Sunday, October 24, 2010

Taman Rama-Rama - Part 3

Pheh! sampai part 3. Maklumlah banyak sangat rama-ramanye. Lepas tu kecik-kecik lak. Begitu mencabar nak ambik gambar rama-rama tu. Sampai naik lenguh la tangan pegang kamera. Hehehehehe.











Mentadak mentadu..macam mana amin tido..erkkkkk
Nampak ker? macam ranting kan???





Berakhir la lawatan semua peserta kursus
Next session : tugu negara and muzium negara lak.

Tuesday, October 19, 2010

I-city : day version

Selalu, u all nampak shot being capture at I-city adalah night version kan. Rasa2 pernah ker jumpa gambar-gambar yang ditangkap di waktu siang kan. Jarang bukan.....Haaa...kat bawah ni adalah keadaan pokok-pokok lampu, binatang2 lampu dan bunga-bunga di waktu siang. For sure ler malam lagiiiiiii cantik!!!!!






Monday, October 18, 2010

Taman Rama-Rama - part 2

Macam-macam bentuk, rupa, warna rama-rama ada. Mula2 budak bertiga tu macam takut2. Ada ker ingat rama-rama macam nyamuk nak gigit, sbb mereka nampak bebas berterbangan. Hahahahaha..tu la mak bapak dema rajin bebenor bawak anak2 berjalan2 ke tempat2 macam ni. Nasib baik le mak sedara yg baik ati ni ada....boleh le tolong bawak aka main sponsor...




Ayam jantan pun ade...

Ni le cakcibor

Sian Amin tak sihat sangat..demam, so tak ceria la dia

Gembira mak





Taman Rama-Rama - part 1

Nama jer duduk KL dari lahir, tapi dah 16 tahun Taman Rama-Rama ini wujud, baru sekarang nak pegi melawat. Hehehehehehe.



Peserta-peserta kursus penternakan rama-rama pada hari ini adalah terdiri dari.....

Bahagian pertama ni, tak boleh upload gambar banyak-banyak.
Nantikan saja yaaaa......


Sunday, October 17, 2010

Second chance or Sekinchan

Pagi tadi ke Taman Rama-Rama. Angkut mak, pida, amin, loqman dgn nurul. Abis sessi menembak di situ, konon2 nak ke Medan Ikan Bakar, Jalan Bellamy (belakang istana negara). Pida cakap aku tak pernah bawak dia kat situ. Tapi aku tak sure la, ahad-ahad ni bukak ke tak.
Memang bukan rezeki pida...hehehehehehe. TUTUP. So mana lak nak pegi makan ni. Jam dah pukul 2. Perut dah berkeroncong. Aha!!!!!!...pida berikan idea. Dia ajak pegi ke Sekinchan Ikan Bakar. Aku ingat kat Taman Seri Gombak, rupa2 dekat2 area rumah aku pun ada. Alaaaaa...dekat Taman Setiawangsa ajer. Lagipun aku tak belanja pida lagi sempena birthdaynya yang jatuh pada 1hb october. Kira belated celebration le....hehehehehehe...sorry arrr sis.


Ni la tempatnya. Kat bangunan spectrum setiawangsa.


3 jenis pencecah.

Aku order ikan sebelah, ikan merah, ikan keli dan ketam. Untuk budak2 tu nasi lemak dan ayam dara kampung goreng. Tapi yang kesian Amin yang nak makan kuewtiaw kung fu, sebab kat sini totally ikan, ketam, sotong, udang dan kerang untuk d bakar. Makanan goreng-goreng tak ada arrrr....Terpaksalah pida pegi restaurant seberang, order mee goreng mamak.

Ikan merah

Ikan sebelah

Suka tengok mak makan. Abisssss ikan tu!!!!
Memandangkan ketam sampai lambat sebab dah abis makan baru sampai...so bungkus ajer le.

Budak berdua ni mana reti makan ikan bakar.
Ayam goreng laju ler......
KOMEN AKU,
Makanan : Ikan tak bau hanyir (actually ade sket rasa lumpur bila aku ratah kepala ikan sebelah), sos yang disiram atas ikan mmg sedap, gulai kawah..ok la.
Minuman : Air buah - biasa saje, tapi horlick panas mmg kaw!!!
Servis : agak lama tunggu ikan bakar sampai...baik sangka la...ramai orang kut...ramai ker????
Harga : Ikan sebelah tu seekor RM32. Sebab 100 gm = Rm7, ikan merah tu pun sama. Ikan sekarang mmg mahal kut...hehehehe..maklumlah aku bukan selalu pegi pasar pun. Ikan keli yg besar sket dari saiz kecil RM7. Ketam seekor RM10. Ayam goreng kampung RM7 seketul. (sedap lagi kat medan selera kampung baru)
Well, aku tak kisah sbb mmg niat nak belanja adik aku sempena birthday dia...
Apa pun ikan bakar kat bellamy tu jugak yang best. (ikan merah dia..heaven)
Lps ni nak try kat Umbai lak....ade sesiapa bole tolong bawak....hehehehehehe.
BILA LAGI NAK SOKONG PERNIAGAAN ORANG MELAYU KAN (HOPEFULLY BETUL)
SYABAS LA KAT TUAN PUNYE RESTAURANT NI..

Saturday, October 16, 2010

M. Nasir : Aduhai Kasih Aduhai (HQ Audio)

Senikatanya cukup puitis.

Especially tang "Bukan semudahnya ku berkata cinta. Jika hati tak tersentuh. Bukan semudahnya melepaskan dunia. Jika jiwa mencipta tembok kepalsuan".

Wednesday, October 13, 2010

Overdose = Eat Pray Love



Gara-gara overdose juga aku dapat tengok filem ni. Dgn siapa....hehehehehe..biarlah rahsia.....Hmmmmm...totally nice film.

Soalan cepumas bila julia still confuse masa mamat tu proposed, DIA sambil pandang aku "So fazz..how??????????, bila lagi......"

Sambil mengelip-ngelipkan mata (bling..bling..bling...aku senyum ajer...dlm hati aku jawab "i have no answer for that???, u la tolong jawab......" Wohaaaaa........

Tuesday, October 12, 2010

Overdose = melayan perasaan dan fikiran

Akibat dari overdose ari tu, aku sempat lagi ke satu spot baru melayan perasaan dan fikiran yang tengah ting tong.....hehehehehehehehe...
Romantik kalau berdua2an la...tapi kalau nak muhasabah diri berseorangan ok jugak la...
Berlatarbelakangkan menara berkembar sambil dengar bunyi kenderaan sambil minum teh jasmine........
Sunyi + kadang2 bising + kelam + romantik + syahdu + bunyi cengkerik + lampu-lampu neon/kelip-kelip + angin sepoi-sepoi bahasa + bunyi air sungai pun ada + semua ada la......
Lokasi...tak jauh pun dari rumah dalam 2 km ajer......



Maaf : gambar diambil dari Mr. Belack....blurrr la sket. Abih kepala tengah ting tong tak kan aku nak hangkut Mr. Sonya gedabak tu....Mr. Nikong lak bateri abissss.....

Monday, October 11, 2010

Overdose


Payah juga ya kalau kita tak ambil tahu jenis2 ubat yang kita ambil!!!!

Bukan apa, 2 minggu lepas aku diserang sindrom batuk, sakit tekak dan selsema. Demam kejap ada, kejap tak ada. Maklumlah musim raya. Lagipun aku mmg malas nak jumpa doktor.

Akibat tak tahan mendengar bebelan, hari Khamis bersamaan 30hb September 2010, aku telah menemui panel doktor syarikat tempat aku kerja. Mcm biasa dapat ubat sirap, ubat biji n antibiotik. Kena habiskan antibiotik tu, kena makan ikut time, bla..bla..bla...

Lepas 2 kali aku makan, aku rasa muka aku macam kebas, kepala macam ting tong...tak mengantuk..tapi aku macam terawang-awang. Budak2 opis semua dok tegur apasal muka aku pucat sangat..aku cakap aku ok jer...cuma tu la aku rasa muka kebas2 n khayal.

Dalam 7 petang, aku jumpa boss..ye la sebab anak dia kerja kat farmasi..aku tergerak hati la nak tanya ubat apa yang aku makan sampai kebas2 muka. Kebetulan ada lak ofismate yg pernah belajar medic...apa lagi kecoh la dalam bilik boss...abis internet, jurnal perubatan doktor di cari..siap call kawan2 dia yg praktis doktor. Solution..aku kena balik jumpa doktor yg bagi ubat tu...at 7pm...sah2 la klinik tu dah tutup. another solution...aku kena jumpa doktor lain.

Dia tanya..aku bole drive ker. Aku cakap..insyallah..boleh...siap suruh boss tolong bawak...aku cakap aku ok....actually tak ok...wakakaka...nak tunjuk macho beb....

Aku terus pegi jumpa family doktor...(doktor ni mmg aku selalu jumpa termasuk the whole family aku..kira dah mesra gitu n aku banyak rujuk kat dia). SAH!!!! tak der lain..dia kata aku mmg OVERDOSE....gila betul doktor panel tu...ade ker 2 bahan yang sama ada dalam syrup n tablet..sah2 la aku makan 2 kali... dah la tu pagi , tengahari n malam. Kira la berapa miligram dah masuk dalam badan aku... Doktor Moza siap bukak semua buku2 perubatan dia especially melibatkan 2 bahan tu...payah benor nak nyebut...Dextromethorpan dan pseudoephedrine. Setiap orang body tak sama...sintom aku ada dalam buku dia...lps ambik ubat tu...aku kerap ke tandas...kira dalam sejam 4 5 kali ler....rasa macam tak der selera..etc...iskh..iskh...

Bila aku jumpa balik klinik yang bagi ubat tu keesokkan paginya..siap bole nafikan..cakap sbb bp aku naik 150/100. MMg la sah2 naik, sbb ubat kau la...tak kan hari sebelumnya 120/74 terus boleh shoot sampai 150. Dah la malam tu tak bole tido... Hampeh nyer doktor. Bila aku cakap kemungkinan aku overdose..masih nak nafikan lagi...bila aku cakap aku baca kandungan bahan dalam sirap n tablet tu sama terus dia cakap..."oooo...tablet ni u ambik 2 kali sehari ajer...sirap ni u ambik malam sahaja..." Hampeh...sebelum tu instruction dia 2 biji tablet untuk 3 kali sehari dan sirap satu sudu besar 3 kali sehari..... "Geram...siap bagi aku MC. Lps tu cakap aku kena terus balik rumah..jangan p mana-mana sbb "MC is medical chit so...u have to rest at home..if u go somewhere and anything happen to u we won't responsible coz MC already given", KEPALA HOTAK hang!!!!!..tak guna punya doktor...mmg lepas ni aku tak kan jejak klinik kau le...

Silap aku...yg sepatutnya tak aku buat adalah BUANG ubat tu...sebab bole jadi bahan bukti bila report kat persatuan depa.

Akibatnya, selepas 5 hari aku stop ambil ubat itu, rupa-rupanya sintom ubat tu tak abis lagi kat aku...Kali kedua aku diserang tompok2 merah serta demam panas...kat mana..hehehehe..rahsia...bila check balik...doktor confirm badan aku masih tak stable lagi akibat dari pengambilan ubat2 tersebut...NASIB....

Moral of the story : Kenali ubat anda..jika anda ada allergy kepada sebarang ubat sila beritahu doktor....