Thursday, December 31, 2009

Bateq - The last nomad

Kalau orang lain sibuk memikirkan kemana, dimana dan bagaimana sambutan tahun baru 2010 yang bakal menjelma akan disambut...aku dan rakan-rakan menuju ke satu destinasi yang agak jauh dari tempat tinggal masing-masing semata-mata untuk mengenali satu masyarakat orang asli yang dikenali sebagai masyarakat Bateq @ Batek. Apa yang unik tentang masyarakat ini???. Saksikan dipenghujungnya....
Sementara itu layan dulu gambar2 ini.


Perjalanan dari Temerloh ke Bentong - Raub - Lipis - Gua Musang - Kuala Koh bermula dari jam 6.30 pagi dan mengambil masa selama 6 jam, amatlah berbaloi-baloi apabila perjalanan yang memenatkan itu sampai ke destinasinya. Masyarakat ini seperti masyarakat orang asli yang lain sering berpindah-randah @ nomad. Aku difahamkan mereka telah menetap di satu kawasan berhampiran pintu masuk ke Taman Negara Kuala Koh, Kelantan sejak 3 tahun yang lepas. Tidak ramai komuniti masyarakat ini adalah dalam 10 ke 12 buah rumah. Macam biasa bentuk rumah mereka adalah dibuat dari buluh dan dibaluti dengan daun nipah. Mengenali masyarakat ini selama 3 jam disana memberi gambaran betapa simplenya hidup mereka. Tiada kemudahan asas seperti api dan air bersih. Pakaian.....korang mesti ingat mereka ini berbogel bukan???? Ini alaf baru la....of course le mereka ini berpakaian. Tapi diorang tak kenal le jenama Guess, Billabong, DKNY, etc...pakaian adalah terdiri dari yang disedekahkan oleh mereka2 yang prihatin tentang masyarakat ini. Tapi..ada kanak2 yang lebih selesa berbogel ke sana ke mari...well lumrah anak2.
Kaum bateq ini menganut agama Islam. Syabas diucapkan kepada pihak Jakim kerana telah menempatkan seorang sukarelawan untuk tinggal bersama-sama masyarakat ini. Mengenali sukarelawan yang muda belia berusia 22 tahun itu memberi satu suntikan semangat, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh pihak2 berwajib amnya dan pihak kami khasnya di dalam membantu masyarakt ini mendalami ilmu agama Islam dengan lebih berkesan lagi selain dari kemudahan asas bagi mengelakkan mereka berpindah randah sekali lagi dan hilang terus dari peta kehidupan masyarakat Malaysia. Payah dan perit bukan??? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Lihatlah wajah anak2 ini. Sepatutnya didalam usia sebegini mereka mengenali alam persekolahan. Bukan berlari-lari atau bermain-main di kawasan halaman rumah dengan berkaki ayam tanpa memikirkan apakah anak2 ini dapat merubah nasib masyarakat bateq akan datang.
Ada yang dihantar ke sekolah tetapi mungkin kerana tekanan yang diberikan oleh masyarakat di luar sana menyebabkan mereka lari balik ke penempatan asal.
Tak bolehkah? Kalau kita sediakan satu bangunan yang boleh menempatkan tadika atau surau. Tak perlu bangunan batu yang menelan belanja beratus ribu, cukuplah satu struktur yang sedikit kukuh untuk membolehkan kanak-kanak ini mengenali ABC, 123 serta alif ba tha.....
Tidak adakah, orang2 yang prihatin menghantar buku2 cerita kepada anak2 ini. Kalau kita mampu membeli PSP, Nintendo, LCD tv, computer...tak boleh kah kita membeli untuk mereka2 ini??????





Lihat!!!!!..anak2 ini berkerumun bila ditunjukkan sesuatu yang tidak pernah mereka lihat atau nampak seperti laptop atau apa sahaja. Cuma aku mengharapkan mereka ini tidak akan terlalu terpengaruh dengan sesuatu yang akan memudaratkan mereka. They are soooo...naive.



Tiada bilik mandi yang dilengkapi dengan bath tab, jacuzzi canggih, ala-ala resort style dengan batu-batuan. Cukup satu kolong yang dapat menampung dan membentuk kali dari sumber mata air. Disinilah mereka mandi, membasuh dan mendapatkan sumber air bersih.

Rumahku syurgaku.


Masyarakat bateq yang tertua. Seorang nenek tua yang sentiasa tersenyum menyambut kedatangan tetamu luar yang berkunjung kesini.

Their accessories



Nenek tua bertukar menjadi muslimah sejati
^
^
^
^




Unik tentang kaum Bateq ini adalah corak yang terbentuk di kulit mereka.
Untuk gambar yang lebih menarik tentang masyarakat ini layari lah
Happy New Year 2010

Tuesday, December 22, 2009

Pisang Kaki

Korang pernah tak makan bendallah kat bawah ni. Nampak macam tomato kan? Sebenarnya ia adalah sejenis buah-buahan. Pisang Kaki namanya. Macam mana la di namakan sedemikian rupa. Nak kata rupa pisang tak macam pisang pun. Pisang lonjong yang ni bulat. Nak kata kaki tak ader rupa gak...
Well...apa pun namanya, sedap gila buah ni terutama bila terover masak. Kenapa? Sebab korang bole peel off kulit dia sket then sedut...Pheh..kaw..kaw..kaw..wa cakap lu.




Tuesday, December 8, 2009

Tengkujuh di Cherating

Kebetulan cuti sekolah, mak dan abah telah membawa ketiga-tiga orang anak saudara aku ke Temerloh, beralih angin. Setelah seminggu berada di Temerloh, mereka menuntut janji dari aku untuk membawa ke tempat2 rekreasi disekitar Pahang. Perancangan asal adalah ke Kuala Gandah, Lancang melihat pusat pemuliharaan gajah. Tetapi memandangkan hujan melanda Temerloh 3 hari berturut2, so aku risau jika jalan ke Kuala Gandah akan ditenggelami air lagipun aku tak pernah ke sana, sooo...aku tak pasti tentang jalan2 disitu.
Jadi aku membuat keputusan untuk ke kawasan pantai walaupun aku tahu sekarang ini musim tengkujuh, aku rasa ini la masa terbaik untuk ke situ sebab hari tak panas....hehehehehe...aku suka laut tapi tang sunburn tu yang tak tahan...maklumlah kulitku kan ke gelap gelita....dah la tahun lepas ke Redang....balik2 bera semacam....
Destinasi pilihan adalah ke CHERATING. So..aku pun melayari internet mencari2 tempat penginapan yang sesuai...maklumlah cuti sekolah...sure fully booked...rate pulak kebanyakkan ada surcharge sebab...cuti sekolahhhh....ek eleh...ambik kesempatan betul pengusaha-pengusaha hotel dan resort....
Aku ada terbaca di setengah2 blog pasal Pak Itam's Inn (di Sungai Ular), fully booked lak...nak booked kat Legend or Impiana...mak aii....deluxe room..sampai 3 rat lebih..iskh..isk..tak berbaloi betul...cari punya cari aku terjumpa la blog Cherating Bayview Resort dekat2 area Kg Cherating Lama dan tak jauh dari Club Med. Nampak macam nice place...harga pun ok gak...RM120 utk chalet with aircond tapi ngadap poolside la...sebab seaview dah penuh. Aku pun terus call n bank in deposit.
So...kami pun bertolak la hari Sabtu. Jumaat hujan lebat dari pagi hingga ke malam membawa keesokan harinya. Aku dah risau...hopefully jalan ke Cherating tak banjir la...Aku tawakal ajer la...deposit dah bayar..tak kan tak jadi pegi..Ahhhhh..redah ajer la...
Sepanjang perjalanan hujan...sampai Cherating pun hujan. For information, Cherating Bayview Resort located at the end of the road, kena lalu tepi perkuburan islam untuk sampai ke sini. Spooky gak rasa, tak reti2 ker kalau lalu tepi kubur..bagi salam ajer la dan sedekah al-fatihah untuk arwah2. Alhamdullilah, hujan berhenti masa sampai kat sini cuma rintik2 ajer. Macam biasa check-in. Aku amik 2 chalet..sebab tuan punya resort kata tak muat kalau ambik satu sebab kami ramai. Ramai ker...3 dewasa dan 3 kanak2. Aku follow jer la..ye la aku takut tak muat sebab anak2 sedara aku besar2 belaka..lagipun aku mesti nak bagi mak dan abah selesa. Tak kan nak tido berhimpit2.
Bila dapat ajer kunci...dan bukak ajer pintu chalet......speechless beb!!! Kenapa???...nanti korang tengok la gambar...Actually tempat ni nice place...pantai dia cantik...bersih...stunning..memang jatuh cinta la...korang layan la dulu gambar tepi pantai ni ek...







Siap bole main teng-teng gitu.



Siap ada tetamu istimewa...sekumpulan monyet yang begitu girang berlari-larian dan berlompat-lompatan mencari makanan dengan menyelongkar tong2 sampah.


Ada swimming pool. Just nice.


This is the chalet.

Pandangan sisi

Inside.
Hmmmm....the management had to do something
Actually, nice place..tapi macam tak berjaga...
Kalau mandi..basah lantai sebab lapik dengan tikar getah...
Kalau pegi sini kena standby ubat nyamuk...nyamuk banyak
sebab belakang chalet ni hutan dan banyak kawasan air bertakung

Masa mandi2 kat kolam renang...ada la 2 3 orang guest siap panggil anak2 depa suruh kemas2. Aku tanya nak p mana...diaorang cakap nak check out nak cari tempat lain.......Oucchhhh...aku nak ingat nak stay lagi satu malam tapi mak cakap tak payah....balik ajer ke temerloh. Alaaaaa...aku tau mak kecewa sebab dia tak dapat ke laut...walaupun resort ni mmg ngadap laut tapi chalet kami jauh ke belakang...well dalam 800 metres dengan condition mak yang tak boleh jalan sangat dan keadaan muka bumi agak tak friendly user...so aku decide to check out gak...
Dalam masa yang sama, kawan aku cakap kat Holiday Villa ada promotion. Superior room RM160 nett. Deluxe room RM180 nett. Aku cakap aku tak sure....tengok condition and mood ahli majlis..hehehehehe...
Lepas makan....aku pun approach mak dan abah. Aku cakap kita stay la lagi satu malam...lagipun cuaca cantik...panas...Ahli majlis setuju, so terus ajer la walk in......Hasilnya...................

This is our room. Selesa.....sesangat.
Big enough, Bole muat 3 dewasa dan 3 kanak2
Aku amik extra bed...actually sofa bed tepi tu diaorang punya extra bed.
Tengok tu, dengan abang ngah yang tak sabar2 nak mandi kat pool.

The building. Ground floor penuh..kitaorang duduk 1st floor

The Holiday Villa compound. Nice place

Mak bole lepak2 kat sini menyedut angin laut.












Ini baru dikatakan BERCUTI....
ABISSSSS>>>>>>>>>

Tuesday, November 17, 2009

Sessi tengok wayang

Malam sabtu baru-baru ni, member baik aku ajak tengok wayang, cerita 2012. Aku no hal punya. Lagipun lama gak tak tengok wayang. Sebenarnya dia dah inform aku seminggu sebelum. Cuma aku tak confirm lagi, maklumlah jauh diperantauan..wakaka.....
So, tepat jam 9.15 mlm bergerak la ke Pavillion. Selain dari aku dgn member aku serta anak dia, in total ada 11 orang yang joint tengok wayang malam tu. Macam biasa terus ke GSC. Korang jangan tak percaya, punyalah member aku murah hati belanja tiket malam tu yang reganya...jeng..jeng..jeng....

















RM50 hinggit.
Kalau 11 orang = RM550.
Peh!!!...semoga rakan aku ni dimurahkan rezeki selalu.
Boleh belanja we all lagi, tengok wayang. Harharharhar
Siap ada gold lounge, tempat lepak, bole order minuman dan makanan.
Kerusi usah cakap la...empuk gila..siap bole tido baring.....
Screen mcm biasa besar.
Apa yang penting tak ramai orang, bawah 100 orang aje.
Ini yang kalau la ada rumah besar...mau aku masukkan panggung wayang sekali
Sapa2 kawan2 yang nak tengok wayang tak payah p panggung
P rumah aku ajer...tapi..
aku charge la sorang 20 hinggit ker
nak cover duit elektrik....
harharharhar
masa tu kalau aku dah kaya la
la ni tengah kumpul duit lagi...
hehehehehehehe

Sunday, November 8, 2009

Banjir datang lagi

Dekat 3 bulan, baru hari ini aku berkesempatan ke Pasar pagi ahad di tepi Sungai Pahang yg famous di Temerloh. Panjang gak tapi aku malas nak jalan. Even nak ambik gambar pun tahap malass....entah kenapa...adakah itu tanda-tanda awal aku mula mengucapkan selamat tinggal kepada sesuatu tempat....atau dalam kotak fikiran menyatakan..ah! punya banyak waktu lagi..lagipun aku kerja kat sini..kalau tak balik KL weekend pegi ajer la sini..wallahualam....

Sepanjang-panjang pasar pagi tu aku suka area2 sini. Dekat2 esplanade. Aku rasa lebih ASLI barangan jualannya. Compare yang menghala ke stadium. Kat sini aku boleh tengok macam2 ikan sungai; Kelah, toman, baung, lawang, udang galah, ikan pekasam, ikan salai. Sayur2 kampung ; petai, jering, geduak, pucuk ubi, pucuk paku, maman, - yang pelik2 tapi aku tak tau nama sebab aku perasan aku konon2 budak bandar. Harharharhar....Hey! kat sini aku jumpa buah ciku (peberet aku), sepiring RM2 ajer (7 biji besar2).
Penjajanya makcik-makcik dan pakcik-pakcik. So frendly...walaupun aku tak paham telo bahasa makcik2 ni...aku main angguk ajer la.....



Korang mesti ingat tajuk kat atas "banjir datang lagi - tapi mana banjirnya". Cuba korang tengok gambar2 bawah ni, rasa-rasa air sungai Pahang tu paras selamat, berjaga-jaga atau tahap merbahaya????.




Kalau jeti tu boleh tenggelam dan kalau hujan tak berhenti2 di Kuala Tembeling, mau melimpah sungai Pahang, kata koiii......

Dashing Hongkong - Part 2


Ha!!..ni la hotel yg kitaorang stay. So convienience. Dekat dgn Jordon station (selang 3 kedai ajer), depan pusat membeli-belah...
Ok..tips...arr...kalau kita ni orang Malaysia yg taksub (best word kut) mencari makanan yang mengenyangkan dan of course Halalan Toiyiban, cari la kawasan yang ada masjid. First thing we should do, beli map okay. Kat hotel tu berlambak map utk tourist..pilih jer salah satu...free lagi..
Kitaorang ni punya la mamai lagi..especially aku yg dah terbiasa sarapan pukul 7.30 pagi, lagi parah bila kitaorang tak bawak stok maggi atau roti dari malaysia...kebetulan pulak malam tadi aku nampak masjid dan aku pasti along Nathan road, so kitaorang naik teksi ke situ...Guess what..kitaorang kena HK25 walhal masjid tu jarak dalam 1km dari hotel kami. (mengah gak kalau nak jalan kaki)..dan sebenarnya boleh naik MTR. Dari Jordon station ke Tsim Sha Tsui station RM2.50 ajer. Hampeh betul.

Aku tak pasti la ni bangunan apa..Kowloon Hotel atau government building. Kurang periksa lak.

Kucing ni nama O'nell, gemuk gila...jumpa dalam kedai masa D beli snikers.


Ni la sarapan we all. Nasi arab dengan kari daging, shish kebab ayam, shish kambing..
Total semua HK160 termasuk air.
Lepas makan we all decide nak ke Hongkong Disneyland. Kat sini tak payah naik teksi..Naik MTR so convienience...Dari Tsim Sha Shui station transit kat Lai King station then tukar train ke Sunny bay station baru naik train ke Disneyland. Pertukaran dari stesen ke stesen serta transit tak perlu turun naik atau seberang jalan macam kita naik LRT kat Malaysia. Within door step. Buka pintu ajer terus langkah dah boleh naik tren berikutnya. Semua within floor level. Cuma mula2 kena tengok la route dulu...

Hongkong disneyland. Fee HK35o seorang (dlm Rm160 seorang)





Rumah Tarzan

Small world town








Kalau tak hujan sure fun. Tapi ari tu hujan turun dengan selebat-lebatnya. Tapi from my point of view...kecik ajer...1 hari bole explore abis....