Sempena Hari Ibu yg jatuh pada hari ini, aku membawa 2 orang wanita yg bergelar ibu iaitu mak aku dan adik aku ke MIHAS 2009 yang diadakan di padang letak kereta MATRADE off Jalan Duta yg juga merupakan hari terakhir pameran.
Perancangan asal adalah ke kolam air panas di Selayang tetapi memandangkan cuaca panas, aku tak rasa kami boleh bertahan di situ. Tu yg aku melencongkan kereta ke MIHAS ni. Secara kebetulan adik aku nak juga membuat research berkenaan produk yg betul2 HALAL terutama melibatkan penggunakan bahan2 masakan dan membuat kuih. Maklumlah dia mula berjinak2 dalam mencuba membuat kek, pizza dan frozen food. Lagipun, abah dulu merupakan kakitangan di Bahagian Teknologi Makanan MARDI. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.
Aku tak tau sambutan sebelum ini, tetapi bila kami selesai meneroka keempat-empat hall yg disediakan bermula dari pukul 11 pagi sampai 2 petang, tengok dari kehadiran kereta yang melimpah ruah di kedua2 belah jalan-masuk sampai simpang pejabat kerajaan, kira ramai la gak orang.
Bangga jugak la melibat produk-produk keluaran syarikat tempatan setanding dengan produk buatan bangsa asing atau luar negara dari segi packaging, mutu bahan, rasa yang sedap dan yang penting MURAH. Sepanjang pemerhatian ada antara produk2 ini sudah mula dipasarkan dipasaraya MYDIN, GERGASI, TESCO dan CARREFOUR. Walaupun hakikatnya produk2 ini ditempatkan di rak2 yang kurang menarik perhatian TETAPI melalui penyertaan pameran2 seperti ini dapat membuka lebih peluang kepada pengusaha serta membuka mata kepada orang ramai. PROMO gilaz tuh.....
Macam biasa bila hari terakhir banyak la barang yang diturunkan HARGA.
Ini la hasil yang kami bawak balik
2 comments:
Byknya hasil tangkapan..yelah nak buat business,kenalah buat research dulu...hehehe..leh le engaged we all..harharhar..
tak de maknenya....
Post a Comment