Friday, April 7, 2023

KHALIFAH - SALAM AIDILFITRI


Assalammualaikum,

Bila dengar lagu ni..teringat mak n abah yang tak berapa sihat. Camno la suasana hari raya tahun ni. Cadangan nak beraya di kampung seberang pun serba salah. Pernah tanya mak minggu lepas...kalau teman beraya di kampung Abang Gebu, mak ok tak? Mak teman kata pergi lerr..kamu pun dah lama tak balik sana...iskh..tengok muka sedih mak tak sampai hati lerr....

Teringat pulak kat anak2 arwah adik yang di Sg Petani..tahun ni menyambut Hari Raya tanpa ayah dan bonda. Dah pesan untuk beraya di KL dengan atok n opah...tapi mereka pun ada mak dan pak sedara yang tinggal di sana.

Teringat kat kakak mak yang sulung yang duduk di Ipoh...sejak Makwe Ham patah peha 1 tahun yang lalu belum berkesempatan untuk melawat...selalu kalau pergi site visit belah utara memang rumah dia teman selalu pergi...ikan keli (ni yang tangkap kat sungai bukan beli yang bela dalam kolam) goreng masak sambal Mak We masak sedap wooo...

Adik lelaki mak yang di Taiping dan Sg Siput pun tak ziarah juga..last jumpa setahun setengah yang lalu..

Adik bongsu lelaki dan perempuan mak yang duduk di Kati dan Taiping selalu turun KL so memang selalu jumpa.

Adik beradik dan anak2 sedara abah pun ramai datang tengok abah sejak abah n mak keluar masuk hospital..cuma yang di Kuala Kangsar dan Alor Setar sahaja tak jumpa2 lagi. Mereka pun tak berapa nak sihat juga.

Abah ada suruh teman cari mak sedara dia yang masih tinggal (the one and only). Kata abah Opah Teh bukan duduk jauh pun di area2 Sunway sahaja. Tanya alamat abah tak tau pulak. Tanya mak saudara pun tak ingat rumah mana satu..kut2 la ada nombor telefon.....sekali tiada dalam perkhidmatan pulak...camno nak cari ni..

Thursday, April 6, 2023

Gelap, Gigil dan Gegar

Assalammualaikum,

Bila dah menginjak ke petang....mata mula la kuyu...hehehehehe...

Sajer nak cerita ni...kadang2 kita ni sebagai manusia banyak bebenor imajinasinya...

Abang Gebu kalau subuh memang ke masjid/surau la dia..

Dah dekat 2 minggu dia membebel sebab lampu kat parking blackout...satu floor!!!!

Teraba-raba...luckly parking lot sebelah dengan lift sahaja...

Teman dah komplen kat management minggu lepas dan isnin baru ni...hari ni masih tak dibetulkan lagi...tak tau apa masalahnya...timer kut...

Abang Gebu kata maklumlah pangsapuri khidmat yang kita duduk ni kan ker banyak foreigner...macam2 negara ada...mana la tau..tiba-tiba kena sergah ke?...ada yang niat tak baik ke?....kita bersangka baik jer la bang....


Teman post beberapa gambar parking gelap kat group maintenance pg td...ada la yang jawab...sudah di panjangkan ke technican team...awat la lambat bertindak...technican rumah teman kat Keramat tu kalau pukul 9 malam komplen...pukul 10 dah ada lampu balik..tak pun esok pagi2 dia betulkan...

Sebenarnya teman nak ke KL...cadangnya nak bawak abah untuk follow up di Klinik Pakar HKL...tengok map jem kalau ikut Seremban-Sg Besi Highway...so ikut la Besraya...

Dah sampai Mines sekali rasa gigil-gigil nak terkencing sangat2 pulak...mana la ada petrol stationnya...sekali terpaksa divert masuk ke Bandar Tun Razak (Kg Conggo). Nampak BHP...singgah ler membuang hajat.....

Hmmm..biasa la kan..kalau dari Putrajaya sepatutnya ETA sampai Keramat dalam 50 min...sekali masuk Loke Yew..tambah lagi 40 minit.. nama pun peak hour...


Sampai area2 Mindef tu...masa ni la pulak ada lori nak turunkan pasir....


Sampai rumah Keramat, abah kata abah letih nak tunggu lama2 kat hospital tu...so terpaksa la teman pergi juga ke sana..buat appointment baru...

Nak tengok mak, mak baru jer mereka bawak masuk wad...memang tak boleh melawat ler..tunggu petang karang...

Dah selesai urusan di Hospital...balik ler teman ke Putrajaya. 

Tuesday, April 4, 2023

Param dan iftar

Assalammualaikum,

Dah masuk hari ke-13 kita berpuasa...cepat betul masa berlalu kan...

Dari Ramadhan ke-2, mak duduk dengan teman selepas discharge dari Hospital Serdang. (10 hari kat situ due to sesak nafas dan sakit perut tahap gaban)

Bior ler mak ambik angin Putrajaya, penat dan kesian mak keluar masuk hospital.

Sebelum tu discuss dan mintak izin dengan abah supaya mak duduk dengan teman. Bagi mak betul2 kuat.

So far nampak ok..walaupun mak masih lagi tak berapa nak lalu makan nasi...tetapi sebagai matron yang tidak bertauliah..macam2 teman masak..bubur lah..asam pedas ikan jenahak la..daging masak lemak dengan belimbing buluh lah...daging kering la..rendang minang lah...alih2..mak cakap mak teringin nak makan taufufa...lorrr...(tu yang kena tersinggah di Param..hehehehe..kalau tak memang takde la...). Param sini tak sama macam di Pasar Keramat atau Jalan Raja Alang. Selain harga masih mampu milik..tang rasa tu yang penting...

Param yang teman singgah adalah di Uniten dan sebelah masjid besi, Putrajaya.


Teringin..tetapi mengenang batuk yang tak baik2 lagi..teman lupakan hasrat itu.


Hasil tangkapan di Param.

Sabtu baru ni teman bawak mak berbuka puasa dirumah maksu put (adik mak) di Kajang. Tengok banyak mak makan. Alhamdulillah.



Dua bekas yang bertutup, makanannya dibeli. Yang lain2 maksu n anak2 masak...owh lamb shank tu teman beli buat raso2...masak dari hati gitewww....

Ahad mak balik keramat...abah suruh balik..katanya tak rindu kat cucu ke? Eleh..abah yang rindu tu sebenarnya...

Hari ni anak sedara call..cakap opah sakit perut dan tak boleh tidur malam tadi....hmmm..mak stress la kut duduk sana...hehehehehe..

Nampak gayanya kena duduk Putrajaya balik ni...


Thursday, March 23, 2023

Salam Ramadhan 1444H

Assalammualaikum,

Alhamdulillah. Hari ini kita semua inshallah sudah start berpuasa.

Amacam terawih malam tadi...penuh kan surau dan masjid.



Dengan itu pada hari ini juga bermula geng-geng plastik hitam..hehehehehe

Saturday, March 18, 2023

Hutan, Air dan Batu

Assalammualaikum,

Three weeks in a row...fuhhh...minggu yang amat memenatkan...ingat dah berakhir semalam...sekali malam ni ada lagi...dinner...

Isnin pulak ada urgent report submission...

Takpe la kita healing tengok lot2 bungalow di puncak bukit dekat dgn RKT Limau Manis...

AG tanya nak ke buat rumah kat sini...Teman cakap nengok pada seroi tanah...uish..serammmm..better avoid...tapi air sungai dia jernih la...


Malam tadi...meraikan tetamu kantor dari negara Indonesia...6 orang perwakilan datang dari Kalimantan, Palembang, Jogkarta, Surabaya dan Jakarta...inshallah semoga jodoh kerjasama ini berkekalan...


Kami dinner di Indus Cafe..

Boss besar cakap tahun lepas dia dinner dengan family takde pulak live band...silap pulak duduk outdoor...nak berborak volume kena kuat sket...mereka macam tahun tetamu dari Indonesia...so lagu banyak lagu Indo..



Nasib baik view cantik...ibu-ibu dan bapak-bapak suka.....yeahhh...

Tuesday, March 14, 2023

Berbaur Perasaan

Assalammualaikum,

Hujung minggu. Teman joint sebahagian geng2 ofis ke utara. Kami chartered bus ke Alor Setaq. Hantar pengantin perempuan. Anak big boss dapat jodoh orang sana.

So otw kami singgah kat Ipoh. Bersoreh dengan UKE..ustaz kazim elias...

Masa di sini rasa teruja...rasa macam nak joint jer makcik2 tu belajar agama...perbetulkan mana yang kurang... takpe la..tak dapat belajar di sini kita belajar dekat2 dengan rumah ...





Keesokkan harinya dari Alor Setaq kami singgah di Kulim,,melawat adik Bilal..Teman tak boleh tengok..hati tisu..lari masuk dalam bas.

Teman minta rakan2 yang membaca coretan ini sama2 doakan supaya adik Bilal diberi kesembuhan, dikurangkan kesakitannya dan permudahkan urusan kedua ibu bapanya..Aminnn..





Thursday, March 9, 2023

Meraikan kedai baru buka

Assalammualaikum,

Kat ofis teman ramai kaki makan...maksudnya ramai yang suka mencuba sesuatu hidangan atau makanan yang diiklankan melalui sos-med.

Kali ini kami menerjah satu chinese cuisine resto yang ala2 macam dolly dim sum. Lokasi selang 3 4 kedai jer...cuma resto ini agak tersorok...dari pandangan...

So kami ke Asiari..

Tengok la apa yang kami makan...untuk 6 orang...siap tapau bawak balik...

Meal set dia..instead of satu orang sahaja makan..boleh dua orang...