Wednesday, June 7, 2023

Kau yang Teristimewa

Assalammualaikum,

Cuti 3 hari..selain dari tugasan hakiki untuk mak/abah dan pergi kenduri kahwin teman sempat lagi joint family day untuk anak2 istimewa.

Actually, penasihat pertubuhan tu kawan sekolah boss besar. Kebetulan yayasan kami ambil salah seorang sebagai anak angkat, so bila boss besar dengar mereka nak buat family day..kami tawarkan sebagai sukarelawan dan urusetia..

Banyak aktiviti yang dijalankan. Sukaneka, persembahan artis, makan malam, sessi karaoke, ceramah motivasi dari SB serta kehadiran clown. So far feed back dari ibu ayah tentang anjuran kali ini adalah sangat berpuas hati. Their family having fun. Alhamdulillah.

Cuma maaf, gambar tak banyak sangat boleh dipaparkan di sini. Untuk menjaga sensiviti penjaga dan anak2 tersebut.






Sempat lagi AG..orang tu baru jer sampai...alasan..kalau kendian2..orang ramai nak bergambar..maklumlah selebriti..iskh..


Tak berubah kan kita 'Nohas'...27 tahun dulu macam tu la muka kita semua masa kat Rahim..
macam biasa..teman la yang paling besorr...hehehehehehe





Tuesday, June 6, 2023

Harum Yang Menyeramkan

Assalammualaikum,

Dalam seminggu ni kecoh dalam komuniti kat rumah Keramat. Dalam telegram bertubi2 message masuk tentang satu bau wangi bermula dari senja sampai ke tengah malam..Bukan hanya orang tua, kanak2 turut bertanya dengan ibubapa mereka tentang bau tersebut..

Jiran2 semua tertanya2..bau apakah itu???..Ada yang kata bau bermula dari kem Kementah membawa ke Bukit Baru...balik tengah2 malam tiba2 terbau bau wangi...

Ada yang mengaitkan dengan munculnya entiti yang tak berkenaan. Berkeliaran di tingkat 8, 11 dan 20. Haish...imaginasi...

Setelah siasatan dibuat...rupa2 bau tu datang dari pokok ini.




Ylang-ylang atau nama scientificnya cananga odorata musim2 panas ni mula mengembangkan bunga2nya. Untuk proses pendebungaan, bunga ini mengeluarkan bau yang harum terutama bermula dari pukul 8 malam ke atas bagi menarik serangga.

Wednesday, May 31, 2023

Port sarapan baru - Jalan Bukit Indah Utama

Assalammualaikum,

Ni la bahananya bila lalu kat insta story...

Teringin nak cuba tapi bila dah viral2 ni..ramai la orang kan...ker..memang dah ramai sebelum ni.


Kami ke sini - TGSK, Taman Bukit Indah Ampang.



Port ni bersebelahan dengan pasar basah...kecil sahaja pasar nya...


Kami sampai 10 min sebelum pukul 8..kena beratur yea...tapi makanan tak siap display lagi..
Tuan kedai cakap...pekerja tak cukup..
Yea la..jangan kata orang kita, orang seberang pun tak nak kerja kat tempat makan..nak kerja dalam aircond jer...



Lempeng kelapa dengan cucur bawang or bilis...


Teman makan laksam.



AG makan lontong.

 

Ni meja sebelah punya..tumpang ambik gambor...lontong kering, nasi dagang dan laksa johor..

Seat memang limited...kalau datang in group lebih dari 6 orang payah sikit...kalau datang berdua or berempat ok jer..

Tuesday, May 30, 2023

Port mengopi baru

Assalammualaikum,

Nak bagitau, kat kawasan rumah teman ada port mengopi baru.



Memandangkan dah pekena kopi kayangan pagi2, so kita makan lewat sikit tengahari tu...dating dengan AG. 

Kami ke Jalan Sg Merab. Support peniaga kita...abang sado yang terkenal dengan tagline dia...

Well...



Boleh la....


Monday, May 29, 2023

Wedding - Rumah kaca

Assalammualaikum,

Anak boss kahwin. 

Buat di Seputeh Glasshouse.








Sunday, May 28, 2023

Sri Lankan food

Assalmmualaikum,

Duduk kat sini macam cemuih bila melibatkan makanan.

Yea la..nak masak..berdua jer....AG dia minat rendang daging minang, daging kering n asam pedas...teman mana makan pedas hari2..

Nak suruh Abang Gebu masak, hmmm...yang dia reti goreng telur mata kerbau, buat telur dadar, goreng ikan dan masak maggi. AG cakap masa dia muda2 merantau ke sini dulu terer tumis sayur2 ni...sekarang dah lupa...yea la tu abang oiii...

Ok, kali ni kami nak cuba masakan orang Sri Lanka. So kami ke Colombo Cafe yang terletak di shopping compleks depan rumah teman.

Nice resto, cuma mungkin baru kut...makanan agak lewat sikit sampai...macam chinese course sampai satu2..bukan serentak..




Mangga lassi tu sedap...asam boi cooler tu..masam2..kecur air liur gitew...


Belakang nasi tu adalah terung..chef lupa letak garam kut..hehehehehe..


Seabass curry...sedap..


Ni daging kambing rasanya..lupa pulak namanya..lamb fritter kut...


Apam manis ni..terbaik..rugi order satu..nak order yg berikutnya takut lambat sampai pulak..


Thursday, May 18, 2023

Sehari Sebelum Syawal

Assalammualaikum,

Tak abis lagi yea bercerita pasal Syawal ni..hehehehehe...

30 Ramadhan. Pukul 11.30 pagi..Toll Sungai Besi..ke KL dan ke Selatan....lengang weh!!!! 

Kampung sebelah kampung teman..hehehehehe
Sementara tunggu AG solat Jumaat, sempat lagi singgah Jalan TAR beli baju raya abah n mak serta kuih sikit2...