Monday, November 24, 2008

Chocolate cake championship -2nd

Date : 22nd November 2008
Venue : Great Eastern Mall, Jalan Ampang

Aku dapat jemputan dari seorang sahabat untuk meraikan birthday party kecil-kecilan anak dia kat sini. Majlis start pukul 5.45 pm. Sementara tunggu majlis bermula, aku minggle around kat ruang legar sbb ada competation chocolate cake amongs hotels within kuala lumpur sedang berlangsung. Championship even ni adalah untuk charity dimana artist-artist malaysia turut ambil bahagian. Biasa la kan...orang2 kita kan ker suka attend kalau ader artist!!!!!..kira ok la tu...at least kek2 yang dijual oleh artist2 ni sold out dan sekaligus dapat mengutip derma untuk rumah2 terpilih. Per slice is RM15/-.
Hmmmm...kebanyakkan hotel adalah bertaraf 5 bintang. Selain dari the best chocolate cake award ader juga the best presentable chococlate cake. Kalau tak silap aku la.....







Kek dari Berjaya Hotel ni ader menang award ari tu






Birthday party was held at Chitralada Restaurant @ 3rd floor

Ruang dalaman restaurant




Sementara tunggu majlis bermula aku n anak sahabat aku tu terlalu lapar sangat
so both of us order this....
tapi tak sempat nak habiskan sebab tetamu dah datang
The sweet 17 and her friends

Chocolate cake yg menang one of the award.
As a result aku kena migrane keesokkan harinya coz the chocolate is so RICH...

Kerastangan

Musim-musim cuti sekolah ni banyak la kita dapat jemputan kenduri kahwin ek....kadang-kadang sehari sampai 3 5 jemputan. Orang kata kalau ader yang menjemput harus datang kan...tapi kalau dah nun jauh ke utara, selatan atau timur, rasanya lebih afdal kalau kita menghadirkan diri ke majlis yang terdekat dengan kawasan rumah kita kan...
Maklumlah kalau ke belah2 pantai timur, musim hujan2 ni...biasa la kan...BANJIR...oleh itu hati2 la untuk semua ek...
Kali ini aku tak nak cerita pasal kenduri kawin. Korang pun muak tengok asyik2 muka pengantin, mak pengantin, bapak pengantin, adik beradik pengantin, sedara mara pengantin, kawan-kawan pengantin, pelamin pengantin, rumah pengantin, bla..bla..bla..bla...Kali ini aku nak tunjukkan hasil kerastangan yang pada aku nampak simple n murah (tambah-tambah musim gawat ni kan...)

Bekas telur, potpuri dan duit siling (utk penanggah)

Bekas telur ayam yang dibentuk seperti seekor ayam betina
manakala siling 20 sen dibentuk jadi buah anggur

Si ibu ayam pandangan sisi

Ibu ayam pandangan depan.
Pada aku unik dan murah sebab guna bekas kertas minuman ajer

Monday, November 17, 2008

Charity Drive 2 - Institut Taufiq Islami

Date : 16/11/2008
Venue : Institut Taufiq Islami, Jalan Kebun, Kelang, Selangor Darul Ehsan

Alhamdulillah, tahun ini aku dapat menunaikan aktiviti charity drive ke rumah anak2 yatim terpilih buat kali ke -2. Kali pertama semasa bulan puasa baru2 ni melalui kelab B6B8 killerbees. Kali ini melalui aktiviti yang dianjurkan oleh cik snowpeace aka wawa bersama2 rakan2 sephotopagesnya. Memandangkan aku dan cik snowpeace pernah satu opis dulu, so dia ajak la aku joint sekali.

Mungkin ni anjuran pertama kali oleh cik organizer kita, kami terpaksa memulakan majlis tanpa cik organizer sebab cik organizer kena jadi Fedex, AbX, Citilink dan Skynet merangkap courier service yg baru ajer ditubuhkan semata2 utk charity drive ni (cik organizer kena buat collection cup cake, baju, tudung dan makanan dari penderma2 yg lain...sian cik organizer kita...sampai kat sini, masa adik2 tu tengah menjamu selera)


Ni la sebahagian rakan2 cik organizer yg baru aku kenal. Kitaorang tak tau rumah anak yatim tu kat mana, so si Sue merangkap secretary cik organizer jadi group leader.

Kita orang sampai kat Institut Taufiq Islami Jalan Kebun sekitar jam 11.00 tengahari. Berbanding charity drive yg aku attend dulu, kali ini selain dari sumbangan wang ringgit (collection by cik organizer), kalau tak salah berjumlah lebih dari RM1,000, makanan yg telah disediakan oleh rakan se-fp, seperti mihun goreng, spagetti goreng (ni menu wajib dari aku), nugget, segala macam jenis kek, buah-buahan, air, biskut dan macam2 la lagi turut di bawa bersama.

Institut ni telah berdaftar dengan JAIS dan MAIS. Terletak di atas tapak seluas suku ekar atas tanah yang diwakafkan oleh tuan tanah. Institut ini menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Kebanyakkan pelajar adalah terdiri anak2 mualaf, termasuk anak2 yatim, fakir miskin, anak2 terbiar dan anak2 dari negara jiran seperti Kemboja dan Thailand. Pelajar2 ini diajar tahfiz Al-Quran, dimana tempoh pembelajaran adalah selama 3 tahun sebelum di hantar ke peringkat yang lebih tinggi. Pembelajaran akedemik ada juga diberikan. Jumlah pelajar adalah lebih kurang 70 orang dan tidak termasuk anak2 dari penduduk sekitar. Jika di campur adalah lebih kurang 100 orang. Tiada sumbangan tetap cuma mengharap sumbangan dari orang perseorangan atau syarikat. Untuk anak2 mualaf, mereka merupakan anak angkat MAIS, maka secara automatik mereka akan menerima RM300 sebulan. Duit belanja adalah hanya untuk yuran dan tempat tinggal tidak termasuk makanan serta pakaian. Memang pihak institut mengenakan yuran tetapi memandangkan hampir keseluruhan pelajar2 adalah anak2 miskin dan yatim, yuran yang dikenakan adalah mengikut kemampuan penjaga pelajar2 ini. In directly, wakil institut ni memang mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari orang ramai bagi menampung kos2 makanan serta belanja2 terbabit bagi menguruskan institut ini.

Adik2 berkumpul di bangunan surau baru hasil dari sumbangan satu syarikat swasta. Ustaz tu cakap, bila di tanya kos berapa..mereka cuma cakap...bila dah siap...gunakan lah ajer....sigh..

Ni la salah seorang tenaga pengajar. Ustaz apa nama ntah...lupa lak nak tanya...sorry ek ustaz

Selepas sessi berkenalan, adik2 ni beratur utk sessi menjamu selera lak. Sumbangan makanan adalah dari pihak kami. Sian adik2 ni beratur tengah panas untuk masuk ke dalam dewan makan.

Ni la sebahagian makanan yg kami bawa...ada banyak lagi...cik snowpeace kita masa ni tengah on the way...sabar ek adik2 semua....

Tergambar kegembiraaan di wajah setiap adik2 ni, maklumlah menurut kata petugas di sini jarang mereka dapat merasa masakan yang di bawa oleh pelawat. Waktu bulan puasa memang la sentiasa dapat jemputan, tetapi biasanya akhir tahun dan awal tahun amat kurang sumbangan dari orang ramai...alahai...siannya adik2 ni semua.

Cup cake yang comel lote ni sekejap ajer sold out...seronok betul adik2 kat institut ni. Seperti yang diberi tahu, mereka jarang dapat makanan seumpama ini....
Ni lagi cup cake version lain lak, hasil sumbangan kak misliha...aku p amik kat rumah dia masa on the way nak ke sini.

Selain dari makanan, adik2 ini juga ada menerima sumbangan berupa pakaian dan buku2 sekolah. Murah rezeki adik2 ni semua.....alhamdulillah....
Selepas sessi makan2, sessi bergambar lak....

Aksi2 jurugambar tak bertauliah kami....hati2 arrrrr......

Ni la wajah2 penghuni Institut Taufiq Islami termasuk rakan se-fp.
Say...chesssszzzz......

Madagascar 2

Date : 15/11/2008
Venue : TGV KLCC

Pagi tu dengan rasa kepala yg masih lagi berdenyut2 akibat dari sindrom migrane yg menyerang sejak semalam secara tiba2, aku gagahkan juga bangun untuk memenuhi tuntutan 2 orang anak sedara aku yg sudah sedia tercongok kat rumah aku, pepagi buta.

Siap cakap, "Angah dah janji rabu ari tu nak bawak kita orang jalan2 ari ni kan!". "Kita nak p mana ngah?, zoo or tengok wayang".

Tengok cuaca kat luar hujan renyai. Kalau p zoo sure basah dan lecak, so aku ambik keputusan p KLCC, tengok wayang jer la...

Aku tengok first show, sebab budak2 ni bawah umur 12 tahun kira tiket RM20 ajer la bagi 3 orang. Sebab show 11.30 am dan masa tu baru 10.45am, abang ngah buat suggestion. Dia haus..eh! bukan tadi dah sarapan kat rumah opah apa!..."itu tadi...sekarang lapar balik"...kuat makan betul budak ni..iskh..iskh..iskh...

Ni la 2 orang anak sedara aku yg tembam dan tembum...macam mak sedara dia daaa....


Breakfast McD ajer la sementara tunggu show bermula.

Madagascar 2, pada aku tak se-best Madagascar sequel pertama. Kenapa?..mula2 lagi jalan cerita macam ader boring2 sket...then bila start depa buat kapal terbang ok la...then macam boring n lembab sket...then macam best sket...then lembab...then...best sket. Pada aku la...pada orang lain...terpulang....

Friday, November 14, 2008

Pening! Pening! Pening!

Adussss!, tetiba ajer aku rasa pening...tapi sempat lg update blog...cheh!...

Tak tau pasal apa, aku nampak benda2 kat dalam opis ni...bertompok-tompok..macam berpinau jer aku rasa...tak kan majerin melanda kut...(opppsss...migrane...lama dah tak kena ni...). Mungkin sebab benda2 kat bawah ni kut...


1. Boss suruh selak2, sebab client nak NLA (net lettable area)..kasi paham sket... Aku rasa tak de kena mengena dgn majerin coz nak khatam setakat berapa pages ni..kacang jer...(cheh! berlagak betul aku)

2. Pelan bangunan ni ke? Tak gak..sbb pelan ni biasa2 ajer tak de la komplekated sangat....

3. Pelan2 yg bergulung tu aku dah photostat jadi A4 size. Tak effect apa2 pun...
Yg bergulung2 tu memang la senang calculate NLA(measurement senang nampak)..tp tak kan nak bawak balik rumah..esok sabtu, aku macam terlepas cakap kat 2 orang anak sedara aku yg aku mungkin..MUNGKIN bawak depa tengok MADAGASCAR 2 or p ZOO NEGARA (sbb utk budak2 bawah 12 tahun ke bawah free entry, ING sponsor 4,500 tiket, utk org dewasa kena bayar la.). AHAD lak aku ada charity drive, si snowpeace a.k.a wawa organized charity utk anak yatim kat kelang (bg moral sapport utk kawan2 maaaa...). Bila masa lak aku nak calculate NLA tu....
4. Td masa on the way balik ke opis, aku singgah kat R & R...haus sangat, aku order Strawberry Shake McD (pheh!..sedap tu)...then rasa macam lapar aku singgah kat food stall kat opis pekena kuetiaw kantonis (aku rasa macam masin or mungkin si tukang masak terlebih bubuh pak aji... so aku makan suku jer...then aku tapau kentang goreng dipotong nipis bersambal)
5. Sekarang, aku rasa lega sket....aku chow la...heheheheheh...perut rasa lapar lak...

PKGR

Salam semua,

Tajuk entry kali ini tak ade kena mengena dgn pertubuhan politik atau nama persatuan kemas atau seangkatan dgnnya ek. Nama penuh nanti korang tengok la sampai abis k...

Macam biasa kerja valuer macam aku ni, selain dari inspect subject property, surrounding development pun terinspect la sekali. Kali ni aku inspect bonded warehouse. (bonded tu warehouse yg dibawah pengawasan kastam ye, anak2 murid sekalian). Sometimes bonded warehouse furnish with cold room and chiller room, terutama yg melibatkan raw item (barang sejuk beku or bahan mentah @ barang yg kena simpan dalam suhu yg sejuk). Suhu cold room kadang boleh cecah -18'C atau kurang lagi. Sojukkkkk....(nasib baik la kejap je...kalau lama mau kecut aku kat sini...harhahrhahrharharhar...)

Lepas abis tugasan, konon2 nak singgah makan kat ada satu medan selera dekat2 tempat ni, tapi rasa macam segan sbb aku sorang ajer. Kalau ada geng ok gak. Aku dah siap parking tapi aku ambil keputusan utk berlapar dan singgah makan (kalau masih rasa lapar la) kat tempat yg aku familiar (mcm ngada2 betul ek...ye la..bukan boleh makan sebarang tempat maaa...). Sementara tu aku pusing2 la area2 kat sini.



Ada la tulis "halalan toiyiban", tapi sapa2 yg pernah p sini boleh la komen ek...sebab dalam 200 meter dari restoran ni aku ada nampak another places yg dipanggil muara (yg ni aku pernah makan seafood kat sini, tapi dolu2 la... ada la lebih kurang 7 tahun lepas)



Bahtera ni (no..no...no..tak sesuai coz bahtera utk kapal yg besar amat..). Kapal ni menunggu tsunami melanda, baru boleh belayar kut...nauzubilah..cabul betul mulut aku...maaf ye..harap maklum kapal ini sekadar utk hiasan aje k...


PKGR - stand for Pelabuhan Klang Golf Resort. Harharhahrharharharh....
p/s : Dalam waktu panggilan utk solat jumaat berkumandang di corong radio, masih ada lagi manusia yg buat tak tau...siap dating dan ada kes2 kereta rosak kat sini...emmmmm....

Monday, November 10, 2008

Suria Tropika

Date : 8/11/2008
Venue : Suria Tropika, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Apa punya malang nasib, perancangan awal aku nak buat site visit on Friday 7/11/2008 setelah 2 3 kali tertunda. Tetapi disebabkan ada banyak perkara yang berbangkit dan perkara2 yg pada hemat aku (look's like i'm a bidan terjun), iskhhhh...payah nak cerita kat sini. So...terpaksalah aku buat inspection pada hari Sabtu.

Located fronting onto South-Klang Valley Expressway (SKVE), towards Serdang bound, next to MARDI (latest MAHA depa buat dekat2 sini), before exit to Putrajaya. Site ni overlook Stesen Janakuasa TNB, kira on higher ground. Kalau travel dari Puchong, after last toll of the LDP dalam 2 km, take susur kiri ke Kajang/Serdang. Dalam 400 metres, jumpa la site ni.
Developer : Equinetech Plus Sdn Bhd

Consist of 256 units of 2/s terrace house, 18 units of 3-storey shopoffice and commercial land. At this moment Phase 1 for intermediate unit dah sold out, tinggal 6 corner unit. Phase 2 open for sale but only 48 unit sahaja instead of 112 units.

Price : Intermediate unit- Phase 2 (22' x 70') = RM299,800 before bumi discount.
Corner unit for Phase 1 (2,691 sq. feet) = RM410k (after discount)
Shopoffice : RM748k.
Design : Ok la...spacious gak utk living area sbb tangga design kat belakang sket.
Facing: North and South. Kira matahari naik dan terbenam di kiri dan kanan rumah. Tak panas la sangat.

Now, this site is under site clearing and levelling work. Site ni bounded by dedicated highway to Putrajaya on northern boundary, TNB transmission line on western boundary and SKVE on southern boundary

Alang Sendayu

Date : 9/11/2008
Venue : Batu 12 3/4 Jalan Gombak-Bentong
Sebenarnya, tiada perancangan...cuma tak tau nak buat apa weekend ni, so..aku dan beberapa rakan seopis buat outing tergempar ke Batu 12 3/4 Jalan Gombak - Bentong. Kita orang berkelah sambil mandi-manda. Sebelum tu reunite kat Masjid Simpang 3 Jalan Gombak.

Al-fatihah untuk pengasas masjid ni.


Ni la Masjid Simpang 3 selepas diubah suai.

Kitaorang lepak2 kat sini


Adik ni dalam terketar2 kesejukan, masih memberikan pose istimewa

Apa kebenda la si bujang ni tengah buat

Dua adik kecil memberikan pose istimewa bersama batu sungai berbentuk love


Adik2 kecil yg mengikuti kursus motivasi jaya diri. Wajah2 kegirangan dalam keadaan basah kuyup selepas aktiviti meredah sungai. Teringat zaman sekolah2 dulu.