Wednesday, July 3, 2019

Penangan gigi berlubang

Assalammualaikum,

Kalau gigi kita berlubang..especially kala usia2 sekarang..jangan buat main2.
Terus pegi jumpa doktor gigi...nak kena tampal ke, cabut ke..let them decide sebab mereka tau apa yang terbaik...
Macam-macam term untuk cantikan gigi..
1. Kalau gigi tak sama rata..letak braises..
2. Kalau yang over jongang tu...tak dapat la nak menolong..
3. Cuci plak/karies
4. Putihkan gigi
5. Buat bridge..bagi susunan gigi baikkk punya..
6. Tanam gigi
7. Gigi pelesu..
8. Gigi emas, tembaga..perak..pun boleh buat
Sediakan ajer duitnya..tak salah untuk no. 5 dan 6 riban2 gak kosnya...

Tak payah susah2..pergi jer klinik gigi kerajaan..bayar RM1 untuk pendaftaran..kalau minor free jer kos rawatan..klu major pun inshallah still affordable...yang penting jaga kebersihan gigi..gosok gigi ikut aturan..

Hari ni nak cerita tentang 'facial cellutis'..

Jangkitan kuman apabila tidak dirawat

Facial cellulitis @ bengkak muka akibat kerosakan gigi boleh berlaku jika anda memandang ringan masalah pergigian yang anda hadapi serta membiarkannya tanpa dirawat.
Facial cellulitis boleh merebak ke seluruh bahagian muka termasuk mata serta leher dan mengakibatkan kesukaran untuk membuka mulut, kesukaran menelan serta kesukaran untuk bernafas!



Hari Ahad malam abang gebu mengadu yang dia sakit gigi..
Senin lepas dia balik subuh dari masjid..tengok2 pipi dah bengkak dan rasa nak demam...ajak p klinik pagi tu..tak nak..makan panadol soluble sudah katanya.....then akak pun malas nak membebel..biasa la orang lelaki nak tunjuk macho..pukul 11 call tanya amacam..gigi sakit lagi ke..katanya tak..okey lepas makan ubat..kebetulan lps lunch ada briefing kat kementerian kewangan..petang balik rumah tgk muka masih bengkak..ajak p klinik still insist..dah tak sakit so tak perlu ke klinik...
Ahkak tak puas hati..dok search internet simptom muka bengkak kalau sakit gigi..tu yang jumpa kat atas nun...malam tu mengadu gigi sakit balik...biasa la bini..membebel...hahahahaha..
Pagi selasa..jangan banyak bunyik.....jom paksa p klinik gigi..kami ke Precinct 9...
BP high 206/85...sah2 mmg tak boleh cabut gigi...doktor bagi antibiotik,,amoxilin dan ubat tahan sakit..5 hari lagi datang tgk camno..samada cabut gigi atau tampal..


Ni masa kat klinik semalam..tgk muka bengkak..bawah mata dah merah2..



Ni pagi tadi..nampak dah surut sikit bengkaknya..