Thursday, February 26, 2009

Tulis nama atas batu

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Kalau hati sedang rindu
Tulislah surat untukku
(by Allahyarham Sudirman Hj. Arshad)



Batu ni ker yg nak di tulis. Tapi aku tak pakai baju bunga-bunga maaaa...




Photo diatas diambil dari kawasan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor
P/s - Last session utk Trans Miri/Brunei akan muncul. Tgk2 dulu Budget masa.

Wednesday, February 25, 2009

The Real Story - Trilogy Menjadi Tragedi

Subject - Trilogy of Birthday Celebration (MAKAN TIME !!!!!)


VENUE 1 : 19th February 2009 (Thursday) - my day
- Dinner with Mdm N, at Ampang Yong Tow Foo plus cupcake and pirate CD's
- Sorry, no photo available


VENUE 2 : 20th February 2009 (Friday)
- Dinner with Orang Bukit at Nailli's Sentul (perancangan since raya tahun lepas)
- Siap hantar msg kat kengkawan di seberang laut cina selatan sana. Saje bikin jeles.


VENUE 3 : 21st February 2009 (Saturday)
- Pasar Malam at Taman Senawang Jaya with Yeop and family
VENUE 4 : 22nd February 2009 (Sunday)
- High-tea at the Curve, Mutiara Damansara with Ayong, Wawa n Syida


TRAGEDY.....................................



On the way balik dari The Curve, dalam rembang senja dan hujan renyai-renyai serta jalan licin. Mengelak dari satria yang dah tergolek dok atas flyover Pencala Link exit ke Jalan Kuching. Aku kereta yg ke-5. Dalam dok merangkak perlahan-lahan, kereta yg ke-6 aku dah dengar bunyi brek yg panjang. Tapi dia tak hentam kereta sebelah, dia hentam kereta aku. Rezeki aku nak kena..............

ABIS CERITA.....

Tuesday, February 24, 2009

Trilogy menjadi Tragedi

Ape ke heainya....Nantikan la kan entry berikutnya. Bila aku free2 sket.

Friday, February 20, 2009

Country Heights

Country Heights is an exclusive residential area comprising detached residential plots built upon with individual architectural design detached houses. Instead of detached plots, there are Country Villa (townhouse units) and 2 on-going development namelys as Widuri Villas and Seri Banyan.

Country Heights is sited in close proximity to the Kajang toll Plaza, which is the entrance and exit point from Kuala Lumpur-Seremban Highway. Beauty of Country Height is most of the houses built without fencing. Security quite tight and 24-hour petrol.

Land value p.s.f is approximately more than RM70. Average land area is 15,000 sq. foot.





Monday, February 16, 2009

Trans Borneo - Miri/Brunei - Session 2

Day 3 (8 Feb) - Brunei Darul Salam


Tujuan asal kami adalah ke negara Brunei. Memandangkan banyak info2 yg diterima sebelum kami ke sini, maka Miri menjadi pilihan sebagai destinasi utk penginapan dan sight seeing. Walau bagaimanapun kami masih boleh ke Brunei melalui Miri.
Selepas sarapan di restoran Pak Wan, kami bertolak ke Sungai Tujuh. So lalu2 le Desa Senadin dan Curtin University. Sebenarnya, hanya aku dan ayong sahaja yang akan memandu ke Brunei. Tetapi kami telah menerima msg dari pak yusri kita, yg telah mengofferkan diri menjadi pemandu merangkap tourist guide untuk kami berdua. Kenapa???? korang baca la sampai abis ek...
Terperangkap hampir 1/2 jam di imigresen Brunei gara2 MPV dihadapan kami. Tips utk sapa2 yg teringin memandu pegi Brunei, pastikan anda memasuki lane yg tak ade kenderaan MPV, Van atau seangkatan dengannya. Kenapa??? Memang la nampak Q pendek. Tapi orang dalam tu yg akan memanjangkan barisan. Tol tak banyak. RM10 belah Malaysia sebelum naik jambatan melengkung tu than 3 ringgit Brunei selepas imigresen. Pemanduan diteruskan selama hampir 1 1/2 jam utk tiba ke Bandar Seri Begawan.
Panorama indah sepanjang pemanduan. Hmmm...maaf cakap, tak ada apa yang menarik...hutan banat... Bersangka baik la kan, mungkin kami tak jumpa...Sebenarnya kami terkejut. SERIUS!!!!! Aku dan ayong aspect the infra will be great. Maklumlah, negara kaya...dari Malaysia ke Brunei kut2 jumpa highway ala2 PLUS ke. Alih2 macam standard dari Batu Gajah ke Kampar trunk road. Cari2 gak kut2 ade rawat dan rehat. Hmmmm...tak ada. No wonder la si yusri beria-ia nak follow we all. Dia cakap dia nak tengok expressi muka kami bila memasuki Brunei. Speechless beb.....
Sebelum sampai bandar singgah sat kat Jerudong Park. Sampai tengahari, tak der la bukak lagi. Petang membawa ke malam baru bukak. Itu yg yusri bagitau la....



Bandar Seri Begawan, maksud aku the town centre, 5 min kami dah habis tawaf bandar ni. Speechless lagi aku n ayong. Maaf cakap lagi ek...kira besar lagi MIRI. Bersangka baik lagi...mungkin kami tak explore habis-habisan.

Mercu tanda


The shopping complex

Bot2 penambang tu dok usha kami, offer naik ke Kampung Air. Tak kuasa teman...tengok cara pemanduan tanpa life jacket...bertembung ke..macam dalam filem Hongkong aje, atau terbalik...sia-sia ajer kami telan air yg keruh tu...

Mr. yusri n ayong.


Beauty pasal orang Brunei, pakaian kebangsaan!!!!
Lengkap bersampin dan bersongkok.
Yang wanitanya satu suit, baju dan tudung sama colour n design.
SEDONDON!!!

Ini bukan kerajaan ayah pin ok...Mercu tanda kat Serian
Kami ini seumpama ke Brunei macam pegi site visit aje. Tengok site, see the surrounding, ambik info, give comment then membelahkan diri. Hmmmmm..........
Masa aku kat Pinut, cik tepak sms kut2 kitaorang free malam tu. Nak belanja makan. Well...perancangan asal yusri nak belanja...tapi dia cakap tak pe la...u all pegi la makan dgn cik tepak tu, malam esok i bawak you all lak p dinner...ok gak...sebab kitaorang kesian tengok dia...penat maa....memandu seorang...heheheh...sebenarnya kitaorang berterima kasih teramat...So, aku balas la msg tu. Kira ON....bestnya...murah rezeki kitaorang kat MIRI ni, asyik dapat belanja ajer...breakfast, lunch, dinner....harharharharhar...... Tu En. Yusri n family terima kasih bebanyak nooo.....
Cik Tepak n Hidayat bawak we all dinner kat Piasau Boat Club. Dengar bunyi ombak dah buat kitaorang teruja...nampak pulak deretan pokok dan building structure ala-ala resort gitu. Thank you cik tepak sebab belanja we all at such a lovely place. Semoga murah rezeki selalu.

Valentine's Day

Valentine's Day...Haaaah....korang mesti ingat aku sambut ari tu kan...tak de maknanya. Terang2 kita ni semua dah di inform yg valentine's day seluruh dunia dok sambut termasuk orang mesia adalah sempena memperingati kematian paderi kristian bernama Valentine yg menjadi kesayangan permaisuri Perancis....apa barang.....mana2 yg dah tau sejarah tu...pikir-pikirlah sendiri ek...

Untuk memperingati seseorang, not to wait for that day...hari2 boleh ucap rasa kasih sayang maaa.....yang penting ikhlas.....

Berbalik kepada 14hb Feb...memang aku sambutnya setiap tahun. Kenapa???????
14hb Feb adalah tarikh dimana ibu tersayang aku dilahirkan. So...sah sah la aku celebrate birthday mak aku kan....

Ditambah pulak dengan sambutan kelahiran anak sedara aku 11 tahun lepas pada tarikh yg sama dengan kelahiran mak. So in our family 2 orang lahir tarikh yg sama...berbaloi la aku sambut hari tu kan...Tahun ni 2 hari berturut2 birthday mak kitaorang celebrate...satu dengan family dan satu lagi dengan kawan2 aku yg anggap mak aku macam mak diorang....

HEPPI BEDAY MAK!!!! LUV U.
HOW DEEP IS MY LOVE TO HER....
JGN TANYA SBB TAK TERBAYAR RASANYA SETAKAT INI

Wednesday, February 11, 2009

Trans Borneo - Miri/Brunei - Session 1

Day 1 - 6 Feb 2009 (Friday)

Sepatutnya awal kami tiba di Miri, tapi plane delay and only take off from KLIA at 2 pm instead of 1.15. So we arrived at 4pm. Agaknya kelam kabut pilot tu bawak sebab dia ada announce kelajuan adalah pada 800km/h. Sebab masa balik ke sini 600 km/h aje. Cuaca tak menentu di Miri kut yg menyebabkan plane delay.
Our fren, en yusri pick up us at airport then bwk ke rumahnya yg terletak kira2 5 min perjalanan, Desa Viana (near to Luak Esplanade). So kitaorg ala-ala beraya tahun baru cina gitu sbb isterinya chinese muslim. Merasa gak makan kacang cornflake n seewed biscuit.


Lepas beborak sambil mengunyah2 biskut2 tu, yusri send us to kingwood inn. Ala... 1 star hotel aje. Ok gak...yg penting bersih n tilam dia kalau tido tak rasa gatal2. A family room with 1 queen bed and 1 single bed for RM95. Kira ok la tuh!... yusri siap pesan by 7.00 dia ambik we all for dinner. Kitaorg makan kat muara restaurant which is not far from our hotel. Difahamkan yg restaurant ni terkenal dgn nasi lelapannya.

Ini le hidangan nasi lelapan. Bole pilih samada nak ayam, daging or ikan dgn ulam-ulaman or sayuran with sambal belacan. Aku tak la makan nasi ni...tapi ayong n ina said sedap. For dinner aku order makanan peberet - kuewtiau goreng smoke. Actually tang smoke tu aku sendiri tambah sebab ada rasa2 smoke gitu...memenuhi citarasa aku la....Lepas tu kitaorang pegi pasar malam kat seberkas.
Then balik hotel..membersihkan diri serta merehatkan makan. Dlm pkl 9 lebih, cik tepak sms yg dia dah ada dgn wan depan hotel ajak ngeteh. Mcm biasa blogger bertemu blogger. Tak lama lepas tu other's MIRI blogger pun sampai. Sorry la ek, akak ni pelupa nama orang. Antaranya terompah biru, si cantik manis (zara rasanya), khairul n 2 other guys, mr surveyor n sorang lagi lupe la nama. Kita orang lepak sampai 12 malam. To you all guys thanks for joining me for ngeteh. Kalau guna M.A pakoh I. S. dan R.E. pakoh tu, ingat2 la orang Malaya ni ek....
Day 2 - 7 Feb 2009 (Saturday)
7.00 am dah terima mesej dari yusri ajak breakfast. Pick us up at 7.45 then bawak we all pegi ke Hole No. 9. Sepanjang perjalanan, puji melambung si yusri ttg keenakan mee rebus kat sini. Sesampainya kat situ disebabkan terlalu ramai org n no seat, yusri bawak we all ke restauran ikhwan. Cheh!....Kat situ we all pekena mee kolok, mee rebus n kuewtiau goreng. Ok la....Kat situ gak ada jual kek lapis sarawak.
Panjang la langkah we all ari ni sebab yusri bagi pinjam keta kancilnya. Our destination for today ialah explore Miri town. Tak de la besar mana pun. But for my opinion of view, MIRI town ni well planning n bersih. Location of the commercial centre is de tour out of main road. So tak le sesak sangat. Open car park sited at the centre of each commercial centre n each of them have their own name and identity. No wonder la student town planning dari Uitm Perak buat lawatan kat sini. Shopping complek ada gak.
Satu yg aku notice ada Dewan Suarah. Aku difahamkan dewan ni fully air-con n well equipped will facilities. Kenduri kawin depa buat kat sini. Miri ada perkampungan sukan dia sendiri. Dengan open n close stadium, swimming pool, pustaka, tennis court n etc under one area.
Sempat la singgah ke tamu muhibbah n kedayan. Tamu is stand for pasar. Macam-macam adaa......
Lepas tu we all ke Canada Hill. Nak tengok first oil well, i.e. the Grand Old Lady. Kat atas ni ada gak Galeri Petroleum. Mungkin sebab cuaca di MIRI yg tak menentu sebelum ni menyebabkan ada kesan2 tanah runtuh di sepanjang perjalan naik ke atas.




Kitaorang kat atas tu dalam keadaan matahari panas terik. Kira orang Malaya datang MIRI membawa matahari bersinar selama 3 hari berturut2 setelah hujan turun tidak berhenti2 selama sebulan lebih. Kuasa tuhan ek....ye la nak bagi orang Malaya menikmati panorama bandar MIRI sepenuhnya.

Banyak gak tempat yg kitaorg singgah, antaranya kedai menjual cenderamata ron reng.

Petangnya, we all ke Luak Esplanade...konon2 nak tengok matahari terbenam sambil mengunyah kacang ngan yin...tapi tak dapat sebab awan mendung.

The 3 stooges@ Luak Esplanade. Harharharharhar

Dari Luak, kitaorang ke Taman Selera di Tg Lobang. Pekena seefood di gerai No. 11.

Jemput menjamu selera

Tuesday, February 3, 2009

Trans Borneo - Miri/Brunei

Kalau tahun lepas aku ke Kota Kinabalu. Trip kali ini aku akan explore sebahagian Sarawak iaitu Miri dan sebahagian Brunei bermula dari 6hb Feb hingga ke 10hb Feb 2009.

Itenary adalah bertolak dari KL ke Miri, stay one night. Keesokkan paginya drive ke Brunei. Ronda-ronda kendian balik ke Miri or stay one night kat sana - ini subject keadaan semasa. Sebab hanya aku n ayong sahaja yg ke sana kebetulan 2 rakan lagi ada masalah tentang pasport so they have to stay in Miri. Utk menghabiskan sisa2 percutian, mungkin berlegar2 disekitar Miri dan kawasan berhampiran - ini pun subject gak.

So dikesempatan ini, sapa2 la yg terbaca entry ini dan kebetulan berada disana, jangan segan silu untuk menegur saya dan rakan2. Will stay berhadapan dengan imperial hotel. which one? agak2 jer la ek....

Well...panjang umur kita jumpa lagi...ADIOS...