Assalammualaikum,
Friday, October 14, 2022
Run Forest Run
Thursday, October 13, 2022
Banglo. 289
Wednesday, October 12, 2022
Tuesday, October 11, 2022
Berani, Beriani atau Briyani
Assalammualaikum,
Uish tak sangka hari ni merupakan hari ke-7 teman dan AG buat IF. 16/8.
Harap-harap istiqomah.
Menggantikan kalori yang hilang..lunch today teman ke Resto Beriani Gam Batu Pahat @ Putrajaya.
Teman makan nasi beriani dengan ayam masak kuzi.
Wednesday, October 5, 2022
WW : Atas dan bawah
Assalammualaikum,
Apa yang ada dibawah..tentu ada yang diatas.
Biasa yang diatas hebat bukan. Kena betul2 kukuh.
Jangan lupa yang diatas boleh juga jadi yang dibawah..kecuali yang SATU.
Pandai-pandai la bawa diri..
Nak2 dekat pilihan raya ni ramai lak offer projek ek...kenal orang tu..kenal orang ni...
Bila tanya tajuk projek jer pun...kona sana kona sini..
Belum tanya ni budget RM bila.......dah lulus ke? ada dana ke? mau terus koma...hehehehehehe...manusia..manusia..manusia...
Tuesday, October 4, 2022
Kunyit
Assalammualaikum,
Jumaat malam lepas isyak, macam biasa gerak balik ke Keramat. Tapi sebelum tu singgah di chowkit. AG nak cari kunyit hitam. Katanya orang kampung pesan..teman ni tak tau la pulak yang kunyit ada warna hitam, selalunya bukan ker kunyit warna jingga/kuning.
So parking la belakang Safuan Plaza. Masuk ikut stesen minyak Shell sbb Jalan Raja Alang stuck dengan kereta..orang parking kiri kanan jalan..dengan orang meniaga lagi.
Monday, October 3, 2022
Pita Merah
Assalammualaikum,
Teman kan ker sekarang roadtocollectiononepointeightmillion.
Alaaaa...baru berangan nak bawak budak2 ofis pegi ke Langkawi IF dapat collect 600k bulan ni...
Lately, Big boss dok tekan teman kenapa tak follow-up on this payment. Kerja dah siap since July 2019. Sekali 600k tu dah di bayar in November 2019. Cheh!!!!
Benda ni jadi bila department yang berurusan dengan wang ringgit tak update kat u as a head, payment mana yang dah masuk...including notify dalam file. Riki punya riki rupa-rupanya client request invoice dari account department masa teman bercuti seminggu. Lepas tu file letak dalam bilik big boss.
Kalau setakat 2 ke 5 ribu, teman ok jer...kalau payment 10 ke 30k, teman boleh tau sebab client biasanya cc email dekat teman on any payment made.
Sama juga bila follow-up untuk valuation fee bila melibatkan kes pengambilan balik tanah. Check bahagian kewangan, kata department pengambilan yang uruskan. Check dengan bahagian pengambilan, kata dah serahkan ke bahagian kewangan. Adoiiiyaiiiii... mana satu ni....pun sama dekat 2 tahun baru dapat....
Haishhhh...sabor jer la....





















