Monday, August 21, 2023

Pekena Kari Kepala Ikan

Assalammualaikum,

Lepas habis urusan di Jalan Duta, kami berdua ke Jalan Kg. Attap. Nak cari kari kepala ikan. Dikhabarkan di situ sedap karinya...so mari la kita terjah.

Owh...sini parking azab sikit. Tapi jangan risau boleh parking di dalam kawasan ruang pejabat persatuan-persatuan kat situ..Tinggal kunci kereta sahaja. Cuma jangan la parking kat selekoh jalan kalau rasa kereta tu nak disodok bas persiaran. hehehehehe...

Ok. Kami ke Restoran ZK. Jangan di tanya apa nama penuh restoran ni. Kedai paling hujung sekali berhadapan dengan susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan. Tetapi selang 3 kedai, ada lagi satu outlet..yang ni boleh makan bawah dan atas..berhawa dingin. 



Kami masuk ke dalam outlet yang berhawa dingin tu..walaupun masa tu dah hampir ke pukul 2, pelanggan masih ramai lagi..ada juga yang baru datang.


Kalau datang berdua dan teringin makan kari kepala ikan...better tengok ikan sambil tanya harga...kut2 la terkejut...hehehehe..kepala ikan seketul sampai RM140...besar memang besar...yang nak menghabiskan tu siapa....
So yang kami makan ni dah habis kecil....RM40/RM50 (lupa pulak, resit dah hilang)....boleh la...nak cuba kan...


Well...taste wise..entahlah...kata orang sedap..tapi pada teman biasa..biasa sahaja..mungkin pernah makan yang lagi sedap daripada ni...
Kedai ni win..sebab papadom letak dalam bekas kedap udara..RM3 banyak tu...



Thursday, August 17, 2023

Beza harga tak banyak mana pun

Assalammualaikum,

Weekend ke area2 Kuang. AG nak jejak kasih sepupu dia yang dah lebih 30 tahun menetap di situ. Tak pernah balik ke Kuok. 

Lepas rumah tu, otw kami singgah ke pusat bandar sungai buloh..sajer singgah ke port orang beli jajan dan cokelat. Dengar khabar murah. 

Hmmm...beza harga 4 ke 5 ringgit. Ingat separuh harga...hehehehehe...

Pilihan cokelat pun tak banyak mana pun. One side sahaja..ingat penuh satu kedai...








 

Wednesday, August 16, 2023

Undangan

Assalammualaikum,

Undangan majlis perkahwinan adik angkat AG di Danau Kota..kampung pengantin. Majlis malam. Luckly petang tu hujan lebat..so malam cuaca agak sejuk.



Tuesday, August 15, 2023

Apam lenggang jadi sedap bila makan masa hujan 2

Assalammualaikum,

4 minggu lepas, paginya hujan lebat...tapi perut memang minta di isi. Nak masak tiada bahan di rumah. So walau macam mana pun..lokasi sarapan terbaru harus di cuba juga..hehehehehe..

Kali ini kami ke Niqreesnack Station, Jalan Jurutera, Kg Sri Aman, Puchong merasa makanan orang Kedah. Warung kat kampung...






Monday, August 14, 2023

Nasi Dagang jadi sedap bila pergi waktu hujan

Assalammualaikum,

Teman ni bukan la die hard fan nasi dagang. Tetapi sekali sekala bila sarapan di port yang sama, i.e. samada makan nasi lemak, beehon goreng, mee goreng, roti canai dah capai tahap boring..so kita cari la alternatif lain. 

Lokasi nasi dagang ni berlalu-lalu di insta..tak jauh pun dari rumah teman..kat Pekan Dengkil sahaja. Cuma hari teman pergi tu hujan lebat pulak semasa otw ke sana..


Mek Noor Nasik Dagang, Dengkil Centre Point, Pekan Dengkil





Nasi dia moist. Ayam gulai tu rasa rempahnya. 
Rasanya nasi, lauk-lauk dan kuih-kuih tu tangan orang tua yang buat...sedap...


Tanah yang tertinggal

Assalammualaikum,

Didalam proses pemgambilan balik tanah, ada tanah-tanah yang tidak dapat dikenal pasti siapakah tuanpunya tanah atau tuanpunya tanah tidak dapat dikesan. Ada juga waris atau sipolan tidak tahu bahawa mereka memiliki tanah/harta disesuatu kawasan. Camne tu.

Ada juga tanah yang tertinggal terutama melibatkan pengambilan sejumlah tanah yang banyak. Kecuali bila ada perkara berbangkit. Then baru kita tahu...owh...ada tanah yang tertinggal.

Jadi kepada sesiapa yang mempunyai tanah, tolong ler ambil peduli. Supaya tanah kita tu tidak jatuh ke tangan orang lain. 





Friday, July 14, 2023

Speechless

Assalammualaikum,

Sekadar perkongsian. 

Untuk sahabat2 yang masih ada ibubapa atau salah seorang.

Pernah tak masa kita tengah bercakap atau berborak dengan mak atau ayah kita, kita dengar mak atau ayah luahkan perkataan RINDU kepada kita sebagai anak.

Ceritanya macam ni.

Selasa baru2 ni bawak mak ke Unit Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Urusan selesai dalam pukul 1.15 ptg. Tanya mak, mak nak makan apa dan makan di mana. Maksudnya lokasi tempat makan mestilah dalam lingkungan kawasan sekitar Serdang sebab teman kena masuk ofis balik. Mak cakap terpulang...lagipun mak ikut jer. Kira lepas makan AG akan hantar mak balik ke Keramat.

Masa tunggu AG ambil kami, di lobby kami berborak2 lagi..mak ni kadang2 tak ingat yang mak pernah tanya soalan yg sama semasa tengah tunggu doktor panggil masuk tadi. Teman layankan jer la...tak kisah la mak tanya 10 ke 20 kali ke...Dalam dok berborak2 tu tiba2 mak cakap, "sekejap lagi kamu dah nak masuk ofis..mak tak habis lagi rindu kat kamu..." Teman terkedu...hati tisu kan..palingkan muka nak tahan genangan air mata...lepas tu teman jawab ler...'aik mak..tiap sabtu ahad 'orang' balik keramat..kadang2 antara weekdays tu terpancul depan pintu rumah mak..pun mak rindu lagi...'mak doa la banyak2 supaya 'orang' tak payah kerja lagi tahun depan...tapi duit berkepuk2..hehehehe....boleh la tengok mak hari2... bawak pergi healing mana2 ke...


Sebenarnya,,bukan teman jer mak rindu..mak rindu abang teman di Senawang, mak rindu adik bongsu lelaki teman di Sungai Buloh (cuti 6 bulan sbb eksiden baru2 ni...selalunya tengahari memang adik datang makan tengahari kat rumah mak), rindu pada adik pompuan teman (walaupun rumah tingkat 2 shj, tapi ada masalah sakit lutut so tak boleh jalan banyak sangat) dan yang paling rindu adalah kedua2 arwah adik teman. (Farid dan Fahmi).