Tuesday, August 15, 2023

Apam lenggang jadi sedap bila makan masa hujan 2

Assalammualaikum,

4 minggu lepas, paginya hujan lebat...tapi perut memang minta di isi. Nak masak tiada bahan di rumah. So walau macam mana pun..lokasi sarapan terbaru harus di cuba juga..hehehehehe..

Kali ini kami ke Niqreesnack Station, Jalan Jurutera, Kg Sri Aman, Puchong merasa makanan orang Kedah. Warung kat kampung...






Monday, August 14, 2023

Nasi Dagang jadi sedap bila pergi waktu hujan

Assalammualaikum,

Teman ni bukan la die hard fan nasi dagang. Tetapi sekali sekala bila sarapan di port yang sama, i.e. samada makan nasi lemak, beehon goreng, mee goreng, roti canai dah capai tahap boring..so kita cari la alternatif lain. 

Lokasi nasi dagang ni berlalu-lalu di insta..tak jauh pun dari rumah teman..kat Pekan Dengkil sahaja. Cuma hari teman pergi tu hujan lebat pulak semasa otw ke sana..


Mek Noor Nasik Dagang, Dengkil Centre Point, Pekan Dengkil





Nasi dia moist. Ayam gulai tu rasa rempahnya. 
Rasanya nasi, lauk-lauk dan kuih-kuih tu tangan orang tua yang buat...sedap...


Tanah yang tertinggal

Assalammualaikum,

Didalam proses pemgambilan balik tanah, ada tanah-tanah yang tidak dapat dikenal pasti siapakah tuanpunya tanah atau tuanpunya tanah tidak dapat dikesan. Ada juga waris atau sipolan tidak tahu bahawa mereka memiliki tanah/harta disesuatu kawasan. Camne tu.

Ada juga tanah yang tertinggal terutama melibatkan pengambilan sejumlah tanah yang banyak. Kecuali bila ada perkara berbangkit. Then baru kita tahu...owh...ada tanah yang tertinggal.

Jadi kepada sesiapa yang mempunyai tanah, tolong ler ambil peduli. Supaya tanah kita tu tidak jatuh ke tangan orang lain. 





Friday, July 14, 2023

Speechless

Assalammualaikum,

Sekadar perkongsian. 

Untuk sahabat2 yang masih ada ibubapa atau salah seorang.

Pernah tak masa kita tengah bercakap atau berborak dengan mak atau ayah kita, kita dengar mak atau ayah luahkan perkataan RINDU kepada kita sebagai anak.

Ceritanya macam ni.

Selasa baru2 ni bawak mak ke Unit Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Urusan selesai dalam pukul 1.15 ptg. Tanya mak, mak nak makan apa dan makan di mana. Maksudnya lokasi tempat makan mestilah dalam lingkungan kawasan sekitar Serdang sebab teman kena masuk ofis balik. Mak cakap terpulang...lagipun mak ikut jer. Kira lepas makan AG akan hantar mak balik ke Keramat.

Masa tunggu AG ambil kami, di lobby kami berborak2 lagi..mak ni kadang2 tak ingat yang mak pernah tanya soalan yg sama semasa tengah tunggu doktor panggil masuk tadi. Teman layankan jer la...tak kisah la mak tanya 10 ke 20 kali ke...Dalam dok berborak2 tu tiba2 mak cakap, "sekejap lagi kamu dah nak masuk ofis..mak tak habis lagi rindu kat kamu..." Teman terkedu...hati tisu kan..palingkan muka nak tahan genangan air mata...lepas tu teman jawab ler...'aik mak..tiap sabtu ahad 'orang' balik keramat..kadang2 antara weekdays tu terpancul depan pintu rumah mak..pun mak rindu lagi...'mak doa la banyak2 supaya 'orang' tak payah kerja lagi tahun depan...tapi duit berkepuk2..hehehehe....boleh la tengok mak hari2... bawak pergi healing mana2 ke...


Sebenarnya,,bukan teman jer mak rindu..mak rindu abang teman di Senawang, mak rindu adik bongsu lelaki teman di Sungai Buloh (cuti 6 bulan sbb eksiden baru2 ni...selalunya tengahari memang adik datang makan tengahari kat rumah mak), rindu pada adik pompuan teman (walaupun rumah tingkat 2 shj, tapi ada masalah sakit lutut so tak boleh jalan banyak sangat) dan yang paling rindu adalah kedua2 arwah adik teman. (Farid dan Fahmi).


Tuesday, July 11, 2023

Assalammualaikum Beijing

Assalammualaikum,

Baru2 ni, teman ada tertengok satu filem lama tahun 2014. Nama filem tu 'Assalammualaikum Beijing'. Sebenarnya sebelum tu teman tengok filem 'Istanbul Aku Datang'. Comel la Lisa dengan Bento...Tiba2 teringat iklan Pak Mat Western. Eh! melalut pulak.

Ok, berbalik kepada filem ini. Macam biasa cerita diadaptasi dari sebuah novel dengan tajuk yang sama karya oleh Asma Nadia. Beliau juga penulis untuk surga yang tak dirindui.


Assalammualaikum Beijing ini berkisar tentang seorang gadis yang bernama Asma yang kecewa akibat malam sebelum pernikahan, tunangnya datang dan memberitahu bahawa dia telah membuntingkan gadis lain.  Dengan harapan Asma memahami situasinya, si tunang (Dewa) berharap supaya perkahwinan tersebut diteruskan. Sebaliknya Asma menolak. 

Asma membawa diri ke Beijing atas dasar pekerjaan. Di sana dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Zhong Wen (kawan Asma panggil mamat ni Zhong Zhong). Zhong Wen ada bagi sebuah buku tentang Ashima seorang puteri Yunnan. Sebab pada dia nama Asma serta keperibadiannya mirip kepada Ashima. Kebetulan Zhong Wen jadi pemandu arah sepanjang Asma di Beijing. Zhong Wen ni macam dah tersuka dengan Asma. 

Asma ni ada satu penyakit yang secara tiba2 dia boleh pengsan menyebabkan boleh kena stroke, serangan jantung, boleh buta, boleh hilang suara, serta boleh menyebabkan keguguran jika mengandung. Kekentalan darah dalam salur darah. (sindrom antibodi antifrofolipid). Disebabkan penyakit tersebut, Asma perlu kembali ke Indonesia.

So Zhong Wen ni macam lost. So dia start cuba cari diri dia dan ambil keputusan untuk menjadi mualaf. Bila dia lalu tempat yang dia pernah bawa Asma, dia selalu teringatkan Asma. Dah la email yang dikirimnya tidak dibalas. Until kawan Asma, secara sembunyi membalas email Zhong Wen semasa dia melawat Asma di Indonesia.

Zhong Wen datang weh...Tetapi semasa both of them suppose to meet, boleh pulak Asma kena serangan..tiba2 mata tak nampak. Mata dah boleh nampak balik, sekali auto neuro ada masalah..tak boleh bercakap. 

Pendekkan cerita..Zhong Wen melamar Asma. Dia bawa Asma untuk melihat patung/sculpture Ashima serta luahkan isi hatinya pada Asma. Walaupun tak boleh bercakap, Zhong Wen tahu getaran cinta Asma pada dirinya. Bapa saudara Zhong Wen juga menolong merawat Asma, so Asma jarang dapat serangan. End up Asma mengandung. So tamat la cerita.

Teman ada juga tengok drama bersiri cina. Tajuk 'old boy'. Kisah pilot tua..hehehehehe.. 

Monday, July 10, 2023

Hospital dan kenduri kahwin

Assalammualaikum,

Jumaat melawat sahabat yang menjalankan proses maintenance lutut. Hampir sebulan lebih bahagian lutut bengkak macam kepala flower horne due to terjatuh masa attend satu karnival di Shah Alam. So buat ACL. Katanya kepala lutut dan sekitar tendon di trim. Seriau mendengarnya...



Sabtu pagi pula menghadiri akad nikah dan kenduri anak Papa Zul di Bangi Gateway. Ini merupakan kenduri kahwin sulung bagi papa. 



Awal bulan 9 nanti Cik B pula. Ke Perlis la kami satu ofis. Tengah berkira2 samada nak naik bas atau naik ETS..maklumlah masa tu cuti hari kebangsaan dan cuti sekolah. Sure jem gila kan. 
Ni Tengah pujuk boss besar kalau2 boleh masuk ke Hatyai..hehehehehehe


Ni la bapa pengantin perempuan. Eh! tersedondon pulak.


Lepas kenduri teman Cik B tengok baju pengantin. Teman la kena jadi modelnya dulu. 
Leceh juga yea.  
Maklumlah teman dulu kahwin mana ada bersongket bagai ni. 


Friday, July 7, 2023

Ikan patin masak tempoyak

Assalammualaikum,

AG ajak dating makan tengahari. Katanya nak makan nasi ayam sahaja di Mohd Chan Precinct 15.

End up ter-melencung ke Ana Patin House.







13 tahun dulu, semasa bertugas di Temerloh, seminggu 2 kali mesti makan ikan patin masak tempoyak.
Gerai/resto pilihan kat medan selera sebelah Petronas kat town.
 Kalau ikan sungai lain prefer bakar atau goreng.
Dulu ikan tu potong 2 sahaja. Samada nak bahagian ekor atau kepala. Sekarang ada bahagian badan tengah. Mungkin ikan dibahagi 3 atau 4.
Kalau dulu makan ikan sahaja tanpa nasi...sebab besar kan..sure la kenyang.
Owh..berbalik pada resto ni. Kuah tempoyak tu tak la pedas sangat.
Tapi teman ada dengar, pelanggan komplen kat cashier..kurang pedas macam kedai2 kat Pahang sana.
Well..preference masing2. Tukang masak pun berbeza.
Tapi kangkung goreng belacan sini sedap...