Thursday, December 29, 2016

Bukit, Hutan, Batu dan Sungai

Assalammualaikum,

Semalam ke rumah sahabat di Taman Melawati..dia baru sahaja pindah  ke situ.
Best nyer..pagi2 dengar burung dan lotong berbunyi..
Bukak ke verandah dengar deruan air bukit...
Kat verandah tu dapat matahari petang..tapi tak ler rasa terik sangat sbb keliling pokok kayu..
Kebetulan rumah bawah sekali..very privacy..n ada pulak ruang kat belakang utk tanam pokok serai ker..cili..etc..



Tuesday, December 27, 2016

Makan lagi..- Melur & Thyme

Assalammualaikum,

Emmm...makan lagi...

Well suppose dinner dgn geng jakarta jumaat lepas..tapi sebab depa baru sampai..kami hantar message tak berbalas..letih n tertidor kut..further kami mmg dah lapar gila plus hujan lebat petang tu..abang gebu masuk la terus kereta dalam KLCC then kami dinner d Melur & Thyme..

Habis makan tak lama maghrib pun masuk..solat dulu then ronda2..abang gebu nak window shopping jam katanya..aikkk..baru dapat birthday jam dari london dah nak tgk jam lg..ni mesti ada something....kita tunggu dan lihat..



Punya la banyak makanan. ..end-up kami makan gulai salad daging bakar dgn ayam masak cili hijau sahaja..cumi bakar kicap dan crispy cili baby crab tu kami take away.. Food dia ada 2 saiz..small and large..cumi n baby crab large whilst daging salai n ayam small.

Food taste : not bad..sedap juga..
Food presentation : ok to me..
Cuma pinggan nasi tu kecik bebenor.. - ker ni kaedah 2 in 1..makan sambil berdiet..ngeee...
Semua food n minuman dalam RM146..kira macam makan 4 ke 5 orang la..sebab setiap lauk tu datang dengan nasi atau roti..

Makan2 akhir tahun

Assalammualaikum,

Sempena penutup tahun 2016, boss besor ngajak staff makan2..
Depa semua sepakat nak makan lobster katanya..
So kami ke sini di Quill Mall City.




Lobster ni sekor dah RM240..lupa lak nak tengok jenis..alaskan ker, snow ker, whatever la..boss yg makan..katanya manis...








Verdict : Food ok..tapi lobster tail tu macam overcooked..liat sket..salmon kedabak..mmg kenyang gila..dengan nasi lagi..set ni dlm RM119 without GST.. ada la order set lunch..not bad la food kata bebudak yang lain..
Price : Utk 23 people..RM3,723..
Repeat : Tgk la kalau ada orang belanjerrr......:)

Monday, December 26, 2016

Holiday di KL ajer

 Assalammualaikum, wahhh..seronok yea uolls..cuti2 hujung tahun ni..
Masyarakat yang beragama kristian menyambut hari kebesaran mereka lepas tu kedatangan tahun baru 2017..
Kami berdua tak ada program cuti2 malaysia, cukup sekadar duduk di key ell sebab ada tetamu dari Jakarta dan Australia yang datang berkunjung ke Malaysia sempena satu majlis perkahwinan di Kota Damansara. Orang kampung abang gebu dari Pekanbaru pun ramai yang datang..



Mereka stay di Fraser Place Jalan Perak dan Micasa Hotel & Suite, Taman U-Thant..takde la bawak kemana..putar2 di dalam bandaraya KL sahaja..abis2 pun lunch atau dinner di KLCC


Owhhh..Abang Zamharir akan buat majlis perkahwinan anaknya di Jakarta pada bulan March 2017 di Taman Mini, Jakarta Indah..kami di jemput..hmmm..fly lagi la nampaknya ke sana...

Monday, December 12, 2016

Salam Maulidur Rasul


Assalammualaikum,

Salam Maulidur Rasul semua!
3 hari cuti in a row..
Selangor tambah satu hari lagi..esok sempena birthday sultan selangor yang jatuh semalam.
Tapi sebab kerja kat KL, hari ni jer la cuti..hehehehehe..
Akak tak kemana-mana..Tapi hari ini akak gigih datang ofis...
Bukan apa..ada submission hari Rabu...dua lak tu..
Esok boss besar masuk office setelah dua minggu lebih bercuti di Amsterdam dan Kota London
So klu boss dah masuk off course bersilat la akak kat ofis..
Better clear mak nenek things so look everything in order kaedahnya...

Semalam bawak budak bulus 2 ekor cucuk vaksin..kebetulan abahnya bising sbb tgk bebudak tu kurus tak nak makan...
Musim biang la abang oiii...dua dua kan ker betina...
Nak kasi kahwin ke dikasikan..
Dalam dilema ni..minggu depan la fikir..



Owh..ni kucing jantan jenis mainecoon (maaf breed kucing akak kurang arif sangat)..besar gila..namanya Big Bear.. mula2 sombong dengan semua orang kat klinik tu tapi bila abang gebu usap2 kepala dia bukan main sedap nampak...maklumlah bapak kucing...sayang telinga sebelah takde.. muka sombong aka garang aka kerek...



Monitor tu pun kecik...mmg besarrrr...tapi akak suka popeye yang kaki pendek tu..
Well, kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah..

Tahukah anda! kucing merupakan makhluk yang berkat..sbb dulu ada seorang pejuang dan pemikir Islam Turki bernama Badiuzaman Said Nursi..Ada suatu malam bila beliau tidor datang seekor kucing duduk di tepi bantalnuya. kemudian menghampiri mulutnya ke telinga lalu berzikir 'YA RAHIM' berulang2 kali. Beliau ingat ia sedang bermimpi ttp setelah diamati betul2 mmg kucing ini mengiau dgn menyebut YA RAHIM  dan ia berzikir dengan fasih dan kesedihan.
Kucing ini tidak seperti nada haiwan lain sebab ia duduk dengan manusia..kuching sangat memerlukan belas kasihan manusia. Itu sebab bila ia dapat makanan dari manusia atau tuannya ia tidak akan berhenti mengucapkan syukur dan pasti ia berdoa supaya tuannya murah rezeki selalu..
Oleh itu sayangi kucing dan binatang yang lain..

Wasalam..

Friday, December 2, 2016

Hutan, sawah dan batu

Assalammualaikum,

Biar gambar berbicara...pehhhhh...

 

According to mak n abah belakang tu ada air terjun, namanya Lata Peroo..(perakian pronounciation..ngeee..)



Gambar atas diambil di kawasan Syamille Agro Farm


This view bole dapat bila bukak pintu dapur rumah Pak Lang at Kg. Dew, Selingsing..


 Typical town di Malaysia..bandar Taiping, mixed of post war and pre war building..




Iconic building of Kuala Kangsar aka Perak secara amanya..@ Masjid Ubudiah

Wednesday, November 30, 2016

Jalan-jalan ke Taiping


Assalammualaikum,

Jumaat lepas penghujung hari persekolahan kami sekeluarga bertujuh iaitu ahkak, mak, abah, yeop sipan, anak yeop 2 orang dan lokman anak pidaus menuju ke utara, iaitu Taiping. Ada kenduri kahwin anak adik mak..lagipun since accident last 3 1/2 half year abah dah lama tak balik kampung..

Abah ada hajat di Kuala Kangsar, nak tanam pokok derogyan dan rambutan...we olls senyap jer la..malas nak bantah..tu pun nyaris2 nak bawak cangkul dalam kereta..nasib baik dah full house..yer la dengan kerusi roda lagi, beg pakaian lagi..maklumlah tujuh orang...

Bertolak dari rumah dalam pkl 10 dan sampai di Kuala Kangsar ngam2 bang pertama Jumaat..singgah la di Masjid Ubudiah..bagi yang lelaki menunaikan solat jumaat..abah sekali!!! sementara tu ahkak dengan mak ronda2 pekan Kuala Kangsor.. beli selipar anak yeop yang putus..
Takde apa2, pekan masih macam dulu..tapi kedai banyak tutup mungkin sebab hari jumaat..

Lepas jumaat kami lepak di dataran sungai perak pekena ikan sungai..kelabo, jelawat, talapia dan yang seangkatan dengannya.. pehhh..makan sampai tak tengok kiri kanan..

Lepas kuala kangsar shoot terus ke Taiping. Ahkak booked hotel di Simpang, Taiping..senang nak ke majlis kenduri yang terletak di Kampung Dew, Selingsing.

Malam tu misi mencari kedai mee udang Mak Jah di Kuala Sepetang...selain mee udang ada la menu goreng-gorengan yang lain...

Esoknya pula pekena roti canai sardin yang rangup di kedai murtabak mydin, sebelah stesen bas Simpang..murtabak dia pun not bad..roti canai telur dengan biasa pun not so berminyak. Ahkak, yeop sipan dan mak sempat lagi ronda2 ke Kuala Sepetang beli ikan masin, ikan bilis dan udang kering. Tengok ada pulak cruise bawak ronda kuala dan aktiviti lain seperti bagi helang makan, tempat ternak ikan dan lain2. Kalau nak bawak abah sekali boleh tapi tunggu air pasang means dalam 2 petang ke atas..sebab senang nak tolak kerusi roda masuk dalam bot. Apa2 pun pengusaha bot suruh call dulu sebelum datang, takut air tak berapa nak tinggi sangat.

Dalam pkl 12 gerak ke Kampung Dew..kami sama sampai dengan rombongan pengantin lelaki.. masa tu langit cerah dan matahari menyengat kulit..dalam pkl 2.30 tengok awan mendung dah berarak datang berserta angin. Nampak gaya aktiviti naik bot tak dapat nak proceed, dah la bawak abah..teroleng-oleng nanti..tak pasal2 menjawab...ngee....

Lepas kenduri kami gerak ke Chuor..mak nak singgah beli madu kelulut di Syamille Agro Farm..singgah kampung then proceed ke pekan Kuala. Ingat nak pekena cendol dengan laksa sekali ribut daaa...terus gerak ke Ipoh.

Suppose malam tu tido di Ipoh tapi abah tak nak..dia rengsa duduk dalam kereta dan atas kerusi roda..soooo...malam tu juga dalam pkl 12 tgh malam gerak balik ke KL.

Abisss cerita...


Sebahagian dari mak dan bapa saudara, sepupu sepapat serta anak dan cucu sedara



Abah dengan anak yeop sipan dengan pidaus.




Dapat gak merasa mee udang mak jah ni..


Sedap gak popia ni. pekan kuala kangsar

Thursday, November 10, 2016

Family Dayout

Assalammualaikum,

Dah basi pun cerita ni..bulan September hari tu so sudden nak buat family day untuk keluarga Yusof dan Zaadiah..
Kami 5 beradik anak beranak..ada la dlm 34 orang..
Jenuh juga nak cari places within 1 month..last last decide ke PD
Satu hal lagi nak cari tempat yg bole masuk semua orang...facing pantai, ada kolam renang lagi, ada dapur untuk memasak..banyak bebenor syarat yang dikenakan oleh ahli majlis..
Bungalow banyak tp bole muat dlm 10 ke 20 orang sahaja..
Klu nak sewa kena sewa 2 bungalow
Mana la nak cari yang sebelah2..further banyak yang scary jer bungalow2 tu..
Sebab konsepnya adalah pot luck..plus nak buat barbeque..ala 2D1N jerrr...
So dapat la kat Zee Villa bungalow kat Pantai Purnama, sebiji bungalow plus 4 bilik extra..
Zee Villa ni ada 2 bilik di bahagian bawah dan 2 bilik lagi di bahagian atas serta family area yang bole convert jadi tempat tidur...okay la tu...

 Ni la Zee Villa..redup sket sebab ada pokok...





Kitaorang check-in pukul 10 pagi (dapat awal sbb klu takde orang tempah malam sebelumnya)..mak dah masak nasi lemak sebelum subuh kat rumah..bawak datang sini..makan dengan sambal udang petai dan sambal ikan bilis mata biru yang akak beli masa pegi Manjung inspect janakuasa elektrik..


Ni la chef d mission...yeop sipan aka abang sulung akak..dia in-charge makanan dengan telematch.. dapur balik grill tu..


See... nampak tak bungkus2 dalam kotak dengan beg biru ikea tu..tu hadiah dari mak untuk anak-anak dan menantu-menantu.



Awat la laki den..terngaga tu...owh..abang gebu ada tugas rasmi..kaut daun yang jatuh dalam kolam renang dengan jaring..


Tengahari buta pun depa mandi kolam..


Malam lps jemaah maghrib tunggu isyak, kami ada sessi baca al-fatihah..mak betulkan tajwid makraj..semua kena..dari yang anak2, menantu2 termasuk la cucu-cucu..tu yg dapat hadiah..okay la..yg pompuan dapat kain batik..yang lelaki kain pelikat..

Lepas isyak baru buat BBQ...yeop yang sediakan bahan2nya..kami bakar sama2..makan sama2..kemas sama2..


Owhhh...Zee Villa ni nak ke pantai within walking distance...ala jalan kaki dalam 5 minit gitu..klu akak yang sakit lutut ada la dalam 5 ke 10 minit..

Keesokkan harinya kitaorang check out lambat sket dlm pkl 2 gitu..ingat nak sampai pkl 5 tapi malas fikir jalan jem..gerak jer la..kira ok la tempat ni..Mr shankar yg kitaorang deal tu bole tolak ansur..

Kira misi tercapai..next family day samada di selatan juga atau ke utara..nanti ahli jemaah mesyuarat tingkap decide..

Pulang

Assalammualaikum,

Perjalanan hidup ini pusing2 akan tiba ke penghujungnya..
Hari ini kita bertanya khabar
Esok lusa dan hari-hari berikutnya tiada khabar dari kita
Laluan mana yang dipilih...
Jazakallah...



Seperti kapal yang belayar pulang ke pelabuhan..


Bila senja melabuhkan tirainya.....

Wednesday, October 26, 2016

Kuala Perlis

Assalammualaikum,

Ini cerita pertengahan bulan lepas..
Attend wedding anak angkat abang gebu aka adik angkat akak..
Yea la..dia panggil akak kak fzy, manakala abang gebu as uncle...(see...seee..nampak sangat akak muda di situ..hehehehehe...) tho my age 18 years older than her...
Wedding nya nun jauh ke negeri paling utara semenanjung malaysia..Kangar, Perlis.
Well takde apa nak di kongsi..wedding dah selalu nengok kannn..
Perancangan ingat nak ke Langkawi..sekali lupa daaa..that week ramai rakyat Malaysia ke sini maklumlah cuti sekolah merangkap Raya Korban merangkap Hari Malaysia...memang jem giler tahap gaban...owhhh...akak mengambil langkah separa bijak..
Kenapa separa..sebab bijak bila menggunakan kenderaan awan..yang kurang bijak sebab jadikan bas express untuk balik KL...kan senang naik kapal terbang...(well...last minute decession..tu pun nasib baik ada tiket)

Selain ronda2 pekan Kangar yang setengah jam pusing bole habis kitaorang ke Kuala Perlis...ingat nak cari Laksa Kak Lina yg famous tu...sekali tutup daa....end up kitaorang makan kat restoran seafood...lupa lak nama...


The seafood fresh gila...

Sambil2 makan kita nikmati kuala sungai ni...sekali sekala ada la bot2 kecil lalu..ntah mana gambar bot..lain kali la taruk kat sini...





Jadi la nampak sunset sikit2. Langit mendung sebenarnya...


Bot2 kecil datang dari arah sini...

Sekian

Tuesday, October 25, 2016

Sunset from the point view of PWTC

Assalammualaikum,

Bak kata blogger 'vysyds' recently - rongtaim rongples...
Hahahaha..wording tu ingat hapa..sekali 'wrongtime wrongplace' daaaa...
Well cerita pasal caption tu lebih kurang sebulan yang lepas...akak akui akak berada di masa yang salah dan tempat yang salah...
Kenapa 'wrong time' - First, sebab time tu nak maghrib..tau la maghrib sekarang cepat..lps tu isyak..iskh iskh..silap2 bole terlepas waktu tu..
Second, sebab kereta akak rosak..tak bole start (well abang gebu yg bawak sebab he meet somebody kat situ..), bole lak pomen tu silap beli alternator..sooo annoying you have to wait and wait..
Third, sebab my blood go upstair for so many reason yg biar akak jer la yg tau,...Betul pun orang tua2 cakap..maghrib2 jgn keluar rumah..banyak setan berkeliaran..maka mereka akan meniupkan api kemarahan kepada orang2 yg alpa..allahu...
Wrong place - actually takde la wrong place...Allah balas dengan satu scenery yang sukar akak gambarkan...so beautiful the sunset...abaikan kan la gambar yg akak tangkap sbb handphone biasa jer...serius..jika ada kesempatan..pegi la kat port ni... bawak la tripod bagai...eh! sapa ada iphone tu sure cantik gila gambar khen...maklumlah henpon mahal...:)




Serius apa yg being captured by lens tak sama dgn mata ini sebagai saksi ciptaan yang maha esa...

Sekian..