Wednesday, June 14, 2023

Nasi Kandar Basikal Lagi

Assalammualaikum,

Request dari Abang Gebu..katanya dah lama tak makan kari kepala ikan..

Nak masak kari yang sedap, teman memang fail...

Tak payah fikir banyak..kita terjah ke Nasi Kandar Basikal di Lestari Perdana.



Kari nalla....kepala ikan AG sorang jer makan. 
Teman dok meratah kulit ayam dengan sayur apa ntah...sedap pulak...


Tuesday, June 13, 2023

Taman Saujana Hijau

Assalammualaikum,

Orang kata untuk hilangkan stress kita tengok banyak2 warna hijau.

So minggu lepas, teman dan cik Ruby ke Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya.

Konon2 teman ni nak bagi kuat kaki dengan banyak buat 'brisk walking'...takde la bergantung pada tongkat sahaja..

Sekali..trek mencabar..turun naik..bak kata bahasa valuer in..undulating and certain part hilly in terrain..

Berpeluh jangan cakap la...

Yang penting mata dijamu dengan trek yang bersih dan pokok2 di trim helok...

Belum apa2 dah kena naik tangga ni...




Boleh trace dah berapa jauh berjalan...





Kalau tergolek2 dari atas ke bawah..rasa2 boleh naik balik tak? hehehehehe...


Monday, June 12, 2023

Kafe Kebun Puisi

Assalammualaikum,

Sementelaah kafe ni orang baru start upload kat media sosial, sebelum viral apa kata kita terjah dulu...lagipun lokasi tak jauh dari rumah teman..hehehehehe.

Terletak di Kg Batu 5, Jalan Semenyih. Kalau dari Bandar Mahkota atau Bandar Sri Putra dekat jer...

Google map belum lagi yea..guna waze.

Nak kesini kena lalu jambatan muat untuk satu kereta cross sungai..tapi ada jer jalan lain..cuma kena explore..maklumlah jalan kampung.










Teman ada ambil video..tak boleh nak upload pulak..nanti teman cuba lain kali yea.

Suasana kampung..keliling pokok2 buah..ada ternak madu kelulut lagi. Ada juga jual madu kelulut..

Nak santai2 boleh...tapi kalau dah ramai sangat orang..faham2 jer la yea...nak lepak lama pun serba salah..seating banyak juga..

Food wise..ikut tekak masing2..roti bakar sedap..maksudnya cukup dengan majerin n kayanya...

Nasi geprek kena tunggu pukul 10 or 10.30 ke atas...tapi kalau nak yg nasi dalam bungkusan tu, boleh jer..

Kami sampai lagi setengah jam sebelum pukul 8. Tu pun dah 3 4 kereta ada di situ..by the time kami nak pulang..ada dalam 20 ke 30 kereta...so imagine la ramainya orang... rasa macam orang datang kenduri kahwin jer...hehehehehe..

Owh..kaunter order buka pukul 8 yea..tapi kalau lapar boleh jer makan kuih2 atau nasi2 tu..cuma air jer la tak siap lagi...

Overall..memang best kat sini..healing la siket...

Friday, June 9, 2023

Port baru medan selera

Assalammualaikum,

Kalau sesiapa duduk area2 Ampang boleh la terjah medan selera baru ni.

Terletak selepas ISKL..depan simpang Kojaya Condo.

Setakat ni tak banyak gerai yang buka lagi...

Owh..gerai Mak Jah yang jual banyak kuih2 lapis pelbagai tu dah pindah sini.






Thursday, June 8, 2023

Tak Viral Pun Dah Ramai Orang

Assalammualaikum,

Sebenarnya lama dah teman u-shar kedai ni kalau lalu Jalan Teras Jenang...

Asal lalu jer tengok orang ramai beratur...tambah2 kalau weekend...apa yang sedap sangat..

Sampai la lalu kat IG...oooo..jual roti canai...

Agaknya rezeki kami, tak perlu beratur panjang...

Makanan pun dapat cepat.

Food taste..pada teman ok la...

Nak lagi sedap, roti canai yang gebu tu rendam dalam kuah mee kari..mantap beb...

Owh..nama kedai ni Warung Sri Nangka..






Parking memang azab sikit yea..

Wednesday, June 7, 2023

Kau yang Teristimewa

Assalammualaikum,

Cuti 3 hari..selain dari tugasan hakiki untuk mak/abah dan pergi kenduri kahwin teman sempat lagi joint family day untuk anak2 istimewa.

Actually, penasihat pertubuhan tu kawan sekolah boss besar. Kebetulan yayasan kami ambil salah seorang sebagai anak angkat, so bila boss besar dengar mereka nak buat family day..kami tawarkan sebagai sukarelawan dan urusetia..

Banyak aktiviti yang dijalankan. Sukaneka, persembahan artis, makan malam, sessi karaoke, ceramah motivasi dari SB serta kehadiran clown. So far feed back dari ibu ayah tentang anjuran kali ini adalah sangat berpuas hati. Their family having fun. Alhamdulillah.

Cuma maaf, gambar tak banyak sangat boleh dipaparkan di sini. Untuk menjaga sensiviti penjaga dan anak2 tersebut.






Sempat lagi AG..orang tu baru jer sampai...alasan..kalau kendian2..orang ramai nak bergambar..maklumlah selebriti..iskh..


Tak berubah kan kita 'Nohas'...27 tahun dulu macam tu la muka kita semua masa kat Rahim..
macam biasa..teman la yang paling besorr...hehehehehehe





Tuesday, June 6, 2023

Harum Yang Menyeramkan

Assalammualaikum,

Dalam seminggu ni kecoh dalam komuniti kat rumah Keramat. Dalam telegram bertubi2 message masuk tentang satu bau wangi bermula dari senja sampai ke tengah malam..Bukan hanya orang tua, kanak2 turut bertanya dengan ibubapa mereka tentang bau tersebut..

Jiran2 semua tertanya2..bau apakah itu???..Ada yang kata bau bermula dari kem Kementah membawa ke Bukit Baru...balik tengah2 malam tiba2 terbau bau wangi...

Ada yang mengaitkan dengan munculnya entiti yang tak berkenaan. Berkeliaran di tingkat 8, 11 dan 20. Haish...imaginasi...

Setelah siasatan dibuat...rupa2 bau tu datang dari pokok ini.




Ylang-ylang atau nama scientificnya cananga odorata musim2 panas ni mula mengembangkan bunga2nya. Untuk proses pendebungaan, bunga ini mengeluarkan bau yang harum terutama bermula dari pukul 8 malam ke atas bagi menarik serangga.