Tuesday, August 20, 2024

Awan hitam berarak datang.

Assalammualaikum,

Lihat.Fikir.Nikmati.


Ujian.Tindakan.Kejayaan.

P/s : Cuaca sejuk so aircond kat ofis off.

Monday, August 19, 2024

Bila cuaca panas berdenting - minum cendol adalah solusinya

Assalammualaikum,

Minggu lepas..ikut staff ke Melaka tengok site. Sambil2 dalam perjalanan turunkan ilmu dan kongsi pengalaman kerja. 

Dah settle kat site..ingat nak terus balik..lagipun cuaca agak panas. Tapi apa kata kita singgah minum cendol..lunch pun kita makan jer la apa yang ada kat situ.

Kami ke sini. 



Sedap la cendol ni. Ais tu dia sagat halus sangat. Manisnya secukup rasa.


Kitaorang makan nasi ayam. Hmmm..baru tau orang sini makan nasi ayam dengan keropok sayur..


Friday, August 16, 2024

Mana Best : Durian Mentah atau Dicampur Dengan Makanan Lain

Assalammualaikum,

Teman dah khabor sebelum ni yang teman ni bukan die hard fan deghoyan (Durian).

Seulas dua ok..lebih dari 4 ulas especially MK..teman rasa nak muntah...

Tambah pulak campur dengan benda makanan lain. Contoh cendol..hilang terus rasa MK tu..

Tapi nak ikutkan teman ni gemor bebenor isi durian masak dengan gula dan santan jadi lempuk..tapi sekarang macam tak boleh telan..

Mungkin faktor usia kut...or tak jumpa lempuk yg betul2 pure..bak kata orang Perak.


Begitu menggiurkan bukan?????


Letak dalam cendol..potong terus rasanya..tapi durian jenis lain ok kut..


Sedap pulak aiskrim ni makan masa cuaca panas2.



Wednesday, August 14, 2024

Beranang, Berenang, Banana

Assalammualaikum,

Sabtu dan Ahad adalah hari di mana teman explore kawasan. Nature pekerjaan sebagai penilai berdaftar kena sentiasa pastikan diri kita sentiasa up to-date. Salah bagi estimated amount boleh diimbal balik sebab common excuses..subject to inspection and further information. Kalau silap value property..hmmm..menjawab la nampaknya..

Lokasi pertama adalah di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Jalan Enam Kaki, Beranang. Bukan jalan tu berkelebaran enam kaki sahaja yea menyebabkan dinamakan seperti itu..dilanjakkan pula melihat satu township di kawasan Nismilan. Baru ingat nak lajak ke depan lagi sampai Seremban....sekali AG kata macam dah jauh jer..kita patah balik lah....bosan la tu sebab tak nampak durian tepi jalan. Cheh!

Masa lalu pekan Beranang ni ternampak deretan rumah kedai lama..Eh! macam ada kedai kopi la..jom bang kita singgah. AG tanya ni kedai type C atau M..nampak macam M..jom la kita..

Nama cafe ni Kafe Inchum & Aziz. 





Jodoh kami disini tak panjang..baru nak order makanan sekali ada dapat call dari anak sulung..nak jumpa katanya..datang dengan cucu sekali...Tok pa aka Abang Gebu dengar cucu nak datang, kelam kabut nak balik rumah.

Ahad pula tengok dua site di belakang Kg Kemensah. Agri land. Malay Reserve status. Hilly in terrain. Nak jual ..tengok harga....uish gila mahal..takpe la tuan..simpan dulu yea. First impression saya kata nilai yang diminta far beyond...mungkin valuer yang indicate kat you earlier tu tak tengok kut lagi kawasan ni..Wallahualam...


Nampak macam best kan kalau rendam kaki kat sini kan. 
Sekali terbaca signboard dari satu jabatan menyatakan air sungai mungkin tercemar oleh bakteria...etecera..eh!..lupa pulak snap gambar signboard tu.
Teman ni kalau berendam dalam sungai mudah dapat jangkitan dalam telinga. 

Bagi mengubat hati yang kechewa tak dapat lepak tepi sungai..kita lepak tepi tasik ampang jer lah. 



Hampa juga. Order lempeng pisang..sekali datang lempeng tepung dibubuh beberapa slice pisang atasnya...Tahun lepas makan kat sini helok jer kejadian lempengnya..

Monday, August 12, 2024

Makanan Barat atau Makanan Timur

Assalammualaikum,

Pergi kedai western..tapi order nasi goreng Pattaya..apooo...




Awat la  order macaroni & cheese macam macaroni carbonara jer..cayaqqqq...bukan sepatutnya pekat dan ada ala2 terbakar atas dia ke?? konfius teman.....

Friday, August 9, 2024

Wat Tinni Waz Zaitun

Assalammualaikum,

Demi (buah) tin dan (buah) zaitun.....

Owh..selain dari meronda kawasan Janda Baik, kami accidently terjumpa ladang buah tin (fig) ni.

Kami pergi area2 Jalan Pulau Santap.




Daun dia macam ala-ala daun betik sket. Buah tu tumbuh di setiap helai daun.


Banyak produk berasaskan buah tin ni. Minyak wangi pun ada.


Masa kami datang..buah ni baru petik..petang sebelumnya..ker pagi2..lupa pulak..yea la kami sampai pun dalam 10 lebih.


Selalu makan yang kering kan..terutama orang bawak balik dari umrah atau haji..ni fresh dari ladang. 
4 ketul RM15 (ikut saiz).


Monday, August 5, 2024

Pineyard @ Janda Baik

Assalammualaikum,

Masa ke area-area Janda Baik 15 years ago..rasanya cafe ni takde lagi kut.

Sekali viral sebelum PKP dan selepas PKP..memang tak pergi ler..sebab tau suami kalau sarapan dia bukan in ke arah english breakfast ni..kalau nak pergi pun dia kena makan masakan Melayu..hehehehehe..lepas tu nak beratur dua tiga jam..memang takde la...

So weekend baru ni macam biasa..berdua la kami menyusuri/melawat kawasan. Tak merancang pun..sajer jer pergi area bukit-bukau..nak menyedut udara segar.

Macam biasa teman yang drive. Masa sampai area Pineyard ni, teman cakap dengan Abang Gebu..seandainya parking penuh..kita pergi tempat lain. Kebetulan ada la dalam 4 ke 5 kereta..ok cantik..kebetulan lagi masa kami sampai bersama-sama dengan a group of cyclist. 

Keluar dari kereta, sejuk nya udara..rupa-rupanya Janda Baik dah 2 hari dilanda hujan..tu yang sejuk kut..tapi takde la sampai berkabus.

Sejam jer kat sini sambil menikmati kopi dan toast serta pastry. Dekat pukul 10 dah penuh orang datang. 




Last time people sharing beratur di laluan ni..





Oiitt..bang..perut tu cover sket.