Thursday, November 10, 2022

Bananabro!!!

Assalammualaikum,

Semalam lps office hour kitaorang ke IOI...

Sejak dapat panel, banyak bebenor enquiry call...so semua nak release tension jap...

Niat asal nak makan aiskrim...eh! tetiba tersinggah makan nasi atas daun pisang.

Hari ni tangan masih bau kari lagi..hehehehehehe





Spendar

Assalammulaikum,

Dah 10 tahun kahwin, spendar, singlet, kain pelikat serta jubah untuk Abang Gebu selalunya teman yang belikan. Tapi off course ler guna duit dia. Kadang-kadang ader la teman beli sebagai hadiah. Orang perempuan ni kan tau mana kualiti kain yang tahan lama. Hehehehehe..sebab kalau AG beli..sekejap jer getah spendar longgar lah, singlet labuh sampai lutut la...maklumlah orang lelaki ni main ambik jer kotak atau plastik kat rak tu tanpa refer kat display atau tanya sales person kat situ. 

Rasanya spendar lelaki ada dua tiga jenis jer..samada boxer, spendar biasa atau brief yg kecil/tight...tapi tak tau la sekarang ni spendar lelaki ada bermacam2 jenis..mengalahkan spendar orang perempuan....

Yang musykil tu kenapa bahagian bontot belakang tu terbuka seperti kat bawah ni...



Wednesday, November 9, 2022

WW : Bahang

Assalammualaikum,

Eh..kebetulan....mentang-mentang ler pilihanraya dah nak dekat ni.


Monday, November 7, 2022

Roticanai+kaki ayam @Warong Lapor Ler

Assalammualaikum,

Untuk peminat roti canai cicah kari kaki ayam di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, selain dari Warung Pak Hassan, Jalan Raja Abdullah (depan pejabat DBKL). Boleh ler terjah ke satu warung kecil terletak di Batu 3/4, Jalan Gombak. (Selepas Pasar Besar Gombak). Nama warung tu Warong Lapor Ler..

Orang Perak komerrrr....hehehehehehe...

Kedei takde ler besor bebenor..kecik jer...limited sarapan..roti canai, beehon goreng, nasi lemak dan few lauk. 

Tapi roti canai dengan kari kaki ayam dia sedap...request kasi garing sikit roti tu. Itu pada tekak kami ler..tekak orang lain kami tak tau...




Dua piring kari kaki ayam AG makan...laki siapa la ni..iskh..iskh..iskh..

 

Friday, November 4, 2022

Breakfast at RM7 sahaja

Assalammualaikum,

Port sarapan pada harga RM7 per pax sahaja...tapi minuman harga lain yea.

Tak jauh pun..kat AU5C@Naan Corner.

Menu pun ok jer...

Buffet style. Menu antaranya nasi putih dan lauk-lauknya, laksa, rojak, mee goreng, roti nan, 4 jenis bubur, biskut-biskutan, roti dan pilihan jem, karipap dll.










Wednesday, November 2, 2022

Monday, October 31, 2022

Bang Jamil!!!!!

Assalammualaikum,

Lokasi food hunting kali ini tak jauh pun dari rumah. Kalau sesiapa yang biasa lalu Lebuhraya Serdang-Putrajaya...atau yang pernah pergi ke ladang Farm Fresh @UPM...mesti akan perasan banner 'kari kambing tepi kubur'. Teman tak snap la pulak main entrancenya...lain kali kalau teman pergi ke sini..teman snap yea.

Ok..kali ini sessi makan tengahari ditemani oleh anak teman yang sulung bersama dua orang cucu..damia dan qairina. Diaorang tak nak ikut sebenarnya..sebab baru lepas swimming..penat..baik ler tidor katanya.....tapi bila si qairina dengar yang tok pa dengan nenek nak keluar..terus segar mata...hehehehehe..terpaksa la ikut...kalau tak laporrrr....

Ok..nama tempat ni Laman Astana @UPM aka Bang Jamil. Buka pukul 11.30 pagi sampai ke malam. Menu macam2 ada...lokal dan western...dan kebanyakkan makanan diberi nama sempena nama watak2 isteri dalam filem 'madu tiga'. Cik Tipah, Cik Senah dan Cik Aini.

Ok..mari tengok apa yang kami makan.










Comel jer robot yang hantar makanan tu...siap boleh break emergency...hehehehehe..



AG : Set asam pedas ikan jenahak : Kuah sedap..ikan segar...
Teman : Mee Bandung Daging Muar : Teman suka..agak sukar untuk cari mee bandung version mcm ni kat area sini. Teman prefer mee bandung tanpa kacang.
Anis : Macam papa dia..Set asam pedas tapi ikan pari.
Damia : Nasi goreng cina kongsi dengan adiknya
Nina : Ayam goreng upin ipin...hehehehehe..sambil makan ayam dia ikut watak upin ke ipin (ala..yang suka makan ayam goreng tu...)
Kami ambil juga dessert...(nak rasa jer...)
Kebetulan ada jual durian..dari ladang UPM..murah2 ler...