Wednesday, July 31, 2019

Event No. 1 - BOVEAP Convocation

Assalammualaikum,

Life achievement gitu!!!..ehhh orang bukit dengar cerita dah lulus kan...hehehe..convo tahun depan la yea...

Actually...malam tu takde mood sangat.
1. Dah lama bebenor buat event kat hotel ni...ballroom bukan besar pun..cramp..low ceiling..antara meja/ kerusi susun rapat2..so belaga bontot aka kena mintak permission people yg tengah makan untuk move kerusi dia...maklumlah ahkak tembun nak lalu...
2. Penuh sesak dengan manusia...
3. Panas...sbb ramai orang end up duduk jer kat table..nak berphoto2 dgn member2 lama bila depa panggil melekat bontot kat kerusi..malas tahap gaban due tu situation 1. nak pegi toilet pun hazab...
4. Food tak sedap langsung..luckly dah makan A&W...
5. Entertainment tahap sekolah tadika..
6. Why complaint...well bukan free kay..per person RM280...
7. Syukurrrr.....






Three EVENT + makan2 - A & W NOSTALGIC

Assalammualaikum,

Jumaat lepas aka 26/7/2019 ada EVENT besar dalam hidup..selain dari kahwin and terima scroll kat universiti..

EVENT No. 1 Bertempat di Hilton Hotel, Petaling Jaya telah berlangsung majlis konvokesyen bagi penerima
1. Registered Valuer, Estate Agent and Property Managers
2. Registered Estate Agent
3. INSPEN Cert.

EVENT No. 2 - ISI Leadership 1.0 kat Le Meridien Hotel, Putrajaya on Saturday morning 27/7/2019
EVENT No. 3 - 5 km run for save the malayan tigers  - IOI City Mall on Sunday morning 28/7/2019

This post adalah untuk menceritakan perkara yang berlaku sebelum EVENT No. 1.
Event malam so pukul 6 dah sampai area2 hilton tu...maklumlah tak nak stuck dalam jem..lepas tu tak nak kocoh2..nak maghrib lagi..kita buat our own pace...

Klu malam biasanya chinese course dan for sure makan akan start pukul 8.30 or pkl 9 malam. Mmg selalunya kebulur la kan...soo...ahkak dan abg gebu mengambil keputusan untuk makan sesuatu sebagai lapik perut. Kebetulan lalu kat depan A&W ni.....hehehehehe..apa lagii..dan kebetulan dah lama bebenor tak pekena root beer float ni...ayuh kita..



Wujud lagi bangunan ni..berapa puluh tahun umurnya..30 years plus plus kot....


Legend....


All American Food...dulu kecik2 restaurant macam ni tak berapa berkenan nak masuk...berkesempatan kalau masa raya jer...sebab collection raya adalah agak banyak...hehehehehe..


Masa tengah bukak penutup 'coney dog' ni...abang gebu boleh sound...' mana la bau bangla ni..tiba2...tengik...' cheh! potong stim betulll....


Lembut dan gebu pancake nya...

Wednesday, July 24, 2019

Melawat cikgu besorrrr

Assalammualaikum,

Ada sessi bertemu mesra dengan Ketua Pengarah JPPH...timbalan pun joint sekali...
Kebetulan Ketua Pengarah tu adalah pengerusi examiner masa ahkak interview untuk dapatkan licence as registered valuer... Hehehehehe..kira macam jumpa cikgu besorrr la..

Well...masa mula2 bersua muka...he look so happy...siap cakap...i do remember you...but your name tak boleh recall..but your father is Yusof kan???? Haah tuan....then dia terus sebut nama...fadilah kan???? hehehehehehehe...betullll....yea la kita ni bukan sesiapa pun...siapa la nak ingat nama kita....

Tujuan kedatangan menemankan boss kecik, Sr Khaidzir...ada la  few discussion especially their opinion on our next project...alhamdulillah..response positive...semoga segala dipermudahkan...



P/s : untuk nampak kurus kita kena berdiri belakang orang yang kurus...hehehehehe

Tuesday, July 23, 2019

Heritage Trail at Kuala Kubu - Pejabat Pos

Assalammualaikum,

Kisah semalam...lepas singgah di BOVEA Bangsar ambik kad jemputan untuk convocation jumaat ni...terus la ke Kuala Kubu...ada urusan di Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah Hulu Selangor...

Urusan kejap jer ada la dalam setengah jam settle semua...memandangkan sampai tengahari ingat nak pekena Mee Kari Kak Kiah yang famous tu..tapi abang gebu nak cari nasi dgn asam pedas...mana la nak mencarinya...kedai mamak ada la dalam 2 3 buah...kedai melayu tutup..

Dalam mencari2 tu terjumpa la pejabat pos ni...hmmm gazette as heritage building...pejabat tanah tu biasa la tengok...ada few building rupanya..tapi takde la explore semua..maklumlah partner in crime dah lapar tahap gaban...last2 makan kat Bandar Utama Batang Kali..hehehehehe..





Wednesday, July 17, 2019

CPD requirement

Assalammualaikum,

Walaupun dah dapat licence as registered valuer...setiap tahun few requirement kena fullfill.
Antaranya to complete 10 CPD hours at least...so kena la attend PAID seminar...cari la seminar/kursus/workshop satu hari and boleh dapat at least 5 CPD...so 2 seminar jer la setahun...atau cari yg 2 days in a row which offer 10 CPD hours terus...atau get involved dgn RISM ker..BOVEA ke...kut2 lupa..tup2 end of the year tak complete the CPD hours..kena denda and silap2 licence kena gantung...hehehhehehe..

So semalam attend la satu kursus kat INSPEN...bayaran RM150 seorang..kursus dari 8.30 pagi sampai 4.30 petang...Tajuk kursus : Pengurusan Bangunan Strata Kediaman - Penguatkuasaan. Ahli panel terdiri dari COB Klang, COB Ampang Jaya, wakil dari LPHS, Tribunal, pegawai polis dari KPKT, wakil JMB 360 dan wakil PM dari Selayang 18.



Tengok tu abam polis pun ada...dipinjamkan di KPKT untuk bagi guideline ttg tindakan (rules and regulation, procedure bagai) yang perlu diambil semasa nak buat serbuan/approach ke atas premis/unit dimana tuanpunya ketegak tak nak bayar maintenance fee dan bill air tunggakan..katanya 6 bulan dia nak hadam akta 775 tu...dan akta berkaitan..




Penuh la dewan...tapi kebanyakkannya penjawat awam..jabatan penilaian, COB majlis perbandaran..

Lepas habis kursus..food hunting la pulak...hehehehehe..
Ke presint 15, Jalan P15...restaurant baru bukak...Xinjiang restaurant...no worry about the halalan toyiban..sebab pemilik adalah chinese muslim dari negara China sana...tukang masak wife dia rasanya...same row dgn Mohd Chan Restaurant...sebelah Natrabu Express...
Makanan pada tekak saya adalah sedap..mee tarik portion banyak..just nice the kekenyalannya...
Kambing dan ayam schewer tu pun sedap..cukup rempah ratusnya...
Air free flow yea...ala 2 jenis air jer...
Price wise...affordable...







Monday, July 15, 2019

Our first expo participant

Assalammualaikum,

Cerita khamis lepas...syarikat tempat akak bekerja participate dalam Bangladesh Showcase Global yand diadakan di Royal Chulan Kuala Lumpur, Jalan Conlay ...sbg one of the exhibitor..actually syarikat kami being invited...mula2 mcm cuak gak..nak participate atau tak...fikirkan company ni baru lagi why not take the opportunity...

Alhamdullilah...penganjur amat2 berpuas hati...dengan adanya syarikat kami menyebabkan showcase depan jadi awesome...hehehehehe...dont under estimate orang bangladesh okay...yang datang-datang tu millionaire kat bangla sana...ada yang global lg..cawangan syarikat kat euro la..dubai la...cuma sekarang nak kembangkan pelaburan kat malaysia lak...sambil tarik orang malaysia invest kat tempat depa...

Showcase satu hari ajer dan dirasmikan oleh timbalan menteri MITI, YB Dr. Ong Kian Ming.














MD akak ni mmg suka selfie...hehehehehe..kitaorang siap gelar dia mamat selfie,,ingat birthday dia nanti bagi selfie stick tak pun bg yg ada kaki 3 tu...








Makan-makan jangan lupa...hehehehehe







 Food kat sini mmg sedap...even masa showcase...terbaikkkkk...

Owhhh...hari jumaat ada announcement by the bigboss...kita tengok la early september nanti..gembira atau duka....moga di permudahkan..



Wednesday, July 3, 2019

Penangan gigi berlubang

Assalammualaikum,

Kalau gigi kita berlubang..especially kala usia2 sekarang..jangan buat main2.
Terus pegi jumpa doktor gigi...nak kena tampal ke, cabut ke..let them decide sebab mereka tau apa yang terbaik...
Macam-macam term untuk cantikan gigi..
1. Kalau gigi tak sama rata..letak braises..
2. Kalau yang over jongang tu...tak dapat la nak menolong..
3. Cuci plak/karies
4. Putihkan gigi
5. Buat bridge..bagi susunan gigi baikkk punya..
6. Tanam gigi
7. Gigi pelesu..
8. Gigi emas, tembaga..perak..pun boleh buat
Sediakan ajer duitnya..tak salah untuk no. 5 dan 6 riban2 gak kosnya...

Tak payah susah2..pergi jer klinik gigi kerajaan..bayar RM1 untuk pendaftaran..kalau minor free jer kos rawatan..klu major pun inshallah still affordable...yang penting jaga kebersihan gigi..gosok gigi ikut aturan..

Hari ni nak cerita tentang 'facial cellutis'..

Jangkitan kuman apabila tidak dirawat

Facial cellulitis @ bengkak muka akibat kerosakan gigi boleh berlaku jika anda memandang ringan masalah pergigian yang anda hadapi serta membiarkannya tanpa dirawat.
Facial cellulitis boleh merebak ke seluruh bahagian muka termasuk mata serta leher dan mengakibatkan kesukaran untuk membuka mulut, kesukaran menelan serta kesukaran untuk bernafas!



Hari Ahad malam abang gebu mengadu yang dia sakit gigi..
Senin lepas dia balik subuh dari masjid..tengok2 pipi dah bengkak dan rasa nak demam...ajak p klinik pagi tu..tak nak..makan panadol soluble sudah katanya.....then akak pun malas nak membebel..biasa la orang lelaki nak tunjuk macho..pukul 11 call tanya amacam..gigi sakit lagi ke..katanya tak..okey lepas makan ubat..kebetulan lps lunch ada briefing kat kementerian kewangan..petang balik rumah tgk muka masih bengkak..ajak p klinik still insist..dah tak sakit so tak perlu ke klinik...
Ahkak tak puas hati..dok search internet simptom muka bengkak kalau sakit gigi..tu yang jumpa kat atas nun...malam tu mengadu gigi sakit balik...biasa la bini..membebel...hahahahaha..
Pagi selasa..jangan banyak bunyik.....jom paksa p klinik gigi..kami ke Precinct 9...
BP high 206/85...sah2 mmg tak boleh cabut gigi...doktor bagi antibiotik,,amoxilin dan ubat tahan sakit..5 hari lagi datang tgk camno..samada cabut gigi atau tampal..


Ni masa kat klinik semalam..tgk muka bengkak..bawah mata dah merah2..



Ni pagi tadi..nampak dah surut sikit bengkaknya..

Tuesday, July 2, 2019

The wedding

Assalammualaikum,

Cerita raya nanti2 la kalau ada mood...well syawal pun nak abis...so kita cerita wedding anak boss besor yang berlangsung baru2 ni..we oulls semua kena jadi usherer malam tu...dengan si Gavin Scott, Dr Eve Chong, Mr Michael Raj...kira muhibbah gitu..ganding bahu memeriahkan dan melancarkan majlis...bukan teruk sangat kerja pun...greet tetamu yg kebanyakkan our  close client and kawan2 di UITM...termasuk sedara mara boss...

Majlis satu hari jer semua..pagi nikah..malam acara bersanding..
What a sweet couple..comel jer...


Wedding planner engaged the above guy...makanan dari kuzi catering..memang sedap..nasi minyak gebu gebas...ayam kuzi signature dish..sedap..alhamdulillah kebanyakkan tetamu memuji makanan malam tu...



Pagi nikah...yang belah kanan ahkak papa zul jadi saksi nikah...hehehehe..best friend big boss tu...
Boss sendiri yang nikahkan...
Sementara tunggu pengantin lelaki solat sunat..juruacara minta la keluarga pengantin untuk berucap..mana la tau malam karang tak berkesempatan...
Mula2 papa zul (call him papa..sebab dia macam bapak2 gitu)
then ahkak..well..when come to majlis nikah ni i'm little bit sebak..entahlah..touching my heart gitu..


Pengantin and our HR Manager


Ambik..usherer warna oren...dari jauh dah nampak..luckly majlis dalam dewan and waktu malam..so agak outstanding...kalau siang..mau silau mata..hehehehehe.
The mat salleh with baju melayu...siap bersampin and bersongkok bagai..seronok bebenor dia..


The most happening usherer...