Tuesday, September 22, 2015

Kenali kereta anda

Assalammualaikum uolls,

Hari ini saya nak bercerita pasal kereta. Well..bukan nak tunjuk pandai sebab saya bukan pomen bertauliah jauh sekali expert tentang kereta CUMA berkongsi pengalaman mana tau boleh di manafaatkan.

Rentetan dari kereta yang overheat sebab salah satu paip ke radiator bocor masa cuti hari kebangsaan baru-baru ni telah membantutkan angan-angan konon2 nak pegi somewhere maklumlah cuti kan 3 hari. Terdampar la kereta tak kemana-mana maklumlah mana ada workshop yang bukak. Cuma short distance ke Chowkit or Keramat mencari makanan.  Hari Selasa baru dapat dibaiki.

Berganti la dua tiga barang termasuk spark plug. No wonder kereta sometimes semput...well salah satu penyebabnya la... Okey kereta dah tip top balik...

Kebetulan hari khamis pagi dapat khabar berita yang adik abah tenat di Hospital Taiping. Mintak izin boss lepas lunch off tu Taiping dengan mak n my sister. Abang gebu jadi pilot separuh jalan then saya pulak sampai la ke Taiping. Hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Sampai hospital dalam pkl 6. alhamdulillilah adik abah dah bukak mata. Semua adik beradik abah balik except abah la...Abah saya partly bedridden...so jadi la kami sebagai wakil. Lps misi mencari mee udang di kuala sepetang dan pisang abu di pasar malam air kuning dalam 9.30 mlm kami pun pulang ke KL. Tak bole overnight sebab abah tinggal seorang. Lately saya tak bole drive malam...silau agak tinggi..kami selamat sampai ke rumah lagi 15 minit pkl 12mlm.

Jumaat rehat satu hari sbb hari Sabtu kena ke Jakarta. Since saya akan berada di Jakarta sampai hari Rabu so kereta telah diserahkan kepada my brother yang duduk di Senawang. Senang sket untuk dia bawakkan barang2 niaganya. Maka our nightmare pun bermula.....

On Sunday my brother ke Bangi mengambil anaknya yang belajar di GMI. Menerima wassap darinya kereta kami tak boleh nak start. Macam bunyi angin or macam minyak tak sampai. My brother cuba his best untuk bagi kereta tu start (tengok air filter la, throttle body la..battery la..fius box) tak mau gak. Then mintak tolong my fren..kira mobile pomen la...pun tak boleh walaupun dia cuba bypass wayar...last choice kena panggil carrier untuk bwk kereta ke workshop. Worst thing AIG tak cover untuk benda2 mcm ni..Hampeh betul..working hour Monday to Friday..9 to 5pm.., maksudnya upah carrier tu kena sendiri bayar..(Bila godek2 website dia utk auto assist kena bayar additional mcm saya bayar extra utk cover insurance cermin. Untuk next year nak tukar insurance lain..Lonpac ker..)

Rupa-rupanya wayar yang sambungkan segala mak nenek telah terbakar...apa la bangang manufacturer letakkan wayar dekat dengan salur minyak..and enjin..kalau ada spark...innalilahirojiiun la kereta..bole terbakor beb...


Workshop yang kita orang pegi hari Selasa tu dah cuak2 sbb kereta jadi macam tu..depa ingat salah depa..further kena marah dengan pomen lain...sepatutnya bila dia betulkan kereta kami dia dah bole tengok wayar-wayar tu semua hampir nak terbakar...well... benda nak jadi..lagipun bukan kereta dia pun..kita pemilik kereta yang kena peka..means kena start la mengenali kereta anda dan aware dengan perubahan pada kereta kita...lagi satu kalau keluar simbol2 kat papan pemuka jangan la buat donno jer...cepat2 la rectify..kereta sekarang banyak elektronik mak nenek compare dengan kereta dolu dolu...





Dah buat wiring balik...tak boleh start gak...sekali ECU problem.. kena tukar. harga seketul  cinonit yang tengah2 tu dah 1.8k....letak tangan atas dahi...melayang la dkt 3k untuk setel semua..


Ingat dah bole bergembira...sekali tak bole start lagi masa last thursday...saya suruh abang gebu ambik kat KL Sentral sbb ngantor boss n orang rumah ke KLIA untuk menunaikan ibadah haji. kena antor balik ke workshop...ingat fuel pump masalah sbb the day before aka cuti hari malaysia kitaorang misi mencari durian sampai ke batu 12 jalan gombak..minyak masa tu dah keluar signal merah mintak untuk di isi...saya cakap ala sampai rumah kita isi la...last2 pagi khamis baru isi...i've been made to understand yg kita tak bole selalu membiarkan kereta kita dalam keadaan minyak E=empty menyebabkan fuel pump bole jem...ni berdasarkan kepada pengalaman kawan2 yg pakai bmw, mitsubhisi, honda..etc...jangan la buat pasal nak tengok berapa jauh km kereta kita bole pergi dlm keadaan kereta signal minyak tu keluar...

So pagi jumaat terpaksa la kami menapak ke stesen bas yang jaraknya lebih kurang 1.5km dan menaikki bas awam ke tempat kerja...ingat nak naik basikal jer...
Sblm jumaat kereta dah siap..well ingat dah ok..kena lagi mlm tu...pomen datang la rescue..sekali takde apa-apa..dia bukak fius box goyang2 wayar bawah dah bole start...what the fishhhh....akak abang kena tukar fius box ni..katanya pomen tu..berapa rm??? dlm 1.5k....gilooooo....weng kepala sket...kira nak bagi tip top dlm 3k la....muhasabah muhasabah muhasabah....la illa hailla anta kuntum minazzolimin....

Sabtu ke TUDM Subang..ada jemputan perkahwinan...nak balik tak boleh start macam bunyi kaputtt...abang gebu bukak fius box goyang goyang wayar...dah bole start kereta sampai la kami selamat sampai rumah...saya do wonder...kalau goyang2 wayar bawah fius box tu tak kan nak kena tukar fius box...sapa la ada kawan2 yang pandai bab2 wiring kereta ni..nak mintak pencerahan sket...

Fuhhh....sekiannnn......

2 comments:

nohas said...

kena tukar keta ni..

fzy fuzzy said...

ada lagi 2 tahun nak abis bayar...saborrr jer la..