Friday, April 24, 2020

Salam Ramadhan

Assalammualaikum,

Kebanyakan semua news feed hari ini berkisar tentang wish berkenaan kedatangan bulan ramadhan. Alhamdulillah kita diberi kesempatan oleh Allah untuk mengharungi bulan ini dengan berpuasa di siang hari, bertarawih di malam hari, menyemak dan membaca Al-Quran, bersedekah dan banyak lagi.
Sambutan ramadhan kali ini lain sikit sebab kita menyambutnya dalam pergerakan terkawal...tak boleh keluar rumah.

Tak boleh keluar rumah untuk bersahur dan berbuka puasa bersama mak dan abah serta ahli keluarga.
Tak boleh keluar rumah untuk ke bazar ramadhan membeli juadah berbuka puasa..
Tak boleh berbuka puasa di hotel bersama kawan2 opis, rumah bos, kawan2 zaman universiti dulu, klien...
Tak boleh keluar rumah untuk solat berjemaah tarawih
Tak boleh nak ke sana ke sini
Semuanya kena duduk dalam rumah.

Bila direnung balik Allah tu maha adil, maha bijaksana..
Didatangkan satu virus..

Jika tahun lepas isteri-isteri tak sempat nak masak juadah berbuka puasa sbb terperangkap didalam kesesakan jalan raya (ini untuk isteri yang bekerja yea).
Jika tahun lepas kita bersesak-sesak di bazar2 ramadhan berlaga bahu, dada dan bontot dengan orang ramai. Belum lagi terbeli lauk yang rasa ntah apa2, kuih muih2 yg nampak menarik tetapi sekali lagi rasa ntah apa2, terjebak beli makanan viral pun rasa ntah apa2...tu tak termasuk nafsu yg nampak semua makanan..semua nak beli..akhirnya bakul sampah tempat tujuannya..sampaikan diwar warkan dalam TV bertonne tonne sampah setiap2 hari terbuang selepas berbuka puasa.
Jika tahun lepas hotel2 dan tempat2 makan berlumba-lumba menawarkan juadah berbuaka puasa hingga kadang2 harga yang dikenakan tidak masuk akal
Jika tahun lepas masjid dan surau penuh melimpah ruah untuk 15 hari pertama untuk bersolat tarawih berjemaah
Jika tahun lepas gedung2 membeli-belah penuh dengan orang ramai yang membeli baju dan barang kelengkapan menyambut hari raya
Jika tahun lepas kita takde masa dengan anak2 dan keluarga
Yaaa..jika tahun lepas kita busy dengan semua urusan dunia..

Tapi tahun ini isteri-isteri dah pandai masak juadah untuk berbuka puasa sebab sebelum tu sebulan dok praktis try and error semua resepi disebabkan PKP 1 dan 2
Tahun ni para suami inshallah boleh lead solat tarawih berjemaah sbb sama juga macam atas (practise make perfect kaedahnya)
Tahun ini inshallah kita boleh beberapa kali khatam Al-Quran..
Tahun ini anak2 dapat family bonding dengan mak ayah mereka
Tahun ini mungkin tiada budaya balik kampung sehingga perlu 5 ke 8 jam di atas jalanraya untuk jarak perjalanan yang hanya 200 km disebabkan bilangan kenderaan terlalu banyak.
Tahun ini mungkin kita tak dengar berita kanak2 cedera akibat bermain mercun
dan banyak lagi

Apa2 pun selamat menyambut bulan ramadhan..selamat menjalani ibadah puasa serta maaf jika ada terkasar bahasa dan terkilaf bicara...


Musim PKP ni boleh jer buat department meeting guna google handouts, meet, zoom (oppss..yang ni bahaya sket sbb banyak hackers)...See semua muka ceria...maklumlah duduk rumah.

Sekali sekala kena turun ke opis juga..terutama kena print official letter atau kena provide LOV atau full report. But still..kita scan then email to client..masih lagi mematuhi SOP yang dikenakan oleh kerajaan...sosial distancing serta pergerakan melebihi 10km.

Staysafe semua
Kitajagakita

2 comments:

nohas said...

Salam Ramadan..selamat berpuasa..

fzy fuzzy said...

Salam ramadhan kak..