Thursday, September 5, 2024

In transition : sireh pulang ke gagang.

Assalammualaikum,

Teman tak pasti samada 30/9/2024 atau 31/10/2024, teman akan berada buat kali terakhir di Conezion Putrajaya ni.

6 tahun di sini rasanya sudah cukup suka duka senang dan gembira.

Cakap dengan Abang Gebu (AG)..bermula esok nak ambil gambar sunset setiap hari as a collection. Macam biasa AG mencebik bibir sahaja...hahahahahaha...tak per la bang..akan ku buktikan...





Gambar di atas was capture masa hantar anak sedara Abang Gebu ke KLIA. 
Terbang bawah matahari pulak pesawat tu. 


Tuesday, September 3, 2024

Kedai coklat pilihan pelancong di Kuala Lumpur

Assalammualaikum,

Rupa-rupanya selain dari Kedai Coklat Beryl's yang mendapat sambutan  hangat di kalangan pelancong, ada satu kedai yang namanya Kedai Coklat Belice Kingdom yang terletak di Jalan Utara, Off Jalan Imbi, Kuala Lumpur juga menjadi tumpuan.

Teman pun tak tau wujud kedai ni. Yang teman tau selain dari nak beli coklat sedap di Langkawi, ada satu lagi tempat nama kedai coklat viral di Sg. Buluh..tapi jauh bebenor la tempatnya..Maklumlah, teman bukan peminat coklat tegar..tapi kalau ada orang bagi apa salahnya..hehehehehe..

Kebetulan anak sedara Abang Gebu dari Pekanbaru tanya dan kebetulan juga bila di buat carian keluar la nama kedai ni. Kedai ni ada jual satu jenis coklat yang tengah viral di medsos.


Lokasi dia sebelah jerrrr dengan TRX. Bangunan kiri tu.


Nampak tak banyak bas pelancong yang berhenti.



Suka la design lantai kedai ni.



Ni la coklat yang viral tu. 1 pax RM67..dalam ada 50 sachet..
Rasa dia...biasa jer nyahhhhhhh....


Thursday, August 29, 2024

Dah 25 tahun rupanya...

Assalammualaikum,

Semalam beberapa orang dari ofis menghadiri malam gala 25 tahun Uitm sebagai universiti.

Ditukar nama dari Institut Teknologi Mara (ITM) kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 26 August 1999.

Selain itu kami meraikan boss besar yang dianugerahkan alumni kedermawan melalui platform yayasan.

Abaikan muka teman yang tak semenggah tu. Pagi sampai petang ada visit di Nilai..berkejar pulak untuk attend dinner..sekali makan pukul 9.15 malam daaa...lapar+migraine+penat.









Wednesday, August 28, 2024

Lama bebenor tak jejak KL Sentral dan kawasan sekitarnya

 Assalammualaikum,

Bila teman decide nak naik monorail. Off course kena menapak dari CIMB HQ ke stesen monorail Brickfield. So lalu la KL Sentral dan Nu Sentral. Dok fikir nak kejar train supaya tak penuh dengan pekerja yang pulang selepas pukul 5 plus hujan lebat di luar sana dgn kilat guruh berdentum..kut2 la naik monorail tiba2 takde elektrik..stranded atas landasan..nauzubillahminzalik...ikutkan nak jer ronda2 lebih lama di situ..hehehehehe..kut2 la ada benda boleh disambar...


Spiderman dah tukar profession main piano..




Teman turun di stesen Chowkit..masa tu dalam pukul 5..luar stesen hujan lebat gila..camno nak ke surau belakang kedai pakistan tu..sbb Abang Gebu solat kat situ. Masa berteduh bawah stesen monorail tu teman dah basah kuyup sebahagiannya. Alih2 abang kedai pakistan datang bawak kerusi suruh teman duduk..agaknya kesian tengok teman berdiri..untung juga pakai tongkat ek..hehehehehe..

Tetapi teman request kalau dia ada payung..pinjamkan sekejap..sekali abang pakistan payungkan teman ke kereta..how sweett...well..niat kita satu jer..tujuan adalah nak ke kereta..kalau tunggu lama disitu hujan memang takkan berhenti..daripada sejuk kat situ baik sejuk dalam kereta...terima kasih abang pakistan...

Teman mesej AG kata dah ada dalam kereta..dia datang lps tu tanya nak ke mana...teman cakap teman tak solat asar lagi..lagipun teman dah basah kuyup..sejukkk..so kita balik rumah Keramat. Tidur sana..esok pagi baru balik Putrajaya.

Serius nasa kami lalu atas Jalan Ipoh cross Sungai Batu nak ke Jalan Tun Razak..masa tu teman tengok air sungai dah tinggi gila, sikit lagi nak melimpah..lepas tu dengar announcement suruh orang alihkan kereta kat area2 PWTC.....Keesokkan harinya baru tau yang kawasan situ tenggelam...Allah....kalau sebelum tu teman solat kat surau chowkit tu...then makan ker apa ker memang stranded la jawabnya..berenang2 nampaknya kereta...Allah sayang kami...


Tuesday, August 27, 2024

Sharing Knowledge

Assalammualaikum,

Khamis lepas ada dapat jemputan dari CIMB. Sharing knowledge seminar on malaysia economic and property outlook.

Seminar lepas lunch. Lepas tu kat HQ mereka di KL Sentral. Macam biasa drebar teman Abang Gebu. Dia drop lepas tu ke chowkit katanya. Balik nanti macam mana? Tengok la..kalau habis awal datang ambil..tengok atucara rasanya macam habis lewat sampai pukul 6..balik naik LRT/monorail lah..then collect la isterimu ini di mana-mana stesen terpilih..gitewww...







Seminar habis lagi 2 minit pukul 4. Sessi networking kejap lepas tu teman cabut. Tengok kat luar dah mendung. Call Abang Gebu. Katanya dia dah ada dalam surau. Takpe..nak berjalan ke monorail stesen small matter. Sekali hujan lebat daaa..tak boleh jalan kaki at ground level..kena la naik tangga 3 tingkat untuk menggunakan overhead bridge. Ceh!! menyesal tak order grab.

Friday, August 23, 2024

Umur dah tua tapi nak juga joint healing-healing..

Assalammualaikum,

Since mak meninggal 4 bulan yang lepas..weekend jer mesti teman cari sungai, bukit, laut dan suasana kampung. Masih tak boleh nak move on. 😭52 tahun tak pernah berpisah. Jauh pun teman merantau ke Temerloh dan Ipoh paling lama 4 ke 5 bulan..tapi tiap weekend mesti balik. Nasib baik tak ke Kota Kinabalu...tak jadi sebab dah berhenti kerja....tolong orang lain pulak meniaga..hehehehehe..

Baru2 ni ke area2 Hulu Langat lagi. Tapi kali ni siap beli kerusi dengan meja healing. Ala..bukan lama pun sejam dua..tengok air depan mata, suasana hijau....kurang sikit la rasa rindu ni. 






Rileks nampak dik...



Peneman setia.



Wednesday, August 21, 2024

Apa kaitan sarang burung dengan roti canai

Assalammualaikum,

Kenapa namanya roti canai sarang burung.

1. Bentuk sarang = ok sama round 

2. Kaler sarang = ok la ada kecoklat-coklatan

3. Isi sarang = 2 biji telur yang dah dipecahkan (simbolik???)

4. Isi daging = Hmmm..tak tau nak khaborr...

5. Daun sup/cili = Apa yea...




Lokasi : Batu 10, Jalan Cheras.