Sunday, March 18, 2012

Diagnosis






Assalam dan salam sejahtera semua,

Lama gak tak berblogging ni ek. Ayat standard "keinginan ada tp masa jer takde".
Ok...let's began the story why lama menyepikan diri...
Rentetan dari kesakitan pada lutut bermula dari hari pertama menyambut 2012, diikuti dengan outing sambil menembak ke hot spring tamu hill dan crystal clear water, batang kali dan empangan hulu selangor bersama2 "ehem", diikuti pula dengan long drive ke JB masa cuti maulidur rasul melawat bff yg baru mendirikan rumahtangga (masa ni la kemuncak sakitnya, siap pegi wad kecemasan lagi - end up aku decide membelahkan diri sbb dekat 3 jam tunggu nak jumpa doktor ajer, nak cari klinik semua dah tutup maklumlah pukul 1 pagi) plus again another outing bersama ayong ke gohtong jaya dan empangan hulu selangor. Memudaratkan lagi, office aku terletak d tingkat 3. Punya la seksa hari2 bekerja memanjat dan turun tangga. No lift okeyyy...

Setelah di nasihat oleh kawan2, aku kena pegi hospital. So ke prince court (ni agen insurance aku yg suggest k). Jumpa la pakar orthopeadic. Setelah ujian MRI di buat, i've been diagnose mengidap osthearthritis on my left knee. Cartilage gel dah kurang. Cheh! doktor konon2 surprise la, sbb dia tak aspect aku yg muda ni bole kena osthearthritis (Muda ker???? sambil tgn atas bahu) sbb selalunya mereka yg 50 and above. Why it happen...3 sebab. 1. genetic (abah n maksu pun dah kena) 2. overweight (ini aku setuju sesangatttt) dan 3. kemalangan/aktif bersukan (mmg aku pernah terlibat accident kereta tp tak de la melibatkan kecederaan lutut, cuma since last year aku kerap jatuh tangga la, terseliuh sampai dekat sebulan bengkak tak hilang2 or kerja aku yg banyak berjalan)

Doktor bagi 2 option. Inject lubricant utk replace gel yg kurang serta licinkan balik atau pembedahan. Adoiii...bab bedah2 ni yang aku ngeri. Aku cakap dgn doktor, aku tak sure sbb aku tengah confuse masa tu. End up dia cucuk pain killer kat lutut. Dalam tempoh seminggu aku kena decide. ni bukan kata seminggu, dah lebih dari sebulan. Aku kena ada 2 3 opinion ni. Sesiapa doktor atau reference ker yg bole bg nasihat????



Worst nye, in between dalam aku bertongkat menaiki tangga, kaki kanan lak mengalami kekejangan urat. dah la dok menampung berat and now aku tak bole rely on it. allah.....
Bila aku jumpa family doktor and talk about this osteo, dia terus advice buat pembedahan.
Alooo...doktor tak der cara lain ker?????????? makan ubat or what so ever.......


ni bukan kaki aku ek...contoh ajer
lutut aku mmg bengkak macam tu la
Masa jalan kat wangsa walk aku jumpa la satu jenama nama Myfeet.
Ingat spesial shoe ker apa....rupa2 satu alat (mcm kusyen pad)yg diletakkan dalam kasut untuk membentuk semula tapak kaki. Kira re-adjust balik pembentukan tulang kaki.
Sbb aku dlm kesakitan, sehari kena pakai 2 jam. After a month tengok result mcm mana.
Terpaksa la aku beli kasut lelaki...sbb aku tak bole pakai kasut ketat, high heel even 2 inch...kena flat shoe.
So far ok la....cuma aku tak boleh berjalan banyak sangat...kedua2 betis akan tegang dan senang crampt. abih nak buat camno...aku kan ker value...p tengok site sometimes jumpa client buat marketing. turun naik tangga lagi (tak dapat la meneruskan aktiviti menembak)
Tetapi pujaan hatiku, mr. tongkat tetap d sisi.

aku tengah cari macam gambar kat atas tu
Dah tanya semua farmasi, yang ada cuma gad biasa ajer.
bolehlah asal bole protect knee aku.
Oh ye...aku dlm proses mengurangkan berat
Doakan aku berjaya ye.


p/s : Pelakun korea, Kim Bum yg baru berusia 22 tahun tu pun kena arthiritis. Inikan aku.......

1 comment:

nohas said...

Injectlah cepat2, nanti melarat..