaulan dan ingatan daripada lelaki lain, ingatan kat sini jer...(sambil tunjuk kat dada)...ala..sweet bebenor...  Lepas tu semalam maraton 13 episod dengan abang gebu tengok drama Tuan Danial (pelakun lelaki yang sama lagi...adoiii..)...

Teman wonder why suka bebenor tengok pelakon lelaki ni...which sebelum2 ni tak ambik port pun siapa pelakon2 tu...

Pelakon ni mengingatkan teman kepada junior staff teman dulu...ada la iras2 sket and yes pelakon ni mmg handsome lebih (maafkan isterimu bang sebab puji lelaki lain..hehehehehe..takpe dia handsome but you tetap selamanya gebu kat pandangan mata i...wohaaa...)

Dia tak pernah membantah apa kakak dia suruh...buat itu ini..pegi visit sama2...cerita pasal family, (which teman mmg try to avoid to have very2 close contact dgn colleague)...cuma bila teman pindah kerja lain kami kurang contact...lps tu tup2 dengar kahwin (tak ingat ler pegi ke tak masa dia kahwin) kemudian dapat berita meninggal diusia muda...jatuh juga la air mata bila dengar khabar dia meninggal tu..i feel so touch...mungkin sebab teman dah anggap macam adik sendiri...

Kebetulan kat ofis sekarang ada sorang lagi lebih kurang iras muka...haiii...matured guy, rajin juga dia ajak menyembang pasal kerja...nak timba ilmu katanya...siapa la teman...supervisor biashe..biashe jerr...


Thursday, June 24, 2021

Bekerja sambil bekongress

Assalammualaikum,

Apa yang bekerja sambil berkongress tu!!!

Hari ini dan esok ada kongress antarabangsa kali ke 23 anjuran Rism.

Sambil buat kerja ofis kita menghadiri kongress...

Ok juga tu. 

Klu sebelum pandemik mesti la nak kena pergi tempat kongress tu kan...

Klu kat KL ok lg boleh ulang alik balik rumah..

Tapi tu la..payah la pulak nk buat kerja klu dok attend kat dlm dewan kan..

Nanti orang cakap macam dia sorang jer banyak kerja..hahahahahaha..

Ni online jer...kerja siap..sijil pun dapat..6CPD tu...

Macam biasa opis jadi salah satu sponsor...



Tuesday, June 22, 2021

Kemas

Assalammualaikum,

Teman ni bukan orang yang pengemas tahap gaban...yg rumah susun helok jer perabut bagai, cadar licin takde kedut, habuk mmg penyegan la nak hinggap...ala mcm kita tgk ID...ruang dapur kemain bersih..tersusun cantik...

Cuma bila teman memandang sesuatu tu..mcm semak jer..teman akan find solution. Salah satu bila ruang balkoni dah dipenuhi oleh bunga-bunga AG. Makin lama makin bertambah..nampak mcm tak organize. So teman godek-godek ler sopee..jumpa la rak bunga..ada 2 tingkat dan ada 3 tingkat...klu 3 tingkat tinggi bebenor sbb rumah teman dah tinggi pun. Hehehehehehe...

So teman pun order satu as a try. Bila sampai dan assamble..eh!mcm ok jer...AG request order lg dua...amboiii....

Hasilnya...taraaaa....(well takde la kemas mana..tp kemas la pada pandangan teman...hehehehehe)



Ada antara pokok2 bunga ni daun dia macam kekuningan...bila belek2..eh..ada ulat/spora la...Guess what!!, AG p sembur dgn bygone...adoiii..bang mati la pokok2 tu....


Wednesday, June 16, 2021

Ketahui kadar oksigen anda

Assalammualaikum,

Musim-musim pendemik ni selain dari ubat-ubatan, banyak tools dipasaran untuk check keadaan kesihatan kita. Kira setiap rumah perlu ada la..bukan wajib..tapi kalau ada duit lebih beli la...

Antaranya alat untuk check tekanan darah tinggi, kencing manis, suhu badan dsbnya.

Sekarang tengah 'in'..alat untuk mengukur interpretasi kadar oksigen dalam darah. Maklumlah varian baru ni kan ker ganas..takut kena 'Happy Hypoxia'. Uolls google ler apa maksud HH ni yea.

Dengan kata lain kadar oksigen dalam darah drop drastikly tanpa disedari oleh pesakit. Alih2 ......

Alat ni nama oximeter...kecil dan murah jer sekarang..kat shopee boleh dapat dlm 20 hinggit ke bawah. Hari2 boleh check..bacaan mesti 95% ke atas..klu bawah 80% segera ke klinik berhampiran...

Itu sahaja pesanan penaja untuk masyarakat sejagat.



Tuesday, June 15, 2021

Awan Candy

Assalammualaikum,

Semalam masa tang tengah2 azan maghrib tu, snap dibalik pintu kaca gelungsur.....(orang tua2 cakap sebelum maghrib kena pastikan semua pintu dan tingkap rumah tutup...nanti menderu2 setan masuk rumah)




Monday, June 14, 2021

Cucuk 2

Assalammualaikum, 

Hari ini pukul 9.00 pagi giliran mak pula untuk dapat dose pertama vaksinasi.

Lokasi adalah di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Hari ni juga merupakan hari pertama pusat vaksin dibuka di IJN.

Dan mak merupakan pesakit IJN yang pertama menerima suntikan vaksin. (reporter mana ni!!!!..tak nampak pun..hehehehehe..)

Diberitahu bahawa untuk hari ini kebanyakkan penerima suntikan adalah bukan pesakit IJN...tu yang seronok bebenor doktor2 dan petugas kat IJN tu bila tau rezeki mak dapat suntik kat situ...alhamdulillah. sepelaung jer dari rumah.


Senget benget mask tu mak oiii...


Klu siapa tak berkerusi roda dan sakit lutut boleh ler ambik gambor kat bawah tu...

Esok giliran Abang Gebu dengan adik ipar si Fuad pula dapat dos vaksin....(maklumlah baru jer masuk kategori warga emas...hew..hew..hew...hew...)



Thursday, June 10, 2021

Cucuk 1

Assalammualaikum,

Semalam first person in the family yang menerima suntikan vaksin. Siapa lagi kalau bukan man of the house. Abah.

Sepatutnya abah dapat suntikan 28hb lepas. Tapi tak perasan message depa htr pada 18/5. Maklumlah daftar guna hp mak..mak bukan selalu tengok pun. Masa bawak abah follow up ke KKKL pada 19/5, teman tak tergerak hati nak tengok hp mak. Bila kena jumpa doc on behalf abah..pada 27/5 teman tetap tak tergerak hati nak tgk hp mak.

Bila bawak abah pada 31/5 baru la tergerak hati nak tengok. Lorrr..dah terlepas.

Pada 1/6 first day of MCO, abah kena ambik darah kat KKKL. Lps tu sajer la round kat Stadium Titiwangsa tu...mana tau boleh walk-in. Selang beberapa hari jer kan. Eh! nape takde orang. Rupa-rupanya PPV tu dah pindah ke MITEC pada 31/5. Cheh!

Hari kejadian, slot abah pukul 11.30 pagi. Sampai sana pukul 11.15 kat parking la.  By 12 semua settle. Very the smooth and efficient. Might b sebab abah umur dah tua dan berkerusi roda kut. 





Monday, June 7, 2021

Stress Release

Assalammualaikum,

Apa khabar semua? Harap2 semua dalam keadaan sihat dan diberi ketenteraman jiwa.

Kenapa diberi ketenteraman jiwa???? 

Sebab selalu juga dapat notifikasi dari group-group sebelah. Tentang berlaku peningkatan kes bunuh diri dikalangan rakyat Malaysia selepas MCO yang pertama. 

Terdiam seketika bila baca yang bunuh diri tu lelaki Melayu, umur antara 38 ke 45 tahun dan bujang. Tinggal menyewa. Allah...

Kat ofis ni pun ada juga yang bujang2. So bila kita tengok kerja dah macam kelaut, kita pun riki2 la apa yang patut. Stress pasal apa? . Klu stress pasal tak dapat jumpa keluarga d kampung, stress sebab kerja banyak, stress dengan boss ker, etc. Tapi mereka ni tak nak cerita. Klu stress pasal duit..la ni semua orang mengalami masalah yang sama. Hehehehehe..Waima apa pun bercerita lebih baik dari memendam sahaja..yea dak...

Teman punya stress bila tanya budak2 ni last monday bila nak htr calculation analysis dan report. Seminggu tanya buat senyap jer..Hari ni 3 report 3 calculation korang htr. Lps tu calculation ke laut..ding dong ding dong...

Stress bila koa suruh laki order makanan sbb koa tau koa ada back to back meeting dan report checking bagai..alih2 laki koa baik punya landing (alasan sbb tak boleh tengok TV kat ruang tamu sbb bini WFH so masuk bilik, on aircond lps tu hanyut). Alih2 koa buka tin sardine..potong2 bawang halia bagai..siap sambal sardin dgn sayur kailan dlm 30 minit.

Tambah stress kalau koa beli barang ada label lps tu konon2 nk mcm tgh in sekarang convert ke bekas lain. Lps tu acah2 nak letak label with fancy wording (which lambertttt lg koa nak buat).

Macam bawah ni bila biji selasih dgn biji sawi seakan2 jer...hehehehehehe.


As a result...teman masukkan biji selasih dalam yogurt drink sambil mata buntang tengok numbers kat laptop...haihhh...