Friday, January 5, 2024

Site visit - Ipoh

Assalammualaikum,

23.12.2023 - ke Ipoh...ada site visit Silibin Industrial Park. Hari tu tol free..cuma dari KL ke situ ambik masa lama sikit...dekat 4 jam lebih. Yea la..berhenti sarapan, dhuha, jem kat trafik light..owh..teman ikut jalan lama..malas bersesak dengan orang yang balik kampung di lebuhraya.

Kami singgah di masjid ini, Masjid Ar-Rahman..sebelum Lawan Kuda. Comel dan menenangkan..bilik air wangi gila...











Selepas site visit, otw balik KL kami singgah makan tengahari di sini. Kalau dari Simpang Pulai sebelum pekan Gopeng. Restaurant Tasik Raban. 




Coconut shake dengan air kelapa..piorrr..bak kata orang Perak.





Wednesday, January 3, 2024

Kepulanganmu Ku Tunggu

Assalammualaikum,

Pukul 5.30 pagi hantar ke KLIA. Rindu kampung halaman katanya...hari ni genap 4 tahun tak balik kampung.



Dapat upah kopi.


AG jer sarapan..kita tengok jer..sebab program diet masih ons....


Tuesday, December 26, 2023

Restaurant Khan Jee @ Chowkit

Assalammualaikum,

Program diet selama 3 bulan telah berakhir pada 23/12/2023.

So teman continue dengan program untuk tahun depan. Berat ideal tak capai lagi. So dalam tempoh 8 hari sampai 31hb adalah untuk menikmati makanan yang teman teringin nak makan. Hahahahaha..(gelak besar)...Abis la kena marah dengan coach..sure berat naik 4 ke 5 kilo...

Koa tak stress ke? Penat2 diet tak jaga pemakanan. Rilek la..bak kata coach..kena seimbangkan..supaya berat tak capai plateau (statik)..pokok pangkal kena jujur dengan diri sendiri...hahahahaha..nak cover line la tuuu..Maksud teman adalah..seandainya teman pulun makan dalam tempoh 2 hari..hari ketiga sampai hari ke 8, diet la...ilmu dah dapat kan sebelum ni..pilih jer meal placement yang dirasakan sesuai. Senaman jangan lupa.

So untuk alumni next year, program lagi ketat...owhh..harap2 teman istiqomah..

Ok lupakan pasal diet. Teman ni dah lama teringin masakan Pakistan. Chapli Kebab. So ke chowkit..terjah ke restaurant Khan Jee. Dekat jer dengan stesen monorail Chow Kit. Berhadapan dengan Shell. Sebelah RHB Bank.




Ngeri wooo tengok minyaknya...



Ni la Chapli Kebab. Makan dengan roti naan nipis..cecah lak dengan yang warna putih tu (tak tau la namanya..masam2 gitu rasanya). Sedap dagingnya..

Sebelah AG tu..tumpang makan. Tengah makan separuh dia tengok pelanggan ramai so dia bagi laluan kat pelanggan untuk duduk meja dia.... ramai gila orang kedai ni. Towkey kedai kut. Lupa tanya nama.


Tuesday, December 19, 2023

Pesta mee segera

Assalammulaikum,

Bila tiap2 petang hujan lebat...masing2 perut berkeroncong.

Kebetulan ada stok jenama mee segera yang kena boikot..sebelum expired....kita habiskan..membazir amalan syaitonnn...

Ada pulak sosej dengan telur...so memasak la dema....

So memaggi la kami...budak2 ni jer la..yang diet pegi jauh2..hehehehe




Monday, December 18, 2023

Kopitiam 143 @Jalan Enggang

Assalammualaikum,

Lama dah tengok port sarapan ni. Tak jauh pun dari rumah Keramat. Terletak di Jalan Enggang, Taman Keramat. 

Cuma port ni takde la besar. Just imagine sederet kedai ada banyak pintu. Kurus pulak tu. Walaupun tepi jalan, kalau nak datang jangan suka suki parking tepi jalan, depan kedai orang lain atau depan rumah orang yea. Hormat sket jiran2 sebelah. 

Simple breakfast. Roti bakar, nasi lemak RM2, mee wantan soup dan mee wantan kering. 







Lepas makan tolong balas pantun tu yea..hehehehehe..




Kita doakan supaya tuan kedai ni dapat tambah tempat yang lebih besar sket..so ada banyak seating sket dan mungkin ada menu tambahan lain. Aminnnnn....


Friday, December 15, 2023

Port Kari Kepala Ikan di Kajang/Bangi

Assalammualaikum,

Kami jumpa port kari kepala ikan yang baru di Bangi. To be exact kawasan kedai Taman Putra Kajang, kira dekat2 dengan Seksyen 8 BB Bangi. (sebelah toll plaza Sg. Ramal). Kalau dari rumah teman dalam 13 minit jer.

Nama restoran ni D'Rumbia Bangi (kari kepala ikan malaya). Sederet dengan klinik As-Salam dan woodfire.







Memang niat asal nak makan kari kepala ikan..sekali tengok besar gila kepalanya..price dalam RM70 ke RM100..ada discount RM5 kata adik tu...yang makan kepala ikan AG sorang jer..dia sendiri cakap..kita makan ikan lain...nampak pulak ikan lampam goreng garing. Seekor tu RM12. Lala masak lemak satu pinggan tu dalam RM10. Sambal belacan dengan sambal kicap sedap.

Monday, December 11, 2023

99.6

Assalammualaikum,

Owh..hari ni Selangor cuti. Birthday Sultan...tapi macam biasa teman kerja..biasa la hujung2 tahun..kes banyak masuk...

Ada 2 benda jadi hari ni.

Pertama : Pagi tadi timbang berat...3 digit dah jadi 2 digit...99.6kg. 118kg - 99.6kg = 18.4kg. So....... adakah teman kena lompat bintang...opsss..belum boleh lagi.  So tanya AG sekiranya teman boleh continue program diet ni sampai hujung tahun depan.  AG ok sahaja..TAPI ada syaratnya pula...jangan terlalu kurus sangat. Tak sedap nak peluk katanya...hahahahahaha...

Kedua : Teman dah lama fikir benda ni. Dah 5 tahun bermastautin di Putrajaya ni. Setiap weekend teman memang stay di KL...kecuali out station atau ada kerja kena buat. Minggu lepas teman tengok kesihatan mak dan abah tak berapa ok sangat. Terutama mak.

Teman ada berbincang dengan AG. AG macam biasa mana pernah tak sokong bini dia. Hehehehehe..

Ada juga discuss dengan Papa Zul. Papa zul sokong keputusan teman seandainya itu yang teman putuskan. Sebab dia dah cakap 5 tahun lepas lagi. 

So apa benda yang kami nak buat tu. Teman ingat nak pindah balik KL. Maksudnya..teman akan berulang-ulang alik antara KL-Putrajaya-KL.Cik B pula bila dengar teman dah nak pindah, dia pun nak pindah juga..mungkin area2 Cyberjaya...katanya rumah dia sekarang sewa makin naik..lepas tu kecil sahaja..kat cyber sewa murah dan rumah besar. 

Bila nak pindah tu? Kalau awal bulan 1 teman bagitau tuan rumah..maksudnya teman akan ada sampai hujung bulan 2 sahaja..kena bagi tau 2 bulan in advance maaa...pertengahan bulan 3 kan ker dah start puasa. Iskh...rasa macam terkejar2 nak balik KL untuk berbuka...dah tua2 ni..rasa macam tak berbaloi nak mengadap jem dan berbuka puasa dalam kereta. macam AG kalau di KL dia tak kisah sangat..sebab dia boleh berbuka puasa di surau..ehh..kan ker diet..apadehal kan.

Kalau pindah lepas raya pun ok. Rasanya lah...tapi AG kata better awal...so teman cakap dia dah start kena packing barang dan bawak yang kecil2 balik ke rumah KL..perabot yang besar termasuk peti ais serta mesin basuh mungkin boleh offer kat tuan rumah. Kalau bawak nak letak mana pulak..rumah KL tu dah ada semua. Kalau tuan rumah tak nak kita jual jer la.

Boss besar tak bagi tau lagi. Mesti dia tak bagi punya. Dia mesti suspect teman nak tinggalkan dia..Tapi boleh jer bagi jawapan...'i tak nak pegang kunci ofis lagi boss'..hehehehehe..