Sunday, October 17, 2010

Second chance or Sekinchan

Pagi tadi ke Taman Rama-Rama. Angkut mak, pida, amin, loqman dgn nurul. Abis sessi menembak di situ, konon2 nak ke Medan Ikan Bakar, Jalan Bellamy (belakang istana negara). Pida cakap aku tak pernah bawak dia kat situ. Tapi aku tak sure la, ahad-ahad ni bukak ke tak.
Memang bukan rezeki pida...hehehehehehe. TUTUP. So mana lak nak pegi makan ni. Jam dah pukul 2. Perut dah berkeroncong. Aha!!!!!!...pida berikan idea. Dia ajak pegi ke Sekinchan Ikan Bakar. Aku ingat kat Taman Seri Gombak, rupa2 dekat2 area rumah aku pun ada. Alaaaaa...dekat Taman Setiawangsa ajer. Lagipun aku tak belanja pida lagi sempena birthdaynya yang jatuh pada 1hb october. Kira belated celebration le....hehehehehehe...sorry arrr sis.


Ni la tempatnya. Kat bangunan spectrum setiawangsa.


3 jenis pencecah.

Aku order ikan sebelah, ikan merah, ikan keli dan ketam. Untuk budak2 tu nasi lemak dan ayam dara kampung goreng. Tapi yang kesian Amin yang nak makan kuewtiaw kung fu, sebab kat sini totally ikan, ketam, sotong, udang dan kerang untuk d bakar. Makanan goreng-goreng tak ada arrrr....Terpaksalah pida pegi restaurant seberang, order mee goreng mamak.

Ikan merah

Ikan sebelah

Suka tengok mak makan. Abisssss ikan tu!!!!
Memandangkan ketam sampai lambat sebab dah abis makan baru sampai...so bungkus ajer le.

Budak berdua ni mana reti makan ikan bakar.
Ayam goreng laju ler......
KOMEN AKU,
Makanan : Ikan tak bau hanyir (actually ade sket rasa lumpur bila aku ratah kepala ikan sebelah), sos yang disiram atas ikan mmg sedap, gulai kawah..ok la.
Minuman : Air buah - biasa saje, tapi horlick panas mmg kaw!!!
Servis : agak lama tunggu ikan bakar sampai...baik sangka la...ramai orang kut...ramai ker????
Harga : Ikan sebelah tu seekor RM32. Sebab 100 gm = Rm7, ikan merah tu pun sama. Ikan sekarang mmg mahal kut...hehehehe..maklumlah aku bukan selalu pegi pasar pun. Ikan keli yg besar sket dari saiz kecil RM7. Ketam seekor RM10. Ayam goreng kampung RM7 seketul. (sedap lagi kat medan selera kampung baru)
Well, aku tak kisah sbb mmg niat nak belanja adik aku sempena birthday dia...
Apa pun ikan bakar kat bellamy tu jugak yang best. (ikan merah dia..heaven)
Lps ni nak try kat Umbai lak....ade sesiapa bole tolong bawak....hehehehehehe.
BILA LAGI NAK SOKONG PERNIAGAAN ORANG MELAYU KAN (HOPEFULLY BETUL)
SYABAS LA KAT TUAN PUNYE RESTAURANT NI..

No comments: