Monday, February 16, 2009

Trans Borneo - Miri/Brunei - Session 2

Day 3 (8 Feb) - Brunei Darul Salam


Tujuan asal kami adalah ke negara Brunei. Memandangkan banyak info2 yg diterima sebelum kami ke sini, maka Miri menjadi pilihan sebagai destinasi utk penginapan dan sight seeing. Walau bagaimanapun kami masih boleh ke Brunei melalui Miri.
Selepas sarapan di restoran Pak Wan, kami bertolak ke Sungai Tujuh. So lalu2 le Desa Senadin dan Curtin University. Sebenarnya, hanya aku dan ayong sahaja yang akan memandu ke Brunei. Tetapi kami telah menerima msg dari pak yusri kita, yg telah mengofferkan diri menjadi pemandu merangkap tourist guide untuk kami berdua. Kenapa???? korang baca la sampai abis ek...
Terperangkap hampir 1/2 jam di imigresen Brunei gara2 MPV dihadapan kami. Tips utk sapa2 yg teringin memandu pegi Brunei, pastikan anda memasuki lane yg tak ade kenderaan MPV, Van atau seangkatan dengannya. Kenapa??? Memang la nampak Q pendek. Tapi orang dalam tu yg akan memanjangkan barisan. Tol tak banyak. RM10 belah Malaysia sebelum naik jambatan melengkung tu than 3 ringgit Brunei selepas imigresen. Pemanduan diteruskan selama hampir 1 1/2 jam utk tiba ke Bandar Seri Begawan.
Panorama indah sepanjang pemanduan. Hmmm...maaf cakap, tak ada apa yang menarik...hutan banat... Bersangka baik la kan, mungkin kami tak jumpa...Sebenarnya kami terkejut. SERIUS!!!!! Aku dan ayong aspect the infra will be great. Maklumlah, negara kaya...dari Malaysia ke Brunei kut2 jumpa highway ala2 PLUS ke. Alih2 macam standard dari Batu Gajah ke Kampar trunk road. Cari2 gak kut2 ade rawat dan rehat. Hmmmm...tak ada. No wonder la si yusri beria-ia nak follow we all. Dia cakap dia nak tengok expressi muka kami bila memasuki Brunei. Speechless beb.....
Sebelum sampai bandar singgah sat kat Jerudong Park. Sampai tengahari, tak der la bukak lagi. Petang membawa ke malam baru bukak. Itu yg yusri bagitau la....



Bandar Seri Begawan, maksud aku the town centre, 5 min kami dah habis tawaf bandar ni. Speechless lagi aku n ayong. Maaf cakap lagi ek...kira besar lagi MIRI. Bersangka baik lagi...mungkin kami tak explore habis-habisan.

Mercu tanda


The shopping complex

Bot2 penambang tu dok usha kami, offer naik ke Kampung Air. Tak kuasa teman...tengok cara pemanduan tanpa life jacket...bertembung ke..macam dalam filem Hongkong aje, atau terbalik...sia-sia ajer kami telan air yg keruh tu...

Mr. yusri n ayong.


Beauty pasal orang Brunei, pakaian kebangsaan!!!!
Lengkap bersampin dan bersongkok.
Yang wanitanya satu suit, baju dan tudung sama colour n design.
SEDONDON!!!

Ini bukan kerajaan ayah pin ok...Mercu tanda kat Serian
Kami ini seumpama ke Brunei macam pegi site visit aje. Tengok site, see the surrounding, ambik info, give comment then membelahkan diri. Hmmmmm..........
Masa aku kat Pinut, cik tepak sms kut2 kitaorang free malam tu. Nak belanja makan. Well...perancangan asal yusri nak belanja...tapi dia cakap tak pe la...u all pegi la makan dgn cik tepak tu, malam esok i bawak you all lak p dinner...ok gak...sebab kitaorang kesian tengok dia...penat maa....memandu seorang...heheheh...sebenarnya kitaorang berterima kasih teramat...So, aku balas la msg tu. Kira ON....bestnya...murah rezeki kitaorang kat MIRI ni, asyik dapat belanja ajer...breakfast, lunch, dinner....harharharharhar...... Tu En. Yusri n family terima kasih bebanyak nooo.....
Cik Tepak n Hidayat bawak we all dinner kat Piasau Boat Club. Dengar bunyi ombak dah buat kitaorang teruja...nampak pulak deretan pokok dan building structure ala-ala resort gitu. Thank you cik tepak sebab belanja we all at such a lovely place. Semoga murah rezeki selalu.

2 comments:

nohas said...

Rugi ler tak gi melawat Kampung Air..takde sampan ke mcm kat venice tu? hehehe..mereka tu hari2 naik bot,rasanya takde hal..apa2 pun keselamatan diri patut diutamakan..

fzy fuzzy said...

eee...tak sanggup teman. Kalau bot yg besor sket macam bot penambang kat Kuala Kangsor tu, bole le teman naik.