Friday, August 8, 2008

Journey to Kota Kinabalu - Part 2

Day 2 (4/8/2008)

Masa ni pukul 6.30 pagi.

Subuh di KK adalah sekitar 4.51 pagi. Kira pukul 6 pagi dah terang benderang. Kalau sembahyang kira subuh gajah gitu.

Pagi ni kami bercadang untuk melawat ke kawasan gunung kinabalu yg terletak lebih kurang 80km east of Kota Kinabalu town. Gunung Kinabalu adalah setinggi 4,095.2m dari aras laut. Kami chartered teksi sama yg bawak kami dari airport. Masa check-in fzy dok chit chat dgn travel agency kat hotel tu. Kalau tour package ke Gunung Kinabalu shj RM148 sorang. Kalau termasuk dgn Porin Hot Spring RM178 sorang. Naik bas atau sewa kereta, macam tak berbaloi n payah jer, tu yg decide chartered teksi. Charge RM350 utk sehari suntuk. Jam 8 pagi, si pemandu teksi Mr. Fadilah sudah sedia menunggu kami di lobby.

Kira ok la mamat ni....macam tourist guide gitu, mungkin sebab yg dibawa tu, sorang valuer, 2 org lg keja dgn contractor jalan....soalan2 kami lebih berkisar tentang pembangunan di sekitar KK. Mr. Fadillah bawak kami jalan menyusur pantai, lalu la tempat2 seperti Yayasan Sabah, 1Borneo, Mini Putrajaya, Universiti Malaysia Sabah, etc....

Sepanjang perjalanan banyak sightseeing yg sejuk mata memandang. I'm impresed. kami ditunjukkan jalan2 menuju kekampung halaman pelajar2 AF seperti Felix, Lotter, Linda n Marsha. Ini semua si Fadilah la yg bercerita...orang tak tanya dia sibuk bg tau. Ok la tuh....kurang2 tau la kat mana terletaknya tempat2 tersebut.
Kami singgah di Pekan Nabalu, sekadar mencuci mata melihat barangan kraftangan yg dijual disini. Ada la beli barang kraftangan sket2.

Puncak Gunung Kinabalu di pertengahan jalan sebelum Pekan Nabalu.

Pekan Nabalu kraftangan centre


Menikmati nenas 'fresh' n manis di Pekan Nabalu. RM2 jer sebiji. Berkaca mata hitam tu la our tourist guide Mr. Fadilah.
Sepanjang perjalanan, signboard gereja jer yg kami nampak. Surau? waullahualam....Masa perjalanan adalah lebih kurang dekat2 sejam lebih gak walaupun jaraknye cuma 80 km. Abih jalan panjat gunung gitu dan banyak destinasi persinggahan. Ayat baru yg kami belajar , "Sengsara dan haru biru gitu". Mr. fadillah bg suggestion supaya kami terus ke Kundasang. Di situ kebanyakan penduduk adalah beragama Islam lgpun Kundasang terkenal dgn suasana persekitaran yg sejuk dan penuh dgn tanaman sayur2an...ala2 cameron highland gitu. Sebelum sampai Pekan Kundasang wujud banyak chalet2 kebanyakkan disewa oleh pendaki2.
Pekan Kundasang terletak 10km dari simpang ke Gunung Kinabalu. Hanya sebuah pekan kecil....Kami singgah ke Tugu Memorial POW (Prisoner of War) tentera Australia. Sebenarnya...ayong n ina cakap dgn boss diaorg yg mereka bercuti ke Perth, so tak der la sapa2 dari ofis yang call. Sebaliknya fzy menerima call yg bertalu2, gua kan ker cuti but still....hai....soalan stended...."we know u on leave...but few thing to clarified...", benda2 mcm ni fzy mmg dah biasa....konon2 mcm org penting giler kat opis n certain client tu...harharharhar.... Sampai kena tegur dgn si Fadilah...sibok gitu kamu katanya.....

Tiket masuk RM2 bagi orang Malaysia. RM10 utk warganegara asing. Berbalik kepada memorial park ni kira boleh jadi proof yg ayong n ina bercuti ke Perth...ada gambar bendera Australia maaaa..... Dari atas memorial ni puncak gunung kinabalu lg nampak jelas. According to Fadilah, kira ari ni nasib kami baik...sebab cuaca terang benderang. Memang...nampak jelas sesangat puncak gunung dari situ.
Tag POW

Kat belakang tu kan ker nampak jelas bendera Australia.


Puncak Gunung Kinabalu.

Pekan sayur Kundasang


Kat area2 Sabah famous dgn "kepak madu bakar".
Kami ingat nak ke Porin Hot Spring tp jarak dalam 39km lg. Macam malas jer...so kitaorg patah balik ker Gunung Kinabalu. Ada sesuatu yg terjadi disini....aper dia.....
to be continue.....

No comments: