Assalammualaikum semua..
Mcm biasa group2 wassap ni ramai yang suka share tazkirah dan peringatan sesama geng plus gossip tak terancang...hehehehehe..
Agak panjang tp ahkak summarized kan la yer..
Ceritanya cenggini..dulu2 masa zaman nabi Musa ada seorang tua yg sentiasa sibuk berzikir kpd Allah ttp agak terganggu sedikit sbb setiap hari dia asyik fikir pasal rezeki dia. Setiap hari rezeki yang dia dapat adalah sebuku roti shj. Kebetulan bila nabi Musa lalu dia suruh tanyakn pada Allah tentang rezekinya sbb dia berhajat utk dpt lebih dari sebuku roti. Lps bertanya nabi pun bg jawapan bahawa rezeki yg telah ditetapkan dan ditakdirkan kpd org tua ini mmg sebuku roti setiap hari sepanjang hayatnya. Mula2 nabi ingat tentu org tua tu berdukacita ttp sebaliknya dia amat gembira.
Lalu nabi pun bertanya, knp dia gembira sangat. Org tua jwb sbb dia dah tau dan ditakdirkan dia akan dpt sebuku roti setiap hari maka dia akan hanya concentrate ttg solat dan ibadahnya sahaja.
Bulan berganti bulan pakcik ni mmg super la ibadatnya sampai kadang2 dia lupa utk makan sebuku roti yg dia dapat setiap hari.. lama-lama roti tu membukit. Kebetulan ada seorang gembala kambing dok cari makanan utk kambing2. Bila pakcik tu nampak dia terus suruh ambik roti tu rendam dlm air dan bg kambing2 makan. Gembala ni gembira sbb kambing dia kenyang dan dia beri hadiah seekor kambing kpd pakcik tersebut.
Setelah bertahun-tahun nabi Musa pun lalu kawasan rumah pakcik tersebut. Dia nampak kawasan rumah bertukar jadi taman, ada pokok buah-buahan dan haiwan yg meragut rumput siap ada ladang gandum..semua milik pakcik tersebut. Nabi hairan.
Rupa-rupanya satu buku roti adalah rezeki yg telah ditulis untuk pakcik tersebut ttp pokok2, binatang ternakan dan ladang gandum adalah BARAKAH sbb penerimaan apa yg tertulis dgn penuh redha dan syukur serta keberkatan SEDEKAH yg dilakukannya. Semua ini atas kepercayaan sempurna ke atas ALLAH. Bila kita letakkan ibadah dan zikir kpd ALLAH SWT diatas segalanya-galanya..
Masyallah..bila baca balik cerita di atas ahkak berbalik kpd diri sendiri...
Banyak bebenor lompong sedekahnya...mmg la ada allocate tiap bulan ttp masih ada dlm hati terutama klu terserempak dgn org yg mintak sedekah nak keluar seringgit pun liat..lps tu nak bg pun tgk2 gak...iskh iskh iskh..bukan apa sbb ada la seorg yg pada akak tinggi ilmu agamanya cakap klu kita nak bg kita bagi klu dlm hati berkata2 tak payah bg..itu la kaedahnya...
Sedangkan kalau fikir balik seringgit pun. Klu jumpa 10 orang mintak sedekah dlm sehari tu baru sepuloh hengget...bayar makan sedap2 sampai puluh2 malah ratus2 bole lak khennn....
Tapi akak percaya dengan rezeki dan sedekah lg banyak memberi Allah akan mencukupkan apa2 yg terlintas di hati kita.. inshallah..
Wasalam.
2 comments:
salam singgah dan follow. awk dijemput join GA sy! :D
http://www.akuseorangtraveler.com/2016/07/travelog-faghuzi-giveaway-by-aku.html
Masya Allah, begitu hebat amalan sedekah..
Post a Comment