Thursday, May 28, 2020

Minal Aidil Wal Faizin - Salam Lebaran 2020

Assalammualaikum,

Dah masuk syawal ke-5 baru nak update.
Hehehehe..nama pun Raya PKPB..
Lps tu ziarah cuma boleh Hari Raya pertama..
So masing-masing tak dapat berkumpul macam biasa
Nak datang rumah mak kena buat appointment..
Tengok slot yang kosong..
Apa2 pun alhamdulillah masih diberi kesempatan solat sunat aidilfitri dengan mak n abah.
Tema warna tahun ni biru yea..tapi pasal apa ntah lupa lak nak ambil gambar berdua..ngeee..


Abah n mak tahun ni tak nak baju raya..konsepnya guna baju yang dah beli tahun sebelumnya tapi tak sempat nak pakai...abah lg best tukar baju dan sarung t-shirt jer..lg selesa..katanya bukan ada orang nak datang pun. PKPB..
Pidaus datang dengan anak sulung sahaja..yang lain tinggal kat rumah..social distancing gitu walaupun tak berapa nak  jarak...


Ni anak bongsu...tahun ni sedih tak dapat beraya di Kelantan. Lagipun suaminya kena bertugas melayan cluster kayangan.


Keluarga arwah fahmay..serba merah nooo....


Ni adik bongsu..ramai askar..renit2 lagi..hehehehehehe


Ni budak kenit..clingly dengan tok pa nya..tak nak balik..tapi malam2 tak boleh tidor sebab takde buaian.  


Abang gebu tengah baca khutbah. Tongkat mana bang!!!..viral la sekejap pak imam pak imam instant share kat laman sesawang pelbagai benda dipegang untuk ganti tongkat..batang pancing la, tukul thor, la, pedang la...bila menteri agama tegur semua padam...bagus..

Yeop, raya pertama bz siapkan lamb shank dan nasi arab yang orang tempah...rejeki..

Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua, maaf zahir batin.  

Wednesday, May 13, 2020

10 ramadhan terakhir -juadah syawal

Assalammualaikum,

Kita sudah memasuki fasa 10 ramadhan terakhir.
Kita begitu teruja dengan kehadiran malam lailatul qadar yang bersamaan dengan 1000 bulan.
Kita mendengar ustaz atau ahli agamawan membicarakan tentang malam tersebut.
Kita juga mendengar sekiranya setiap hari tersebut kita menderma/bersedekah waima RM1..bayangkan berapa banyak pahala yang kita akan dapat..inshallah.

Bercakap tentang derma/sedekah...sebagai salah seorang sukarelawan di Yayasan Budi Ihsan Malaysia, dengan rasa lapang dada saya menjemput kepada para pembaca blog ini..(kalau ada lahh..) untuk sama-sama menderma bagi salah satu program yang disediakan iaitu 'Juadah Syawal 1001 Asnaf'.
Maklumlah zaman PKP, PKPD dan yang terbaru PKPB ni...terawih berjemaah takde, solat sunat aidilfitri pun mungkin takde (subject kepada keputusan yang akan diwarkan hari Khamis oleh menteri agama)..
Tapi kita boleh sediakan juadah hari raya kan...bagaimana yang memang tak mampu terutama golongan asnaf...itu yang kita adakan program ini.
RM150 untuk satu keluarga, bagi mereka menyediakan juadah di pagi raya. Kalau tak mampu RM150..RM10 pun ok...seikhlas hati...
Dari derma tuan/puan, pihak kami akan menyediakan satu kotak. Didalam kotak tu ada ketupat segera, lemang segera, susu tin, teh, gula, garam, bawang, ikan sardin, beras dan maggi. Manakala wang tunai akan diberi untuk mereka membeli bahan mentah seperti ayam sekor/daging 1 kilo serta santan untuk memasak.
Kami target 1000 asnaf. Tumpuan lebih  kepada disekitar Lembah Klang.
Sejak keluar dalam TV Al-Hijrah 2 hari lepas..dan semalam di Selamat Pagi Malaysia...banyak dapat call dan panggilan untuk golongan asnaf. ni..yang nak derma dalam amount yang besar sket belum la masuk lagi...hehehehe..inshallah..lagi banyak dapat derma..lagi la ramai yang boleh dibantu..yea dak...





Tuesday, May 5, 2020

Business Resume

Assalammualaikum,

Semalam 4/5/2020, office dah buka balik. Tapi bukan 100% full capacity.
The management kena full day from 9 to 5, Monday to Friday.
Staff alternate..9 to 1 pm group A, 1 to 5 pm Group B. (Actually sy tak setuju..kenapa la tak alternate hari..hari isnin group A the whole day, selasa group B the whole day, gilir2 sampai abang jamil mampus (sorry..terambil dialog filem madu tiga..). HR ni pun satu..orang dah bg pendapat sebelum memo keluar..degil tak nak dengar...last2 kena marah dengan big boss..tak advice wisely...
Better camtu..tak de la kerja 4 jam lps tu balik..esok datang lg..buang minyak dengan membanyakkan kereta di jalan raya jer..wasted resources.

Lps tu nak tergesa2 bukak semalam juga..actually boleh jer buka on Wednesday or next week Monday. All this while pun mmg WFH..kerja tip top gak...
Sebelum bukak ofis banyak SOP kena ikut.
Office kena sanitize.
Tools macam infrared thermometer, face mask, glove, hand sanitizer semua kena sediakan.
Forms lagi declaration on staff health..

Untuk yang dah start kerja Happy Working semua.
Post MCO nanti situation unable to predict..it won't the same as before.
Semoga yang terlibat dalam industri ni stay strong.
Takde yang kena cuti tanpa gaji atau diberhentikan.
Kecoh juga la dlm facebook bila big-big boss established company dok mengeluh.
Apatah lagi kami ni company baru setahun jagung.
AllahjagakitabilakitajagahubungandenganAllah.

Wasalam.